Monday, July 5, 2021

BBM5407Dua2021: Teori Johnstone 2002 (Saya yang Istimewa)

TEORI JOHNSTONE (2002)

Cerita sosial [2] Saya yang Istimewa

Johnstone (2002) menjelaskan tentang kaitan wacana dan penutur iaitu kuasa dan komuniti, indeks, pendirian dan gaya, peranan sosial dan struktur peserta, audiens, kesopanan dan struktur penutur, identii soisal dan identiti, identiti sendiri yang berkaitan dengan wacana dan diri serta linguistik dalam wacana.Dalam cerita sosial 2 yang bertajuk saya yang istimewa dikaitkan dengan teori Johnstone (2002) iaitu perkataan dan baris. Dalam perenggan pertama mempunyai 48 jumlah patah perkataan. Tambahan itu juga, dalam perenggan satu mempunyai empat baris ayat dan setiap ayat itu dianalisis supaya menjadi pecahan yang mudah. Contohnya, dalam ayat “Pada hari ahad yang lalu, bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan” menunjukkan dalam ayat tersebut bapa Alim baru sahaja ulang ke rumah dengan membawa buah tangan iaitu buah-buahan tempatan. Dalam pada itu juga, bapa Alim membawa beberapa ikat plastik yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buah-buahan. Bukan itu sahaja, bapa Alim mengetahui bahawa anak-anaknya suka akan buah-buahan tempatan terutamanya Aisyah. Hal ini demikian kerana, bapa tahu bahawa Aisyah suka akan buah manggis apabila tiba musimnya. Bagi pendapat saya, bapa Alim baru sahaja pulang dari kerja lalu dia singgah di pasar tani membeli buah-buahan untuk keluarganya di rumah. Tambahan pula, bapa Alim ingin membawa pulang sesuatu apabila pulang ke rumah selepas penat bekerja seharian diluar. Jadi, bapa Alim mengambil keputusan untuk membeli buah tangan untuk menceriakan anak-anaknya selepas bekerja sujurus bapa Alim juga boleh melihat wajah ceria anak-anaknya. Hal ini membuatkan bapa Alim hilang penat bekerja selepas melihat wajah gembara anak-anaknya. Justeru, melalui pendekatan Johnstone (2002) wacana ini dapat dianalisis melalui pendekatan perkataan dan baris mengikut penulisan wacana tersebut.

Seterusnya yang kedua, perenggan dan episode mengikut pendekatan wacana oleh Johnstone (2002) di mana dalam dilihat dalam ayat “setelah selesai makan, Alim menolong abang Imran, Kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah” menunjukan bahawa episod penceritaan telah berubah daripada situasi makan buah-buahan bersama keluarga ke babak penceritaan yang lain di mana Alim menolong ahli keluarganya mengemas rumah. Dalam penceritaan ini, Alim mengambil plastik sampah untuk mengumpulkan dan membuang kulit buah-buahan yang mereka telah makan bersama sebenar tadi. Seterusnya, Alim mengikat dan meletakkan plastik sampah tersebut ke luar dalam tong sampah. Tidak dijangkakan Alim ringan tulang dalam membantu keluarganya dalam mengemas rumah. Justeru, pendekatan Johnstone (2002) perenggan dan episod ini membantu dalam memperhalusi jalan cerita yang disampaikan.

Selain itu, wacana skemata dan struktur naratif mengikut pendekatan wacana oleh Johnstone (2002) di mana dapat dilihat dalam ayat “pasar tani” telah mengingatkan pembaca tentang pengetahuan yang sedia ada berkenaan pasar tani. Bukan itu sahaja, pasar tani lebih umum diketahui adalah dengan keadaan pasar yang menjual barangan masakan dan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan dan sebagainya. Dalam ayat “bapa telah membeli buah-buahan di pasar tani” membuatkan bapa suka untuk pergi memcari barangan keperluan di situ. Hal ini demikian kerana, bapa Alim telah membeli buah-buahan tempatan di situ termasuklah buah manggis. Dalam masa yang sama, bapa Alim tahu akan buah kesukaan anaknya Aisyah yang sangat gemar akan buah itu. Justeru dapat disingkapkan, skemata dan struktur naratif oleh Johnstone (2002) mampu digunakan dalam menganalisis wacana sekali jus struktur yang digunakan mudah untuk difahami.

Selanjutnya ialah, struktur dan peraturan mengikut pendekatan wacana oleh Johnstone (2002) di mana dapat dilihat dalam ayat “Baik, ibu. Terima kasih” menunjukkan bahawa struktur ayat yang baik iaitu penggunaan kata berterima kasih. Dalam hal ini, dapat dijelaskan bahawa Alim mengucapkan terima kasih kepada ibunya selepas menerima barang. Hal ini berkemungkinan kerana, Alim diajar oleh ibu bapanya untuk sentiasa mengucapkan terima kasih selepas menerima atau mengambil barangan daripada orang lain. Pada pandangan saya, ibu dan bapa Alim telah mengajar budi pekerti yang baik kepadanya supaya Alim disenangi orang disekelilingnya. Oleh yang demikian, Alim sentiasa bersyukur atas pemberian kepadanya. Justerus dapat disimpulkan, pendekatan Jonstone (2002) iaitu struktur dan peraturan perlu digunakab untuk menganalisis sesuatu wacana.

Bibiliografi

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan

Aplikasi.Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

 


No comments:

Post a Comment