Monday, July 5, 2021

BBM5407Dua2021: Teori Pilihan (DBP-Drama Korea: Fiksyen dan Realiti)

Analisis Bual Bicara DBP

Teori Coulthard (1977)

Pengekodan:

M- Moderator

P- Prof

1. Linguistik Kontekstual

M: saya sebenarnya secara realiti saya dulu tak minat drama Korea tetapi bermulanya pandemik Covid-19 ini  disebabkan ada siaran percuma, saya terlihat drama Korea dan jatuh cinta sehinggalah ke hari ini.

 Dalam dialog diatas saya sebenarnya secara realiti saya dulu tak minat drama Korea” menunjukkan situasi di mana “Saya” dalam dialog ini masih berpegang teguh pada jati diri sebagai seorang anak Melayu yang mementingkan martabat diri sebagai bangsa Melayu dengan jati diri yang kukuh. Hal ini dapat dibuktikan bahawa, dengan ayat “saya sebenarnya secara realiti saya dulu tak minat drama Korea” yang merangkumi aspek keperibadian jati diri terhadap diri serta tingkah laku, adab dan budaya.

Dalam hal ini, “Saya” dalam dialog ini merupakan moderator dalam bual bicara dalam tajuk perbincangan Drama Korea: Fiksyen dan Realiti. Oleh kerana itu, saya yang digambarkan merujuk terhadap dirinya yang dahulu tidak gemar menonton drama bersiri Korea. Sehubungan dengan itu, “saya” sentiasa berhati-hati semasa bertutur kerana siaran bual bicara ini disiarkan secara langsung menerusi di Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hal tersebut telah membuatkan M berjenaka sehingga mengeluarkan penyataan seperti itu.

Bersangkutan dengan itu, M yakin bahawa perkara itu adalah bersifat santai sahaja dan tidak ada melukakan hati pendengar. Hal ini demikian kerana, M menceritakan tentang pengalamannya dalam timbul minat terhadap drama bersiri Korea ini. Justeru, M berasa senang akan jenakanya itu sehingga tetamu jemputan tidak terasa dengan kata-katanya itu. Disebabkan itu, M terliti dengan tindakan apa sahaja yang dilakukan termasuklah tutur katanya.

 

2. Fungsi bahasa

M: Anda bersama saya Rafiq Rahman pengacara anda pada malam ini dalam rancangan sembang tamu Drama Korea: Realiti atau fantasi. Saya tadi nak menyanyi lagu Korea yang popular.

Menurut coulthard (1977), wacana dapat dianalisis dengan menggunakan fungsi bahasa dalam medium pertuturan. Misalnya, dalam dialog di atas anda bersama saya Rafiq Rahman pengacara anda pada malam ini dalam rancangan sembang tamu Drama Korea: Realiti atau fantasi. Saya tadi nak menyanyi lagu Korea yang popular.Seperti yang dilihat dalam M di atas, terdapat fungsi bahasa yang digunakan ketika membuka perbicaraan.

Dalam hal ini, M memperkenalkan terlebih dahulu dirinya kepada penonton mahupun panel jemputan. Tambahan pula, M tidak melepaskan peluang untuk memberitahu tajuk atau perbincangan topik yang akan dikupas kepada penonton. Hal ini demikian kerana, M ingin mengajak penonton dan juga tetamu jemputan untuk bersama-sama mengupas isi yang akan dibincangkan. Rentetan daripada itu, M tidak mahu penonton terpinga-pinga dengan perbicangan yang akan disampaikan. Jadi, M mengambil langkah untuk memperkenalkan diri terlebih dahulu sebelum pergi ke perbincangan yang seterusnya.

Pada pandangan saya, M seorang yang pandai mengambil hati penonton mahupun panel jemputan. Hal ini demikian kerana, M tidak lekok untuk memperkenalkan diri serta menerangkan sedikit sebanyak tentang tajuk yang akan dikupas. Dalam masa yang sama, M cuba mengajak penonton bersama-sama dalam mengambil bahagian terhadap perbincangan yang akan disampaikan. Justeru, tindakan tersebut telah menarik perhatian penonton dalam mengikuti perbincangan yang akan dikupas.

 

3. Konteks

P: Taxi Driver saya memang memang telan-telan air liur orang kata geram pun dia pastu puas hati, tapi yang ni saya rasa ramai di antaranya dalam ni memang dah tengok Taxi Driver ni sebab dia balas dendam. Tapi dia pelakon yang sama ye, ni pula yang sama tadi, yang drama tadi berbeza, sedangkan selang setahun je dia punya drama ini, 

Dalam perbincangan yang sebelumnya telah dinyatkan tentang wacana dapat dianalisis melalui konteksnya. Sebagai contoh, ayat “saya memang memang telan-telan air liur orang kata geram pun dia pastu puas hati” mempunyai pelbagai konteks yang sangat mendalam.

Pada pandangan saya, ayat “saya memang memang telan-telan air liur orang kata geram pun dia pastu puas hati” membawa pengertian terhadap cerita yang ditonton. Dalam konteks ini, P berasa tidak berpuas hati disebabkan cerita Korea yang diperkatakan itu mendapat sambutan daripada masyarkat yang hanya membuatkan dirinya berasa tidak berpuasa hati kerana tidak menontonnya lagi. Boleh dikatakan P hanya mendengar khabar angina tentang cerita itu berbanding jika P melihatnya sendiri. Hal ini demikian kerana, P mungkin tidak mempunyai masa untuk meonoton filem tersebut.

Perkara ini telah membuktikan bahawa P dan M sangat meminati drama Korea sehingga setiap jalan cerita yang dipaparkan dalam tanyangan membuatkan P dapat memperjelaskan jalan cerita tersebut dengar lancar. Hal ini telah membuatkan bual bicara ini menjadi menarik terutamanya kepada msyarakat yang gemar akan filem industri Korea ini. Justeru, P dan M telah berjaya menarik minat penonton terhadap perbincangan bual bicara sehingga peminat-peminat filem Korea ini menjadi hangat di rungan komen di Facebook DBP.

 

Bibiliografi

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan

Aplikasi.Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment