Monday, July 5, 2021

BBM5407Dua2021: Teori Coulthard 1977 (Keluarga)

 

Teori Coulthard (1977)

Keluarga

Saya berasa puas hati

Menolong ibu bapa setiap hari

Bermula di pagi hari

Sehingga malam nanti

 

Ibu bapa yang disayangi

Saya tetap berhati-hati

Menjaga budi pekerti

Keluarga saya yang dicintai

 

Saya sayang ibu dan bapa

Abang, kakak, adik dan saudara

Mereka semua ada bersama

Semasa saya memerlukan mereka

 

1. Linguistik kontekstual

R2: Saya berasa puas hati

       Menolong ibu bapa setiap hari

       Bermula di pagi hari

       Sehingga malam nanti

 

Berdasarkan lagu keluarga di atas, lagu ini berkisahkan tentang kehidupan seorang kanak-kanak yang tinggal bersama ahli kelurganya. Antaranya, ahli keluargnya ialah ibu, bapa, abang, kakak, adik dan sudara mara. Lagu yang bertajuk keluarga ini bertemakan kekeluargaan. Hal ini demikian kerana, pengubal skrip lirik lagu ini berceritakan tentang sikap seorang kanak-kanak yang mempunyai akhlak pekerti serta menghormati kedua ibu bapanya. Bukan itu sahaja, dia juga menghormati akan kesemua ahli keluarganya.  Linguistik kontekstual mengikut teori Coulthard (1977) menyatakan bidang bahasa yang berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain.  Berdasarkan dalam lirik lagu keluarga, penulis menggunakan kata ganti nama “saya” sebagai perhubungan antara satu ayat dengan ayat yang lain bagi menunjukkan perhubungan antara linguistik kontekstual tersebut.

 

2. Fungsi bahasa

R2: Ibu bapa yang disayangi

       Saya tetap berhati-hati

       Menjaga budi pekerti

      Keluarga saya yang dicintai

 

Menurut Coulthard (1977), wacana diambil kira daripada fungsi bahasa dalam sesuatu ujaran atau tulisan. Misalnya, dalam R2 “keluarga saya yang dicintai” seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut dapat dilihat tentang fungsi bahasa iaitu ingin meluahkan perasaan.

Dalam lirik lagu keluarga ini, pengubah lirik lagu ini ingin berceritakan tentang seorang kanak-kanak yang sangat sayang akan keluarganya. Seperti dalam R3 di atas “Keluarga saya yang dicintai” memperlihatkan seolah-olah kanak-kanak ini ingin meluahkan perasaannya terhadap keluarga. Hal ini jelas apabila, kanak-kanak ini gembira dan sering menghormati kedua ibu bapanya seperti dalam rangkap “menjaga budi pekerti”. Maka jelaslah bahawa, fungsi bahasa dalam lirik lagu ini memberi makna kepada pendengar tentang diri kanak-kanak yang diceritakan dalam lagu keluarga ini.

 

3. Konteks

R3: Saya sayang ibu dan bapa

      Abang, kakak, adik dan saudara

      Mereka semua ada bersama

      Semasa saya memerlukan mereka

 

Menurut Coulthard (1977), wacana dapat dianalisis melalui konteks. Misalnya, perkataan “memerlukan”dalam R3 mempunyai plbagai konteks jika dianalisis dengan mendalam.

Pada pendapat saya, perkataan “memerlukan” dalam R3 membawa makna yang sangat mendalam. Contohnya, memerlukan boleh membawa makna keinginan untuk sentiasa bersama atau keinginan sesuatu benda membuatkan perkataan “memerlukan” ini sangat bermakna. Dalam hal ini juga, penulis menggunakan ayat-ayat yang ringkas supaya semua golongan masyarakat dapat memahami dengan lebih jelas akan lirik lagu ini. Bukan itu sahaja, penulis juga menjelaskan dengan mudah di mana kanak-kanak tersebut sangat sayang akan keluarganya. Hal ini demikian kerana, ayat “Saya sayang ibu dan bapa” telah jelas terbukti bahawa kanak-kanak ini meluahkan rasa kasih sayangnya kepada ahli keluarganya.

Kesimpulannya, sesuatu wacana hanya dapat dianalisis melalui linguistik konseptual, fungsi bahasa dan konteks mengikut teori yang diperkenalkan oleh Coulthard (1977). Oleh itu, Coulthard (1977) mementingkan pemahaman terhadap sesuatu ujaran atau tulisan dan boleh dianalisis dengan baik.

 

 Bibiliografi

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan

Aplikasi.Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

 

 

No comments:

Post a Comment