Monday, July 5, 2021

BBM5407Dua2021: Teori Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim 2019 (Dokumentari)

 Teori Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2019)

Pengekodan

M - Moderator

(0:06) M: penerokaan kita seterusnya bermula di pantai timur semenanjung malaysia iaitu di pantai kuala besut Terengganu. apa yang menarik di pantai timur ini adalah makanan. Terengganu merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan makanan tradisi.

(0:27) jeti dari kuala besut merupakan destinasi penting  sebagai jalan uatam untuk ke pulau perhentian

(0:44) inilah dia dataran kuala besut yang terletak tidak jauh dari jeti utk ke pualu perhentain

(1:06) bila disebut pulau perhentian, ianya terbahagi kepada 2 iaitu pulau perhentian besar dan pulau perhentian kecil, dikeliligi hutan yang bersih, pohon yang melambak, pasih pantai yg memutih dan air laut yg membiru.

(1:29) pulau perhentian menjadikawasan perlindungan utk nelayan, burung berhijarah dan sudah tentu mereka yang menghargai keindahan

(1:45) pulau perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika aiiatu 19 kilometer dari pantai timur laut negeri trengganu, Malaysia pada sekitar kedudukan 40 batu iaitu 64 kilometer selatan dari sempdan Thailand.

(2:04) teretak dihujung taman marin pulau redang kawasan terumbu karang pulau perhentian yang indah mampu menarik minat penyelam dasar laut.

(2:15) pengunjung juga boleh membuat perancangan awal utk ke pulau dan bot boleh disewa utk meninjau sekitar pulau ini

(2:26) lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang jemar dengan sukan luncur air, berlayar, berkayak, dan memancing di laut dalam

(3:00) antara dua pulau ini, pulau perhentian kecil lebh digemari golongan beg packers

(3:13) pasir panjang atau long beach cukup terkenal bagi mereka yg gemarkan hiburan

(3:26) permandangan di long beach sangat cantic dan strategic bagi daya tarikan pelancong seperti persembahan tarian api malah gerai makan dibuka sehingga tengah malam

(3:41) disebalik ruang hari malamnya, pelbagai huburan secara percuma telah diaturkan bagi menarik perhatian setiap pelancong yang berkunjung di sini

(4:07) sebab itu juga ianya menjadi pilihan kebanyakan pelancong diluar negara yang gemar berjemur di long beach

(4:23) manakala pulau perhentian besar lebih maju dan menawarkan kemudahan yang lebih baik dengan bajet yang lebih tinggi. Namun begitu, terdapat juga chalet, asrama dan tapak perkhemahan dikedua-dua pulau ini

(5:00) pengalaman meninjau keindahan pantai di sekitar pulau perhentian ini akan menjadi satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan

(5:18) dengan menaiki bot enjin dengan 100 kuasa kuda kita dapat melihat keindahan alam semula jadi sekitar pulau perhentian seperti pantai tinggi ruang, turle point, shark poin, coral beach dan pantai persinggahan penyu

(5:44) taman laut pulau perhentian banyak memberi pendedahan kepada pengunjung  mengenal dengan lebih dekat mengenai kehidupan laut dan aktiviti jabatan laut demi memlihara persekitaran pulau perhentian.

(6:11) pulau perhentian besar sesuai untuk bercutian keluarga bersantai dan beriadah. Suasana tenang dan damai dapat dilihat dipersekitaran Arwana perhentian Eco Resort

(6:32) Puan Azizan: Kepakaran kami adalah menyediakansatu tempat penginapan yang selesa lengkap di pulau perhentian. Antara fasiliti yang ada di tempat kami adalah dive center, kami ada dua buah restoran yang menyediakan hidangan masakan international dan juga local. Kami juga ada kolam mandian terbesar dipulau perhentian. Kami juga menyediakan family house fasiliti seperti karaoke room, sport creation center untuk mengunjung pergi snorkling diving mengambil lesen diving dan sebagainya. Saya personaly ingin mengajak anda utk dtg kepulau perhentian utk menikmati sendiri dan merasai pelbagai bagai kenikmatan bila anda berada di sini. Salah satu resort dan salah satu resort yang terbaik di pulau perhentian dan pulau perhentian itself adalah salah satu resort pulau yang terbaik di dunia. Coral, kehidpauan dasar lautnyayang sngt menakjubkan. Suasana asia hospitality asia yang membuatkan anda pulang dengan senyuman yang tak akan dilupakan insyaAllah. Jadi kunjungilah kami di sini, kami bersedia untuk menerima kunjungan anda di sini.

(8:08) arwana perhentian eco resort dan beach chalet menyediakan pakej percutian dengan harga yang berpatutan. Disamping itu juga, pihak arwana menyediakan café yang indah menu tempatan dan antarabangsa, perkhidmatan bot untuk kemudahan pelanggannya

(8:32) difahamkan pulau perhentian besar dan pulau perhentian kecil mempunyai perbezaan dari sudut hiburan di malam hari

(8:49) tidak dinafikan sebilangan besar pengunjung dan pelancong yang datang dari dalam dan luar negara  adalah mereka yang berkeluarga.

(9:07) aktiviti wajib meninjau pantai yang indah dengan menaiki bot serta berpeluang melihat penyu-penyu liar berenang di sekitar habitat mereka.

(9:42) Pelancong Jerry: hi. Kami berlima sekelurag bercuti di pulau perhentian. Kami sanagt suka dengan suasana aman di pulau ini.alamnya sanagt menarik. Kami bnayak menyelam. Kami sekeluarga juga snoking dan iainya sangat menarik.

(10:15) Masjid Ar Rahman satu-satunya masjid di kampung pasir hantu di pulau perhentian kecil

(10:38) suasana aman damai di sekitar pecan kecil pulau perhentian kecil tidak mengecewakan denga nada arked mara bagi pengunjung yang ingin membeli belah. Dipenghujung sudut arked mara, pondok polis dan tempat bimbingan kanak-kanak (kemas) merupakan sebahagian daripada kemudahan penduduk yang terdapat disini.

(11:03) namun bagi mereka yang gemarkan suasana percutian yang berunsurkan hiburan, pulau perhentian kecil adalah destinasi yang sesuai.

(11:27) dari persisiran pantai dapat dilihat gelagat beberapa pemuda dengan pecahan kumpulan masing-masing seolah mengamit kehadiran pengunjung.

(11:48) Pengunjung 3 Ahmad: di pulau perhentian ni tidak seperti pulau-pulau biasa yang kami lawati. First imprestion bila sampai di sini memang sangat mengujarkan. Bila saya lihat, anak-anak saya lihat, air dia sangat jernih, sangat mengujarkan bila lihat penyu disini. Satu tempat yang wajib dilawati oleh semua orang rakyat Malaysia escpecially.

(12:13) ternayta bentuk pakej percutian terletak ditangan masing-masing mengikut kesesuaian demi memastikan kepuasan hati sepanjang percutian

(12:31) kesimpulannya, pulau perhentian besar menjadi pilihan bagi mengjung yang gemar aktiviti snorking, menyelam skuba, berkayak dan bersantai.manakala pulau perhentian kecil pula dikatakan sesuai bagi pengunjung yang dahagakan hiburan di dalam percutian mereka.

(12:53) namun apa yang penting adalah perancangan awal demi kepuasan hati percutian di samping teman-teman dan keluarga

No comments:

Post a Comment