Monday, July 5, 2021

BBM5407Dua2021: Teori Stubss 1983 (Saya yang Istimewa)

 

BBM5407 KAJIAN WACANA

TUGASAN KUMPULAN - 9/4/2021 (MINGGU 3)

 

Cerita Sosial 2: Saya Yang Istimewa

 

Teori Analisis Wacana Stubbs (1983)

1.    Pendekatan linguistik wacana (Hazwani)

“Di mana beli buah-buahan ini, bapa?’’ tanya abang Imran kepada bapanya.

“Bapa beli dari pasar tani tadi. Mari kita semua makan. Panggil adik-adik dan ibu kamu. Kita boleh makan bersama,’’ kata bapa kepada abang Imran.

 

Dialog di atas menunjukkan elemen pendekatan linguistik wacana. Hal ini kerana wujud perbualan di antara abang Imran dan bapa. Di dalam perbualan tersebut, kelihatan abang Imran teruja kerana bapa pulang membawa buah-buahan. Selain itu, perbualan ini juga di lihat dalam suasana yang harmoni kerana mereka berada di dalam suasana yang positif. Abang Imran sangat menggemari buah-buahan, begitu juga dengan adik beradiknya yang lain turut menyukainya. Selain itu, ibunya juga turut menggemari buah-buahan yang dibeli oleh bapa. Di samping itu, keluarga ini juga sangat akrab hubungannya kerana bapa memberi arahan agar abang Imran memanggil seluruh ahli keluarga untuk makan buah-buahan bersama. Tambahan pula, buah-buahan yang dibeli oleh bapa ialah buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis, duku, dan lain-lain lagi. Menerusi perbualan antara abang Imran dan bapa, perbualan ini berlaku kerana abang Imran ingin tahu dari mana bapa memperoleh buah-buahan. Selepas itu, bapa menjawab dengan tenang yang buah-buahan itu bapa beli di pasar tani. Selain itu, bapa juga menyuruh abang Imran agar memanggil adik-adiknya dan ibu untuk menikmati buah-buahan yang dibeli oleh bapa bersama-sama. Tambahan pula, perbualan merupakan elemen pendekatan linguistik wacana yang di perkenalkan oleh Stubbs (1983). 

 

2.    Kebolehramalan (Tivyaa)

kebolehramalan : apabila terdapat pengulangan kata tertentu, tindakan atau kelakuan seseorang atau jalan cerita daripada seseorang yang dapat meramalkan apa yang akan berlaku

 

P2 di atas iaitu Alim tidak sabar untuk pulang ke kampungmenunjukkan elemen kebolehramalan di mana rasa gembira dan syukur berbunga di lubuk hatinya Alim apabila bapanya membawa sekeluarga pulang ke kampung halaman sempena cuti penggal. Diceritakan, Alim sekeluarga berbual-bual mesra sambil menikmati pemandangan yang indah nian dalam perjalanan. Deruman enjin melanggar gegendang telinganya Alim. Perjalanan ke kampung mengambil masa 30minit. Alim merenung tingkap yang terdedah, memerhatikan persekitaran yang sibuk. Sinar gembira mengerlip di mata Alim apabila mengimbau kenangan silam di kampungnya yang terletak di Kajang. Pada pandangan saya, dapat diramalkan bahawa suasana di kampung Alim segar, nyaman tanpa sebarang pencemaran udara dan bunyi begitu mendamaikan. Kampungnya dikelilingi oleh kehijauan pepohon serta nyanyian burung dan unggas. Selain dari pokok-pokok bunga yang menjadi penyeri, pelbagai pokok buah-buahan dan sayuran turut menghijaukan segenap ruang tanah yang ada. Di samping itu, dusun datuk terletak berhampiran dengan rumahnya. Terdapat pelbagai jenis pokok buah di dusun datuk seperti durian, mangga, manggis, pisang dan sebagainya. Parit besar di hadapan rumah yang menjadi saliran air sepanjang kampung. Pelbagai jenis ikan air tawar seperti haruan, talapia, puyu dan sepat masih mudah didapati. Tambahan pula, datuk dan nenek Alim juga memanfaatkan tanah lapang di belakang rumahnya, dari 10 anak ayam kampung yang diternak, kini mampu menternak antara 20 hingga 30 ayam kampung. Disebabkan keistimewaan inilah Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap kali pulangnya Alim ke kampung sempena cuti sekolah, maka dia gembira bermain dengan ayam dan itik kepunyaan nenek. Alim seronok melihat telatah ayam mandi air, berkejar-kejaran, bergaduh dengan itik dan angsa. Alim juga mengiringi datuknya membersihkan reban ayam dengan menggantikan surat khabar yang lebih bersih dari sebelum ini. Bukan itu sahaja, setelah bersolat Zohor datuk dan Alim juga ke sungai yang terletak tidak jauh dari rumahnya untuk memancing dan melihat lukah yang ditahannya. Air sungai sangat jernih seperti cermin dan terdapat banyak ikan di dalam sungai. Datuk mengajar Alim teknik memancing ikan di sungai. Sambil memancing mereka berdua menikmati pemandangan yang indah dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kemudian, Alim sekeluarga mengikut datuk ke dusun durian. Mereka berasa kagum seperti rusa masuk ke kampung kerana tidak pernah melihat durian yang begitu banyak. Alim menolong datuk mengutip durian yang gugur. Datuk mengopek durian lalu Alim dan sekeluarga makan bersama-sama dengan riang. Pendek kata, P2 iaitu “Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung” menunjukkan keboleramalan yang ketara dan difahami dengan jelas.

3.    Fonotaktik (Afifah)

“Ni ibu dah sediakan bakul sampah. Letak semua sampah dalam ni ye. Jangan letak merata tempat. Nanti rumah akan kotor dan bersepah,” arah ibu sambil menunjukkan kearah bakul sampah.

 

Fonotaktik boleh didefinisikan sebagai kesediaan membantu pendengar untuk memahami ucapan yang diucapkan oleh pengucap dengan jelas. Jika diteliti teks pada P3 iaitu arah ibu sambil menunjukkan kearah bakul sampah jelas menunjukkan elemen fonotaktik digunakan. Dalam hal ini, ibu menyuruh anaknya untuk membuang sampah pada tempat yang sepatutnya supaya sisa makanan buah- buahan tidak bersepah merata-rata. Hal ini kerana anak-anak ibu masih kecil terutamanya Alim dan Aisyah kemungkinan arahan yang diberikan kepada mereka sukar untuk difahami jika ibu hanya bercakap sahaja. Justeru itu, ibu telah menunjukkan keberadaan bakul sampah kepada anak-anaknya dengan niat arahannya itu mudah dan jelas difahami. Dalam konteks ini, arahan yang diberikan oleh ibu difahami dengan jelas oleh anak-anak apabila mereka mengangguk tanda faham apabila ibu memberikan arahan. Lantaran itu, pada pandangan saya, elemen fonotaktik dalam sesebuah wacana penting kerana dalam sesetengah situasi contonhya seperti di P3 dapat membantu seseorang untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh pengucap dengan jelas. Oleh hal yang demikian, komunikasi diantara dua individu dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

 

4.    Tatabahasa (Iqbal)

Merupakan peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Bidang tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya bagaimana(cara) perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat.

 

P2: “Ni, ibu dah sediakan bakul sampah.”

   : “Letak semua sampah dalam ni ye.”

 

Berdasarkan petikan dalam perenggan tiga, “Ni, ibu dah sediakan bakul sampah.  Letak semua sampah dalam ni ye” menunjukkan ayat perintah yang diberikan oleh ibu kepada anak-anaknya. Hal ini kerana ibu melihat keadaan sekitar rumah yang mempunyai sampah yang berada di atas lantai. Kesalahan tatabahasa dapat dilihat melalui petikan ini apabila ibu menggunakan perkataan yang tidak lengkap daripada sudut tatabahasa. Sebagai contoh perkataan “Ni” yang pada hakikatnya tidak menunjukkan perkataan yang lengkap. Oleh yang demikian, perkataan yang sebenarnya ialah “ini” yang menunjukkan ejaan yang betul dalam bahasa Melayu.

 Seterusnya ialah penggunaan perkataan “ye” yang juga merupakan kesalahan tatabahasa yang ketara. Hal ini demikian perkataan “ye” dijadikan sebagai ayat penguat dalam lisan yang bersifat arahan. Walaubagaimanapun, penggunaan perkataan ini mungkin mempunyai kesalahan tatabahasa, namun jika ibu berniat untuk memberikan arahan yang jelas kepada anak-anaknya dan anak-anak pula memahami arahan yang disampaikan dengan cara tersebut, justeru dianggap tiada masalah dan dibolehkan dalam konteks ayat kerana dalam lisan boleh hadir dalam berbagai-bagai bentuk gaya percakapan dan yang lebih diutamakan ialah pendengar dapat memahami apa yang disampaikan.

 

5.    Intuisi tentang urutan wacana (Maurice)

P12: Setelah selesai makan, Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah. Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar rumah.

 

Intuisi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ditakrifkan sebagai daya atau kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar, gerak hati. Dalam konteks wacana, intuisi merupakan kebolehan meneka kesudahan sesuatu wacana.

 

Bertitik tolak daripada kanyataan di atas, ayat ‘Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar rumah’ seperti yang ditunjukkan dalam P12 di atas dapat melahirkan intuisi tentang perkara yang bakal terjadi.  Secara logiknya, apabila terserempak dengan seseorang, kita akan saling bertatapan wajah.

 

Dalam situasi tersebut, Mak Cik Timah dan Alim berpandangan antara satu sama lain. Keadaan ini tentunya akan membawa kepada perbuatan sapa-menyapa. Hal ini demikian kerana mereka hidup berjiran. Justeru, Alim mengangkat tangannya ke arah Mak Cik Timah sebagai tanda menyapa. Hal yang sama dilakukan oleh Mak Cik Timah untuk membalas sapaan Alim.  Menyentuh tentang intuisi, kita dapat menggambarkan bahawa Mak Cik Timah dan Alim akan bercakap tentang sesuatu. Dalam konteks cerita ini, mereka mungkin akan bercakap mengenai buah-buahan yang diberikan Alim kepada Sulaiman. Selain itu, intuisi menggerakkan hati pembaca untuk meramalkan yang Mak Cik Timah akan berterima kasih kepada Alim.

 

Dalam hal ini, berkemungkinan Mak Cik Timah sudah lama ternanti untuk Alim keluar dari rumah. Hal ini demikian kerana beliau hendak berterima kasih sendiri kepada Alim. Hal ini juga berkemungkinan kerana Mak Cik Timah tidak mengetahui sama ada anaknya, Sulaiman sudah mengujarkan frasa ‘terima kasih’ kepada Alim atau sebaliknya. Oleh kerana itu, Mak Cik Timah mungkin sengaja menyapu di luar rumahnya dengan harapan dapat berjumpa dengan Alim sendiri. Hal ini menggambarkan bahawa Mak Cik Timah merupakan seorang ibu yang prihatin terhadap segala perkara yang berlaku di sekeliling Sulaiman. Pendek kata, Mak Cik Timah berkemungkinan ingin menunjukkan penghargaannya kepada Alim atas kebaikan yang Alim tunjukkan kepada Sulaiman.

 

      Kesimpulannya, unsur intuisi dapat menggerakkan hati pembaca untuk menduga kesudahan sesuatu wacana. Selain daripada itu, penggunaan unsur-unsur intuisi dalam wacana akan menarik minat orang untuk meneruskan pembacaan atau tontonan. Tegasnya, unsur intuisi penting  dalam sesebuah wacana.

 

6.    Kebolehramalan (Iffat & Iqbal)

Kebolehramalan merupakan elemen teori stubbs yang merujuk kepada andaian pembaca. Elemen ini dapat dilihat dalam B25 “Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum. Dia mengucapkan terima kasih kepada Alim”. Hal ini demikian kerana pembaca boleh membuat andaian sendiri mengenai hubungan Alim dan Sulaiman. Disingkapkan, Alim yang merupakan seorang kanak-kanak istimewa telah memberi buah manggis kepada keluarga Sulaiman. Malah, Alim merupakan orang pertama yang mencadangkan kepada kedua-dua ibu bapanya untuk memberikan sedikit buah-buahan yang dibeli bapa di pasar tani kepada keluarga Sulaiman. Hal ini menunjukkan bahawa Alim mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Sulaiman dan keluarga sehinggakan dia mengingati tentang keluarga tersebut apabila dia melihat buah-buahan yang banyak itu.  Dalam pada itu, Alim juga menyatakan bahawa dia amat menyukai Sulaiman kepada Mak Cik Timah. Pada pendapat saya, Alim berkemungkinan amat menyukai Sulaiman kerana Sulaiman merupakan kanak-kanak yang sebaya dengannya. Sebagai seorang kanak-kanak, Alim akan menjadi rapat dengan mereka yang sebaya dengannya. Seterusnya, Alim juga berkemungkinan selalu bermain dengan Sulaiman dan hubungan mereka menjadi lebih akrab. Tambahan pula, Sulaiman juga berkemungkinan sentiasa melayan Alim dengan baik. Oleh hal yang demikian, Alim ingin berkongsi kegembiraan yang dimilikinya dengan Sulaiman dan keluarga. Konklusinya, pembaca boleh memberi andaian dan tafsiran sendiri terhadap hubungan Alim dan keluarga Sulaiman. Bahkan, andaian setiap pembaca berbeza mengikut kefahaman masing-masing.

 

7.    Kebolehramalan dan idealisasi (Hazwani)

‘‘Ni, ibu dah sediakan bakul sampah. Letak semua sampah dalam ni ye. Jangan letak merata tempat. Nanti rumah akan kotor dan bersepah,’’ arah ibu sambil menunjukkan ke arah bakul sampah. Imran, Madinah, Alim dan Aisyah menganggukkan kepala tanda faham.

 

Dialog di atas menunjukkan elemen kebolehramalan dan idealisasi. Ayat ibu dah sediakan bakul sampah itu menunjukkan bahawa ibu seorang yang pembersih. Selain itu, ibu juga tidak mahu sampah daripada buah-buahan yang dimakan oleh keluarganya bersepah. Tambahan pula, ibu juga tidak mahu rumah mereka berada dalam keadaan yang kotor. Seterusnya, jika rumah dalam keadaan kotor, ia akan menyebabkan tikus dan lipas akan berkeliaran di dalam rumah. Di samping itu, ibu mahu memastikan rumah dalam keadaan bersih agar mereka sekeluarga duduk dalam keadaan yang selesa sepanjang mereka di rumah. Justeru, ibu telah menyediakan tong sampah agar anak-anaknya membuang sampah buah-buahan ke dalam tong sampah. Lantaran itu, Imran, Madinah, Alim dan Aisyah memahami arahan ibu dan mengikut arahan yang diberikan. Menerusi dialog ini, ibu sebenarnya memberi arahan kepada anak-anaknya agar menjaga kebersihan. Selanjutnya, kebersihan adalah sangat penting dalam kehidupan. Sememangnya, arahan yang diberikan oleh ibu kepada anak-anak ringkas, tegas dan mudah difahami oleh anak-anak. Seterusnya, anak-anak juga terus mendengar kata tanpa ada bantahan terhadap arahan yang ibu berikan. Kesimpulannya, dialog ini merupakan elemen kebolehramalan dan idealisasi yang diperkenalkan oleh Stubbs (1983). 

 

8.    Kawalan struktur bermaksud (Maurice)

P 13: Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum. Dia mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim terus berlari semula mendapatkan keluarga sambil tersenyum puas. Alim faham sifat berkongsi itu baik. Alim juga faham abang Imran, Madinah, Aisyah juga akan berkongsi barang atau makanan dengannya.

 

P13 di atas menunjukkan bahawa adanya elemen kawalan struktur bermaksud seperti dalam teori analisis wacana oleh Stubbs (1983). Jika diteliti dengan lebih mendalam, setiap ayat dalam P13 memiliki struktur yang mampu difahami oleh pembaca dan mampu dibayangi dengan mudah.

 

Misalnya dalam “Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman.”, “Sulaiman tersenyum.” dan “Dia mengucapkan terima kasih kepada Alim.”, dapat difahami dan dibayangkan bahawa setiap peristiwa yang digambarkan dalam cerita berlaku mengikut kronologinya. Pada hemat saya, dapat dibayangkan bahawa ekspresi Alim ketika itu agak tenang. Selain itu, Alim mengukirkan senyuman apabila berdiri di hadapan Sulaiman. Pada masa yang sama, Sulaiman juga membalas senyuman Alim. Selain daripada itu,  dapat digambarkan juga bahawa Sulaiman terus melihat kandungan plastik tersebut.  Sulaiman melihat buah-buahan kegemarannya ada di dalam plastik tersebut. Raut wajah Sulaiman juga menunjukkan bahawa dia sangat teruja. Dalam hal ini, Sulaiman tidak sabar untuk makan buah-buahan tersebut. Lantaran itu, Sulaiman cepat-cepat berterima kasih kepada Alim tanpa membuang masa. Begitu juga dengan Alim yang tidak sabar untuk pulang ke rumahnya dan menceritakan kepada ibu dan ayahnya tentang kegembiraan yang tergambar pada wajah Sulaiman. Justeru, dia berasa sungguh berpuas hati kerana dapat berkongsi buah-buahan tersebut kepada jirannya.

 

Seperti yang telah dinyatakan, Sulaiman gembira apabila menerima buah-buahan daripada Alim. Hal ini demikian kerana dia sudah lama tidak merasai buah-buahan segar seperti itu. Situasi ini seolah-olah menggambarkan bahawa Sulaiman, Mak Cik Timah dan Pak Cik Yakub merupakan sebuah keluarga yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Justeru itu, mereka tidak mampu membeli buah-buahan tersebut di pasar tani. Apabila mendapat tahu kandungan plastik yang diberikan oleh Alim, Sulaiman berterima kasih tanpa membuang masa. Hal tersebut demikian kerana Sulaiman telah dididik oleh ibu dan ayahnya supaya sentiasa berterima kasih apabila menerima kebaikan daripada orang lain. Dalam situasi Alim pula, dia berasa gembira dapat berkongsi rezeki dengan orang lain. Dengan berbuat demikian, Alim berasa puas hati kerana itulah yang diajarkan oleh orang tuanya.

 

      Kesimpulannya, P13 di atas memiliki ayat-ayat yang berstruktur di mana penceritaan di sebalik ayat-ayat tersebut dikawal dengan baik. Hal ini bermakna kisah yang disampaikan dalam P13 dipaparkan mengikut susunan atau kronologi yang teratur. Daripada penerangan di atas, saya ingin simpulkan bahawa elemen kawalan struktur bermaksud oleh Stubbs (1983) sememangnya perlu bagi memastikan pembaca memahami kronologi kisah dengan lebih mudah.

 

9.    Wacana Canonical dan idealisasi (Afifah & Tivyaa)

“Alim suka Sulaiman. Sulaiman kawan Alim,” Kata Alim lagi sambil melambai kea rah Mak Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah.

 

Berdasarkan P14 dalam dialog di atas, ayat Alim suka Sulaiman merupakan elemen bagi wacana canonical dan idealisasi. Hal ini demikian kerana, wacana canonical dan idealisasi berkait rapat dengan susunan ayat yang mengikut aturan tatabahasa yang betul dan mempunyai mesej yang jelas. Dalam hal ini, ayat Alim suka Sulaiman merujuk kepada sikap Alim yang mudah untuk berkawan dengan semua orang. Hal ini jelas ditunjukkan apabila Alim dengan berbesar hati ingin berkongsi buah –buahan dengan Sulaiman. Bagi sesetengah orang, untuk berkongsi sesuatu adalah perkara yang sukar namun, Alim sanggup berkongsi buah-buahan dengan Sulaiman yang merupakan jiran mereka kerana Alim menganggap Sulaiman sebagai kawannya. Oleh sebab itu, Alim menyatakan kepada Mak Cik Timah yang dia suka akan Sulaiman. Pada pendapat saya, ayat yang diujarkan oleh Alim kepada Mak Cik Timah iaitu Alim suka Sulaiman, menunjukkan wacana canonical dan idealisasi yang jelas kerana susunan ayat yang diujarkan ialah susunan ayat yang mengikut aturan tatabahasa yang betul. Hal ini demikian kerana, dalam ayat yang diujarkan Alim, mengandungi subjek, kata kerja dan objek serta mengandungi maksud idealisasi bahawa Sulaiman seorang rakan yang baik. Oleh hal yang demikian, Alim suka berkawan dengan Sulaiman. Secara keseluruhannya, pada ayat P14 elemen wacana canonical dan idealisasi terbukti digunakan dalam wacana ini.

 

10. Analogi (Iffat)

Ujaran “Adik nak manggis” dalam B10 menunjukkan terdapatnya unsur analogi dalam Cerita Sosial Dua. Analogi merupakan sebuah bentuk perbandingan. Oleh hal yang demikian, melalui ujaran dialog tersebut kita dapat lihat perbandingan antara buah-buahan yang ada. Menerusi penceritaan tersebut, kita mengetahui bahawa Bapa telah membeli pelbagai jenis buah-buahan di pasar tani. Antaranya, buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan pelbagai lagi buah-buahan yang lain. Namun begitu, watak Aisyah telah memberi tahu bahawa dia inginkan buah manggis. Di samping itu, Aisyah dilihat sangat teruja kerana dia memberitahu keinginannya untuk memakan buah manggis sambil berlari-lari mendapatkan buah tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa Aisyah lebih memilih buah manggis berbanding buah-buahan yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbandingan dan perbezaan tara atau kedudukan buah-buahan yang telah dibeli oleh bapa di mata Aisyah. Dalam pada itu, Aisyah tidak menunjukkan sebarang minat atau keterujaan terhadap buah-buahan yang lain. Pada pandangan saya, berkemungkinan buah manggis merupakan buah kegemaran Aisyah. Tambahan pula, sebagai seorang kanak-kanak, Aisyah berkemungkinan lebih tertarik kepada buah manggis berbanding buah-buahan ekszotik yang lain seperti durian, rambutan dan sebagainya. Selain itu, Aisyah juga berkemungkin tidak berapa menyukai buah-buahan yang lain kerana di tidak menunjukkan sebarang keterujaan. Kesimpulannya, terdapat analogi atau perbandingan iaitu Aisyah lebih menggemari buah manggis berbanding buah-buahan lain yang dibeli oleh Bapa.

 

11. Kesimpulan (Syakirah)

“Bapa beli dari pasar tani tadi. Mari kita semua makan. Panggil adik-adik dan ibu kamu. Kita boleh makan bersama,” kata bapa kepada abang Imran. “Mari kita semua makan. Panggil adik-adik dan ibu kamu. Kita boleh makan bersama”

 

Ayat di atas menunjukkan bahawa bapa membuat kesimpulan daripada keputusan yang dicapai dengan memberikan arahan kepada abang Imran untuk memanggil semua ahli keluarganya berkumpul dan makan buah-buahan yang dibawa pulang oleh bapa daripada pasar tani. Selain itu, bapa membuat kesimpulan bahawa membeli buah-buahan yang banyak dapat berkumpul bersama ahli kelurga dan mengeratkan hubungan mereka sekeluarga. Tambahan pula, bapa juga tahu akan keluarga mereka mempunyai tugas masing-masing dalam meneruskan kehidupan seharian terutamanya ibu yang sibuk menguruskan rumah serta anak-anak. Jadi, bapa mengambil keputusan untuk membeli buah-buahan tersebut bagi tujuan berkumpul sesama keluarga. Sehubungan dengan itu, bapa tahu bahawa anak-anaknya gemar akan buah-buahan tempatan terutamanya Asiyah yang akan gemar buah manggis. Justeru, bapa tidak melepaskan peluang untuk membeli buah kesukaan anaknya memandangkan buah tersebut mempunyai musim. Sungguhpun demikian, buah tersebut mempunyai musim, adakalanya setahun sekali sahaja mengikut cuaca yang kini tidak menentu. Tegasnya, bapa bijak dalam menggalas tanggungjawab menguruskan kelurganya terutamanya dalam mengambil hati anak-anak serta isterinya dengan cara membeli makanan yang disukai oleh keluarganya supaya keluarga dapat berkumpul mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka.

 

“Baik sungguh anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan bapa,” kata ibu sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah. “Mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah”  

 

Ayat di atas pula menunjukkan bahawa ibu membuat kesimpulan daripada keputusan yang dibuat setelah mendengar cadangan daripada Alim. Diceritakan sebelumnya, Alim mencadangkan kepada ibu untuk berkongsi buah-buahan yang dibeli oleh bapa kepada Sulaiman yang merupakan kawan baik Alim. Dalam pada itu, ibu bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Alim lalu ibu mengambil keputusan untuk membungkus buah-buahan tersebut. Sehubungan dengan itu, ibu juga terkejut apabila Alim ingat pesanan daripada dia dan suaminya akan sentiasa berkongsi rezeki serta berbuat baik sesama rakan-rakan. Ibu tidak menyangka, kanak-kanak seperi Alim dapat mengingati akan pesanan baik yang dikongsikan bersama. Walau bagaimanapun, ibu tahu setiap ajaran dan tindakan yang baik terhadap anak-anaknya pasti akan membantu mereka suatu hari nanti walau dimana mereka berada. Tambahan pula, ibu sentiasa membantu dan mengajar Alim menjalani kehidupan seharian serta membuat perkara yang baik agar suatu hari nanti tindakan baik yang kita lakukan pasti dibalas dengan perkara yang baik. Kesimpulannya, ibu berasa sangat gembira kerana tindakan dan perbuatan anaknya Alim membuahkan hasil daripada didikan dia dan suaminya atas cadangan Alim yang ingin berkongsi buah-buahan yang dibeli oleh bapa untuk diberikan kepada Sulaiman dan keluarganya.

 

 

Bibiliografi

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi keempat.). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan

Aplikasi.Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

 

 

Friday, April 9, 2021

BBM5407Dua2021: Nenek dan Datuk

 

Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

Watak

Latar

Emosi

1. Ibu

Tempat

Masa

Masyarakat

Positif

Negatif

2. Bapa

3. Nenek

4. Datuk

1. Kampung

2. Kajang

3. Melaka

1. Hari ini

2. 30 minit perjalanan

1. Keluarga Alim

1. Gembira

1. Marah

2. Sedih

3. Keliru

5. Abang Imran

4. Rumah nenek

 

 

 

4. Simpati

6. Kak Madinah

7. Alim

8. Aisyah

   dan datuk

5. Reban ayam

6. Ruang tamu

7.Dapur

 

 

 

 

 


Sinopsis

Cerita sosial 1 Nenek dan Datuk menceritakan tentang Alim seorang kanak-kanak autisme bersama-sama keluarganya yang hendak pulang ke kampung halaman berjumpa dengan nenek dan datuk di Kajang. Kampung halaman Alim di Kajang merupakan kampung halaman belah ibu Alim. Alim juga mempunyai kampung halaman di Melaka iaitu sebelah bapa Alim. Setelah tiba di rumah nenek dan datuk. Alim bergegas pergi ke reban untuk melihat ayam dan itik, tetapi Alim terus marah dan sedih lalu menangis teresak-esak kerana ayam dan itik tiada di dalamnya. Setelah itu, nenek pergi ke arah Alim untuk tunjuk bahawa ayam dan itik telah berpindah ke reban baharu yang datuk baru sahaja buat. Alim gembir keriangan. Tidak lama kemudian, Alim masuk ke dalam rumah. Alim melihat kedaan rumah tidak seperti sebelum ini, lalu Alim sedih dan menangis teresak-esak. Nenek segera membawa Alim berjalan-jalan di sekitar rumah agar Alim tenang. Alim gembira dan berhenti menangis. Ibu dan bapa serta nenek dan datuk berasa hairan dengan kelakuan Alim hari ini. Tambahan pula, Alim merasakan bahawa ayam dan itik sudah tiada dan juga rumah nenek dan datuknya begitu. Akhirnya, Alim sudah faham akan ayam dan itik berada di mana dan juga rumah nenek dan datuk berada di mana yang membuatkan mereka sekeluarga gembira.

Pengekodan

P3- Perenggan tiga

P6- Perenggan enam

P8- Perenggan lapan

P10- Perenggan sepuluh


Empat elemen Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983)

1) Pra-andaian

P3: Setelah 30 minit perjalanan, mereka pun sampai. Alim terus keluar dan mencari-cari ayam dan itik. Alim tidak berjumpa. Alim sedih. Alim marah. Alim menangis. Alim tidak tahu mnegapa ayam dan itik tiada di kampung.

 

“Alim menangis” menunjukkan elemen pra-andaian di mana Alim kecewa dan berasa keliru dengan keadaan di sekelilingnya. Setibanya Alim di rumah nenek dan datok, Alim kelihatan gembira dan tidak sabar untuk bermain dengan ayam dan itik. Setahu Alim, ayam dan itik akan berada di belakang rumah nenek dan datok. Alim juga kelihatan sedih dan marah. Dia didapati duduk mengcangkung sambil memegang tali kasutnya. Dia menangis teresak-esak kerana terlalu kecewa. Hal ini berkemungkinan Alim terlalu penat dan letih berada di dalam kereta. Alim juga berkemungkinan lapar dan dahaga lalu dia menangis teresak-esak.

 

2) Implikatur

P8: Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim pun masuk ke rumah nenek dan datuk. Alim pandang sekeliling. Alim jadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa. Alim sedih. Alim terus menangis. Alim sangkakan rumah nenek dan datuk sudah tiada.

 

“Alim jadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa” menunjukkan elemen implikatur di mana rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa seolah-olah keadaan tidak sama dengan apa yang pernah dilihat sebelum ini. Sebelum ini, Alim pulang ke kampung melihat di sekitar rumah keadaan dan kedudukan perabot yang sama tidak beralih daripada tempat asal. Kini, Alim pulang ke kampung melihat keadaan sekitar rumah nenek dan datuknya sudah berbeza kerana nenek dan datoknya telah mengubah suai rumah atau sudah membuang semua perabot yang sudah uzur. Hal ini membuatkan Alim berasa sedih dan terus mengalirkan air matanya kerana Alim berfikir berkemungkinan barang-barang yang ada di rumah nenek dan datoknya sudah hilang akibat  barang tersebut dicuri dan membuatkan dia menangis.

 

3) Rujukan

P6: “Alim, tengok tu!,” kata nenek sambil menunjuk ke arah sekumpulan ayam dan itik di dalam reban yang baru dibuat oleh datuk. Kelihatan datuk berdiri di hadapan reban baharu yang terletak 50 meter dari reban lama.

 

“Alim, tengok tu!,” kata nenek sambil menunjuk ke arah sekumpulan ayam dan itik di dalam reban yang baru dibuat oleh datuk menunjukkan elemen rujukan di mana nenek menunjuk sekumpulan ayam yang Alim cari sehingga membuatkan dia menangis teresak-esak.Alim dan keluarganya pulang ke kampung untuk melawat nenek dan datok. Alim berasa sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan nenek dan datok serta haiwan ternakan nenek dan datok di kampung halamannya. Alim sedih kerana haiwan ternakan nenek dan datok hilang daripada tempat asalnya. Jadi nenek menunjukkan kepada Alim reban baharu yang datok letakan haiwan ternakannya di mana di situ letaknya ayam dan itik. Alim hairan kerana ayam dan itik berada di reban baharu tetapi bukan berada di dalam reban yang lama. Meskipun keliru dengan kedaan tersebut, Alim tidak mengendahkan perkara itu kerana bagi Alim ayam dan itik yang dilihatnya sudah ada. Jadi Alim berasa gembira ayam dan itik masih ada dan dijaga oleh nenek dan datuk dalam keadaan baik.

 

4) Inferens

P10: Ibu dan bapa serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim hari ini. Mereka hairan kerana tiba-tiba Alim menangis tanpa sebab. Namun, mereka cuba untuk meonolong Alim.

 

Ibu dan bapa serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim hari ini menunjukkan elemen inferens di mana keluarga Alim tidak dapat membaca dan mentafsirkan kelakuan Alim setelah apa yang berlaku yang ditunjukkan oleh Alim. Kelakuan Alim seperti tidak pernah mereka lihat sebelum ini membuatkan keluarga Alim berasa sedih kerana tidak dapat menolong apa yang Alim kehendaki. Bukan itu sahaja, Alim seperti seakan faham akan benda yang hidup pasti tidak kekal lama. Seolah-olah Alim mengerti akan kehilangan sesuatu benda atau kehidupan pasti akan dilepaskan jua untuk selama-lamanya. Jadi Ibu dan bapa serta nenek dan datuk akan cuba sedaya upaya menolong Alim selagi mereka mampu dan cuba untuk membuatkan Alim faham tentang liku-liku kehidupan seharian.

Rujukan 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Ulasan Buku



Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Buku “Eh!!! Media Sosial” ini merupakan buku yang menyediakan kaedah dan pendekatan yang pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa mengikut perkembangan yang pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi masa kini. Dalam bab 1 mengandungi pengenalan yang memainkan peranan penting dalam pendidikan bagi membentuk masa depan negara dalam menghasilkan pelajar yang berkeyakinan serta bersaing dalam era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Bab 2 pula menjelaskan penggunaan Twitter dalam rangkaian sosial. Keputusan kajian menujukkan responden setuju bahawa Twitter mudah untuk diakses, pantas, efisyen dan membekalkan informasi yang terkini. Bab 3 pula menghuraikan aplikasi Facebook berupa web media sosial yang digunakan oleh berjuta-juta pengguna setiap hari dan memecah dua bilion pengguna aktif setiap bulan bermula daripada Jun 2017. Keputusan kajian mendapati penggunaan Facebook sebagai satu medium untuk berkomunikasi serta penglibatan lebih luas dalam proses pembelajaran terutamanya kemahiran menulis dan mambaca. Bab 4 menjelaskan tentang aplikasi Instagram yang telah menjadi pilihan kegemaran pengguna-pengguna media sosial dari seluruh dunia. Keputusan kajian menunjukkan semua subjek kajian berminat dengan cerita pendek Instagram di akaun Instagram masing-masing. Dalam bab 5 pula menjelaskan tentang e-mel yang menjadi permasalahan utama kebimbangan dalam kalangan pelajar dalam kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) di seluruh dunia adalah keberkesanan beekomunikasi dengan berkesan. Menurut Noraien Mansor (2006) mengatakan bahawa kajian berkenaan e-mel mungkin akan dilakukan pada masa hadapan untuk menambah baik pembelajaran pelajar, meningkatkan kefasihan penggunaan bahasa pelajar, menanam sikap positif serta minat dan juga mengalakkan prestasi pelajar terutama di dalam kelas penulisan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL). Bab 6 pula menghuraikan tentang blog yang juga merupakan laman web yang mesra pengguna di mana ia senang diuruskan dan sentiasa dikemas kini oleh pentadbirnya. Menurut Li & Chingnell (2010) mengatakan bahawa blog sebagai salah satu rangkaian sosial dan medium komunikasi di mana blog membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain. Dalam bab 7 pula menjelaskan tentang isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna di seluruh dunia. Isu yang tidak dapat ditangani jika pengguna cenderung menggunakan bahasa dan struktur ayat yang salah di dalam rangkaian sosial. Bab 8 iaitu bab akhir mengandungi implikasi pedagogi di mana menurut Grgurovic (2010) menyatakan bahawa pengguna teknologi yang tersebar luas dalam kehidupan telah membawa kepada peningkatan pengguna teknologi dalam sistem pendidikan. Implikasi buku ini memberikan manfaat kepada pengguna media sosial.
Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.
Harga: RM60
Nama Penulis: Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim
Nama buku: Eh!!! Media Sosial

Monday, November 25, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)





















Dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi ini meliputi kajian wacana yang menerangkan mengenai definisi dan aplikasi dalam kesantunan fikiran dan melebihi batas ayat. Semua berkaitan dengan pemikiran petuturan sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan. Dalam bab 1 menerangkan definisi wacana terhadap bentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Setiap pemahaman wacana setiap orang dianggap mudah apabila seseorang itu faham akan maksud yang ingin disampaikan. Bab 2 pula menghuraikan setiap teori dan pendekatan analisis wacana yang dihuraikan secara terperinci agar boleh digunakan dalam menganalisis data. Teori dan pendekatan yang digunakan juga adalah pendekatan analisis wacana dan analisis kritis. Seterusnya, dalam bab 3 menganalisis wacana tekstual dan ujaran. Perbincangan dalam kajian wacana ini merangkumi kajian wacana tesktual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan anak-anak autisme. Teori analisis wacana mengupas setiap teks dan ujaran dalam kajian ini lebih terperinci agar dapat membantu dalam menghuraikan dan membincangkan lirik lagu melalui model penceritaan, cerita sosial serta uajran kanak-kanak diperjelas dengan baik. Bab 4 pula menghuraikan strategi komunikasi dalam ujaran dan interaksi. Pendekatan strategi komunikasi ini meliputi bagimana kelompok kumpulan kecil atau besar berinteraksi dengan menggunakan kaedah digital sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej. Dalam bab 5 pula, menghuraikan pendekatan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Setiap pendekatan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi digunakan bagi menjalankan kajian ini. Bab 6 menerangkan analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pendekatan analisis wacana dalam komunikasi yang digunakan terutamanya agar kajian ini lebih kesan dan bermakna. Kajian ini memberi implikasi terhadap masyarakat terutamanya guru,  ibu bapa dan pelajar sekolah. Masyarakat keseluruhannya mendapat manfaat dengan memberikan komunikasi yang baik serta berkesan apabila memulakan perbualan ataupun perbincangan. Bab terakhir iaitu bab 7 mempunyai cadangan dalam kajian ini terutama kajian analisis wacana dan strategi komunikasi. Dalam buku ini juga diharapkan penyelidik lain dapat membuat penelitian terutama dalam bidang kajian wacana serta strategi komunikasi.

Sumber: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT: Universiti Malaysia Terengganu.

Buku: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Harga Buku: RM20

Sunday, November 3, 2019

BBM3410Satu2019: FLAT LAY INDIVIDU

FLAT LAY INDIVIDU

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog!

Entri pada kali ini lebih mengfokuskan kepada tugasan individu 11 hidangan makanan tentang teknik fotografi yang diberi nama Flat Lay.Apa itu flat lay? Haa

Flat Lay merupakan satu teknik fotografi di mana satu atau beberapa objek yang diletakkan di atas sebuah permukaan digambil gambar dari pandangan atas (bird’s eye view) berlandaskan empat sudut antaranya Flat Lay 90 darjah, Flat Lay Separuh, Flat Lay Suku dan Flat Lay Zero (kosong).
  
Kalau anda ingin tahu lebih lanjut tentang bagaimana cara mengambil gambar mengikut sudut-sudut Flat Lay tersebut, anda boleh menonton pada link di bawah gambar ini



https://youtu.be/kBWL_-sU7aE


Jangan lupa tonton, like, share dan subscribe. Selamat menonton :)