SKRIP WANITA HARI INI
CONTOH KATA KUNCI:
VTP – Video Tayang
Permulaan
P2 – Pengacara 2
(Uyainaa)
P3 – Pengacara 3
VT 1 – Video
Tayang 1
VT 2 – Video
Tayang 2
VT 3 – Video
Tayang 3
W1 – Watak 1 (anak
Perempuan)
W2 – Watak 2
(ayah)
W3- Watak 3 (Ibu)
VUR1 - Video Ucapan Raya 1
VP – Video Pesanan
SL1 – Slide 1
TDT 1 – Tetamu
Dalam Talian 1
TDTA – Tetamu
Dalam Talian Artis
Pengekodan |
Transkripsi |
P2P3 |
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
selamat tengah hari dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua
penonton setia, Wanita Hari Ini. Bersiaran secara langsung pada hari ini pada
17 Mei 2021, hari Isnin bersamaan dengan 5 Syawal 1442 Hijriyah anda
bertemankan saya Uyaina Arshad dan seorang lagi rakan setugas saya yang
berada dalam talian sekarang ini iaitu Fiza Sabjahan. Apa yang pasti, pada
hari ini kan Fizah, kami ada pelbagai perkongsian (P3:hmm hmm) menarik yang nak diceritakan
bersama dengan anda. |
P3P2 |
Hmm..hmm.
Uyaina, pejam celik, pejal celik , sedar tak sedar, hari ni dah pun masuk 5
Syawal kan? (P2:betul) dan Alhamdulillah ramai juga dalam kalangan kita kalau
minggu lepas semua yang rasa macam ragu-ragu, tak tahu, takut bagaimana nak
menyambut ahh Aidilfitri pada tahun ini
(P2:hmm hmm) dengan keadaan PKP sekali lagi. Tapi Alhamdullilah ramai
err rasanya kira-kira dalam kalangan kita yang berjaya.. berjaya mengawal
diri (P2:betul) dari segi err ziarah-menziarahi jiran tetangga, ataupun ahli
keluarga dan ramai duduk di rumah dan ramai juga yang sebenarnya dapat
mengimarahkan sambutan Aidilfitri itu dengan cara sendiri walaupun di rumah.
Tahniah diucapkan (senyum dan bertepuk tangan) (P2:betul, Fiza!) kepada anda
yang mengikuti SOP. |
P2/P3 |
Yer.
Tahniah dan terima kasih kami ucapkan juga kerana mematuhi SOP yang telahditetapkan
walaupun ini sudah masuk tahun kedua kita tidak dapat pulang ke kampung
halaman (P3:hmm hmm) dan menyambut Syawal bersama keluarga tersayang. Dan
Fiza bercakap tentang COVID (P3: betul!) seperti biasalah kita di Wanita Hari
Ini akan sentiasa memberi (P3:hmm hmm) update terkini tentang status
COVID-19 di negara kita. Dan sehingga semalam, telah pun dilaporkan sebanyak
(P3: hmm hmm) 3780 kes baharu dan (P3: ya..) telah pun dicatatkan sebanyak 36
kes kematian yang mana hari sebelumnya itu sebanyak 44 kes. Dan saya kira
nombor (P3:yaa..) ini .. angka ini (P3:hmm hmm) bukan angka yang kecil. Ianya
cukup-cukup tinggi dan sekiranya kita semua sebagai rakyat Malaysia (P3:hmm
hmm) tidak menggalas tanggungjawab ini sebaik mungkin, tidak mustahil angka
ini akan terus mencanak naik. |
P3/P2 |
Betul,
Uyaina. Kalau kita lihat ahh data-data yang dikeluarkan ini, (P2:hmm hmm)
kita jangan hanya melihat dengan emosi tetapi kita kena melihat, mendalaminya
dengan minda kita (P2:hmm hmm..) ahh.. angka ahh.. 36 kes kematian semalam
itu mungkin adalah merupakan ahli keluarga, ibu, ayah atau (P2:ya..) atuk,
nenek,.. sahabat atau pun sesiapa sahaja penonton yang sedang menonton ketika
ini. Yang mana kalau seseorang itu dijangkiti ahh.. wabak COVID-19 ini sama
ada mereka ini mendapat simptom yang ringan (P2:betul!), atau pun mungkin
ramai juga dalam kalangan mereka yang mempunyai .. Amm.. Ahh .. orang kata ..
ahh gejala-gejala tertentu yang akibatnya .. akhirnya memudaratkan diri
mereka (P2:ya, Fiza.) sampai ke stage three.. stage four (P2:hmm) dan
ahh.. kadang-kadang mereka yang pergi tu, dah tak kembali. Jadi, kita nak ingatkan diri kita juga sebenarnya
dan juga anda, penonton-penonton bahawa perkara ini bukan hanya diserahkan
kepada pihak berwajib (P2:ya) sahaja tetapi tanggungjawab kita sebenarnya
untuk menjaga diri kita, keluarga kita dan komuniti kita. Itu yang
(P2:betul.) paling penting sekali, kan
Uyaina? (P2:Hmm hmm). |
P2P3 |
Dan
(P3:hmm) .. dan kalau kita sendiri rasa badan dah rasa lain, seperti
contohnya (P3:hmm) rasa demam, walaupun kita rasa demam taklah teruk sangat,
atau pun ahh.. selesema sedikit, batuk sedikit, tetap (nada keras) kita perlu
pergi berjumpa dengan doktor dan check .. ahh.. lebih baik lagi
sekiranya kita dapat membuat Swab Test kerana dengan gejala-gejala
(P3:hmm.. hmm) kecil ini, setiap orang sebenarnya mempunyai simptom yang
berbeza-beza jika nak dikaitkan dengan COVID-19. Dan.. Fiza (P3:betul!), saya
juga (P3:hmm..hmm) ingin memaklumkan sekali lagi kepada anda semua situasi di
pusat (P3:hmm..hmm) kuarantin dan rawatan COVID-19 , PKRC di Taman Ekspo
Pertanian Malaysia , MAEPS makin mencabar apabila kemasukan pesakit COVID-19
Kategori Tiga semakin meningkat di
pusat berkenaan. Dan saya kira (P3:ya.) ini adalah (P3:hmm..hmm) sesuatu yang
membimbangkan dan menggusarkan kita semua sebab kalau dah tak cukup katil,
bagaimana negara kita nak menangani dan mengendali pesakit-pesakit COVID-19
yang semakin meningkat ini. |
P3P2 |
Hmm..hmm.
betul. Akhir sekali, ini berbalik kepada diri kita kan Uyainah?
Bagaimana kita nak terus menggalas
(P2:ya.) tanggungjawab ini (hmm..hmm) untuk menjaga diri kita. Itu yang
paling penting sekali. OK. (P2:ya.) Itu berkaitan tentang COVID
(P2:hmm..hmm). Sambil-sambil kita ingatkan diri kita dan juga anda
(P2:hmm..hmm) penonton.. err.. penolong penerbit kita, Tasha sebenarnya
sebenarnya walaupun berhari raya tapi tak lah bercuti sangat (P2:hahaha)
sebab.. sambil-sambil tu ahh.. sempat juga dia melihat apa yang menarik yang
berlaku di dalam laman sosial ini (P2:betul!) sebab kadang-kadang kalau kita
nak cakap kan rakyat Malaysia ni kreatif (P2:ya.) Ahh.. macam-macam cara untuk mereka menaikkan semangat mereka
untuk menggembirakan hati dan juga ahli keluarga dengan cara sendiri walaupun berhari raya
hanya di rumah (P2:betul tu!). OK, kita nak lihat (P2:hmm..hmm) apakah
rangkuman yang sempat di err...rakamkan oleh Tasha sepanjang hari raya ini
apa yang menarik di media sosial. |
P2 |
Jom,
sama-sama kita saksikan. |
VT1 |
Satu..
dua.. tiga! Satu..
dua.. tiga! Satu..
dua.. tiga! Lagi dua! Satu..
dua.. hei, betul-betul! Satu..
dua.. tiga.. lagi... Last shot! last shot! Satu..
dua.. Satu..
dua.. tiga. It’s a wrap! |
VT2W1W2W3 |
W1:Mempersembahkan
anak yang paling baik (sambil berpusing-pusing dan melutut. Kemudian
bersalaman.) Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Minta maaf. Muahh!
Muahh! Muahh! (mencium pipi) W2:
Murid cemerlang. W1:
Nak yang mana? Nah. W2:Aku
nak yang mana? W1:Nah.
Ini. W3:Terima
kasih. Stok dia lagi banyak. W1:
Bau taik.Hahahahaha. Selamat hari raya maaf zahir batin. Muahh.muahh. muahh. W3:
Buat perangai baik-baik. W1:
(mengulurkan sampul sambil membuat bunyi) Janganlah tengok! Perangai cam
budak-budak. Ok. Berundur anak yang paling baik. Berundur. |
VT3 |
Assalamualaikum. Tokmi! Selamat
Hari Raya, Tokmi. (bergerak
naik atas tangga) Hai,
Tokmi! Selamat
Hari Raya. Jemput naik. (turun
semula) |
Pengekodan |
Transkripsi |
VT4 |
N: Kau tengok la abang aku tu W1: Jangan bergaduh! W2: Ok N: Abang aku tengah bersiap sedia
nak wrestling tangan aku W3: Wrestling ke abang woi. Sabar,
sabar, sabar. W2: Tengok semua. Ni bukti abang
saya nak wrestling saya. N: Takut nak salam dia ni. Sepuluh
minit lepas bersalaman gaduh balik. Haha. W2: Selamat hari raya. Maaf zahir
batin. (sambil bersalaman dan cium tangan) |
P2P3 |
Meriah betul saya tengok ragam
mereka atau rakyat Malaysia yang menyambut satu syawal. Walaupun berada di
rumah tapi kemeriahan (P3: hmm, hmm) dan semangat tu masih lagi boleh dirasai
kan Fiza? |
P3P2 |
Ya. Yana, (P2: Ya) antara semua tu
Yana yang mana satu? Anak yang paling baik ke anak yang paling comel? Ada tak
mcam kadang-kadang .. tapi kadang-kadang kita macam ada perangai masing-masing
kan (P2: Ya.. ya.. ya..) Kita cuba nak buat dengan ibu kita atau bagi yang
masih ada ayah dengan ayah dan
sebagainya. Kalau Yana apa perangai yang Yana suka nak kacau Umi kalau
pagi-pagi tu.. hari raya. |
P2P3 |
Kalau kitorang waktu salam raya tu,
Umi dia cepat menangis. Jadi kalau kita (P3: Oloh la) kita sebut sikit ja dia
dah mula dah berambu air mata. Dan itu sebenarnya (P3: hmm...hmm) bukan Yana
sorang je tapi adik beradik Yana yang lain juga. Semua akan menyakat Umi
macam tu dan saya kira ini adalah salah satu cara untuk kami menunjukkan rasa
kasih dan sayang terhadap Umi. Dan saya kira Fiza (P: hmm..hmm. Betul. Hai
Umi) Saya kira fiza kita semua sedih, geram, terkilan, berduka cita sebab tak
dapat pulang ke kampung halaman. Tetapi sedikit sebanyak rangkuman video
ragam yang dilaporkan atau yang dimuat naik di laman sosial ni sedikit
sebanyak membuat kita semua tersenyum la kan Fiza? |
P3P2 |
Betul betul. Insya-Allah. Tetapi kan
Uyaina (P2: Ya) kadang-kadang walaupun
kita tak dapat pulang ziarah kampung
atapun kita tak boleh pun nak pergi ziarah jiran tetangga kita. Tetapi ada bermacam-macam cara sebenarnya untuk kita (P2: hmm..hmm) sama-sama
berkongsi rasa saya dan kongsi
kegembiraan ini (P2: Betul) kita tak boleh pergi ziarah, kita boleh ja
pergi hantar makanan dan Uyaina nak kongsikan sesuatu juga? |
P2P3 |
Betul. Bercakap mengenai salam
sayang, ada sesuatu yang kami nak kongsikan. Yang mengisahkan ragam kehidupan
berjiran. Ketika ada yang mengecam (P3: hmm..hmm) usaha seseorang, ada yang tiba membantu dengan penuh keikhlasan. Sempena hari
raya Aidilfitri kali ni (P: hmm..hmm)
ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk bersama-sama sanak
saudara. Namun kita masih boleh meraikannya
dengan penuh makna. Eratkan silaturrahim kerana jiran adalah keluarga
kita. Hmm.hmm. Untuk itu jom sama-sama kita saksikan paparan ini. Salam
sayang. |
VT5 |
W1: Al-kisah di bulan puasa. Oh..
jiran baru. Wah cantiknya. W2: Abang, masuk! Selang beberapa hari W1: Haih, nak gosip la tu, W2: Weh weh. Tu jiran baru tu pernah
tegur hang dak? W3: Sibuk mengemas tu kot. W2: Siapa pulak masuk dalam group
ni? (melihat skrin telefon) Saya Fira baru pindah sini (W2 membaca kiriman di
group) W3: Saya Juwita saya ada jual
rendang. Ha kalau nak PM eh. W2: Hang nak jual rendang macam ni? Dengan gambaq macam ni? Hang ni
nak jual makan dak? W1: Haih kesian si Juwita. Nak jual
rendang pun kena kecam. Hari berikutnya W3: Betul juga kata Cik Salmah tu.
(telefon berdering) W4: Rendang yang akak jual memang
sedap la. W3: Alhamdulillah. W4: Kalau akak tangkap gambar
cantik-cantik, mesti ramai yang nak order.
Saya boleh tolong. Ready? W3: Yes. Hari berikutnya.. W4: Kita cuba ya kak? W3: Ok. Bismillah. Rendang Juwita
dah kembali. Lebih sedap lebih puas. W4: Come on Kak! W3: Banyaknya order. Banyaknya. W3: 30 pack? Ya Allah.
Alhamdulillah. W3: Alhamdulillah Abang. W1: Beginilah hidup berjiran, walau
teguran tu agak pedas, tapi kalau diterima dengan positif, semuanya pasti
hidup berharmoni seperti sebuah
keluarga. Sebarkan rezeki, luaskan
jalinan, cipta kemesraan di Aidilfitri ini. W5: Eh auntie, tak boleh salam la.
Buat macam ni. Salam sayang. W3W4: Selamat hari raya |
P2P3 |
Ok itu dia tadi sedikit sebanyak pesanan dari salam sayang dan dalam musim-musim
covid ni kan Fiza sebenarnya jiran adalah keluarga terdekat yang kita ada. Ok
baik hari ni kan Fiza (P3: Betul,
sebenarnya..) haah? |
P3P2 |
Haah Betul, Yana silakan (P2: Baik)
Oh Yana kalau kita nak cakap tentang jiran tu Yana, macam tu la kalau kita
kata kita ni tak boleh ziarah
menziarahi. Ada banyak cara sebenarnya untuk kita (P2: betul) nak ingat,
tanya khabar orang sebelah. Sebab kadang-kadang ada jugak dalam kalangan
jiran kita ni yang memang mungkin dia raya sorang-sorang je dah bertahun (P2:
Ya) ha jadi kena la jugak tanya khabar kan tak tahu apa jadi dalam rumah tu. |
P2P3 |
Betul dan minta la alamat, mungkin
boleh hantar juadah raya dan dinikmati
bersama-sama. Ok baik Fiza |
P3P2 |
Saya tengah tunggu lagi satu juadah
ni (P2: Ya). Juadah laksa Umi |
P2P3 |
Oh laksa Umi, saya pun sebenarnya
sedang menantikan laksa Umi sebab Umi belum masak lagi laksa. Nanti kalau dah
ada kita hantar ke rumah Fiza. (P3: Ok) Ok Fiza, baik hari ni hari isnin
sebenarnya ada satu topik yang kami ingin bawakan pada semua penonton Wanita Hari Ini dan
diharapkan sebenarnya topik ini dapat
memberi inspirasi dan juga
menaikkan kembali semangat kita yang mungkin ada yang sudah rasa sedih, yang berasa gusar (P3: hmm hmm)
pelbagai rasa negatif di mana hari ini
kita nak bersama dengan beberapa
orang tetamu yang cukup istimewa dalam talian dan membincangkan
tentang topik “bangkit”. |
P3P2 |
Kalau kita cakap tentang bangkit ini Yana, saya kira setiap
daripada kita ni mempunyai jalan
cerita yang berbeza-beza (P2: Betul) Ada orang yang bangkit daripada
kesedihan, ada orang yang bangkit daripada kehilangan, ada orang yang bangkit
daripada kemiskinan dan juga kejatuhan tapi (TJ1: Adik, Abang dan Khalif,
quiet!)tapi bagaimana mereka bangun untuk bangkit ni, ini perkara yang paling
penting sekali untuk kita memberi satu
.. sesuatu yang lebih positif kepada insan-insan lain ketika ini yang sedang
menonton yang mungkin dalam keadaan yang tertekan (P2: Betul) rasa orang
putih kata down kan. Rasa macam
semua serba tak kena namun hakikatnya
bukan kita sahaja, ramai lagi oh dalam
kalangan kita ini yang mempunyai cerita yang berbeza-beza. Namun walaupun
mempunyai pelbagai-bagai halangan, mereka bangkit bangun untuk insan-insan
yang mereka sayangi. |
P2P3 |
Betul tu, bagaimana kita nak menguatkan hati dan menaikkan
kembali semangat kita. Jangan terlepas untuk (P3: hmm..hmm) ikuti
perbincangan kami sekejap sahaja lagi bersama dengan tetamu dalam talian.
Kepada anda jangan ke mana-mana, kami nak berehat seketika, kita kembali
selepas ini di Wanita Hari Ini. |
VT6 |
U1: Selamat hari raya Aidilfitri.
Maaf zahir batin. Kita jaga kita. U2: Selamat hari raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin. U3: Selamat Hari.. Maaf zahir dan
batin U4: Daripada kami, Klinik Kesihatan
Bandar Botanic, Ingin menguncapkan selamat
Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. U5: Hai saya Dynas Mokhtar.
Assalamualaikum, Dynas ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan
batin kepada semua penonton wanita
hari ini. Stay safe, jangan lupa pakai mask. Sanitize your hand and wash your
hand, always. U6: Hai saya Rozita Che Wan. Saya
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. So
jangan sedih tak boleh beraya ke kampung. Kita enjoy ja raya tahun ni. Tahun
depan Insya-Allah kita boleh beraya di kampung. Kita balik berderu-deru ok. U7: Saya ingin mengucapkan selamat
Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh kenalan saya. Ingat
raya-raya jugak, tapi SOP tetap kena jaga. |
Pengkodan |
Transkrip |
VT
1 |
Khiarul
adbullah atau lebih dikenali sebagai super daddy merupakan seorang bapa
tunggal semenjak kematian isterinya pada tahun 2018. Disebalik perwatakan
yang bersahaja dan nama gelarannya, dia memikul tanggungjawab itu demi
membesarkan anak-anaknya yang masih kecil secara bersendirian. Biarpun tidak
mudah, namun anak-anak kunci utama kecekalan dan semangat khairul untuk teurs
berjuang meneruskan hidup setelah kehilangan isterinya. Selain menjadi super
daddy buat anak-anaknya, dia juga sudah menerbitkan sebuah novel yang
berkisah tentang perjalanan hidupnya sebagai seorang bapa tunggal. |
VT
2 |
Lain
pula kisahnya, norlidah abu hasan yang terkesan dengan kematian anak
angkatnya zubaidi amir khusyairi abdul malik pada 29 Januari lalu. Menjadi
salah satu peristiwa hitam buat dirinya dan keluarga. Kanak-kanak 7 tahun itu
dipercayai meninggal dunia kerana didera oleh ibu kandungnya sendiri.
Kematian arwah amir bukan sahaja merupakan satu kehilangan buat ahli keluarga
angkatnya namun, rakyat Malaysia juga turut berasa sedih dan pilu dengan
kejadian tersebut. Sifat arwah amir yang merupakan seorang yang ceria dan
pandai mengambil hati semestinya memberi kesan yang sangat mendalam buat
norlidah sekeluarga di mana tahun ini merupakan tahun pertama mereka
menyambut hari lembaran tanpa arwah disisi. Walau berlainan penderitaan,
ternyata cabaran dan penderitaan yang ditempoh adalah sangat berat buat
mereka. Namun pastinya tidak membuatkan dua insan cekal ini untuk berputus
asa dalam meneruskan kehidupan seharian. |
P2 |
Setiap
orang pasti mempunyai dugaan yang berbeza dan setiap orang juga diuji dengan
cara yang berbeza-beza. Persoalannya, bagaimana kita ini terus bangkit
menjalani kehidupan kita untuk menghadapi hari-hari yang mendatang ini dengan
penuh semangat. Ini yang akan kita bincangkan dan kami bawakan bersama dengan
seluruh penonton wanita hari ini. Dan kepada anda, kalau nak berkongsi
pengalaman hiudp anda sendiri tentang bagaimana anda ingin bangkit dari
masalah-masalah yang menimpa diri anda sebelum ini. Boleh terus ke laman
facebook wanita hari ini dan tinggalkannya diruangan komen di bawah. Baiklah,
tanpa membuang masa lebih elok kalau saya memperkenalkan tetamu yang sudah
pun terhubung dalam talian sekarang ini, kita pertama sekali terhubung dengan
ustaz jazlan. Apa khabar ustaz? Ustza boleh dengar ke ustaz. |
TDT
1 |
Boleh-boleh,waalikumsalam
w.b.t. |
P2 |
okey
seterusnya, seperti dalam paparan sebentar tadi, kita juga bersama dengan
encik kahirul Abdullah. Assalamualaikum encik khairul. |
TDT
2 |
Waalaikumsalam
w.b.t selamat hari raya. |
P2 |
Selamat
hari raya encik kahirul terima kasih kerana sudi bersama kita di wanita hari
ini. |
TDT
2 |
Terima
kasih kembali. |
P2 |
Dan
seterusnya kita juga bersama dengan puan norlidah abdul hasan atau lebih
mesra dengan panggilan umi, Assalamualaikum umi. Umi kalau boleh minta untuk
on kan mic sebab kita masih belum boleh mendengar. |
TDT
3 |
Okey
waalaikumsalam w.b.t. |
P2 |
apa khabar umi. |
TDT
3 |
Baik
alhamdulillah |
P3 |
Yana,
kita rasa seronok dan juga bertuah kerana hari ini kita ditemani dengan tiga
orang individu-individu yang hebat ini yang sebenarnya termasuk dengan ustaz
jazlan sendiri dengan cerita tersendiri, untuk bangkit yang nak dikongsikan
bersama dengan penonton. Kalau boleh kita nak tanyakan kepada encik khairul
dahulu sebagai pembuka tirai perbincangan kita pada hari ini. Rata-rata
mereka yang mnegikuti kisah encik khairul atau dikenali dengan super daddy
ini di facebook khususnya, hari-hari ada macam-macam penceritaan daripada
tular ketika menbawa anak pergi menziarah kubur arwah isteri sehinggalah ada
ketikanya Encik Khairul sendiri dalam cuba menjadi seorang yang tabah,
seorang yang okey dan sesekali ada burn out nya gitu, tapi mungkin Encik
Khairul boleh kongsikanlah serba sedikit bagaimana sebenarnya Encik Khairul
sendiri sebagai seorang lelaki pada ketika itu sewaktu kehilangan isteri
seramai tiga orang dan yang paling kecil usianya baru masuk 7 bulan menerima
keadaan kehilangan seorang insan yang paling kuat ketika itu dan dalam
meneruskan kehidupan seharian, Encik Khairul, silakan. |
TDT
2 |
Okey,
urmm saya rasa ini dah tahun ketiga saya membesarkan anak secara bersendirian
dan of course macam-macam cabaran. Cabaran yang paling besar bagi saya adalah
cabaran emosi. Emosi di tahun pertama itu adalah emosi anak dan dia dengan
isteri dengan mak dia tu tak lama. Mungkin anak sulung saya ketika itu empat
tahun dan memori dia tak banyak dan selepas tahun pertama tu dia dah boleh
move on tapi emosi saya sendiri. Saya dengan arwah isteri saya kenal 20
tahun, so saya bersamanya 20 tahun jadi untuk mengurus emosi saya itu
sebenarnya sukar berbanding menguruskan emosi anak-anak jadi of course
sepanjang tiga tahun itu saya melalui episode-episod burn out saya sendiri bila
kita terlalu penat, terlalu penat fizikal pun dia membawa kepada emosi dan
terlalu penat emosi pun dia membawa penat kepada fizikal. (yana) betul. Jadi
kalau dulu mula-mula tu saya jadi cepat marah. |
Pengekodan |
Transkripsi |
TDT1 |
Saya tidak akan jadi stress, saya tidak akan
aaa melepaskan kemarahan kepada anak-anak dan dan sebagainya.
Jadi saya rasa itu episode episode burnout saya sepanjang kehidupan |
P2 |
|
TDT1 |
Ya
betul. |
P2 |
Tapi
untuk umi sendiri kan umi, november tahun lalu kita semua digemparkan dengan
berita pemergian seorang kanak-kanak dan walaupun adik Amir telahpun pergi
meninggalkan kita semua dan walaupun saya secara peribadinya tidak mengenali
adik Amir, tetapi pemergiannya itu dirasai. Untuk umi sendiri, sebagai
seorang ibu, bagaimana sebenarnya tempoh ataupun fasa bersedih itu umi lalui
dan dalam tempoh fasa itu, bagaimana sebenarnya umi bangkit semula untuk
menjalani hari-hari seterusnya walaupun tanpa adik Amir? |
TDT2 |
Ehemm. Umi nak kira aaa sedih masih
sedih la eh tapi, aaa alhamdulillah emmm Amir sebenarnya dah pergi dari hidup
umi tu dah 7 bulan. Aaa semenjak ibunya dah ambil dan
sejak itu umi dah putus contact, tak boleh berhubung, tak boleh apa aaa
sehingga 29 haribulan 1 menerima perkhabaran dia meninggal. Maknanya dia dah
pergi dari life umi selama 7 bulan dan umi cukup menderita ketika itu.
Menderita sampai sekarang pun umi masih merasa yang dia bukan tinggal umi,
dia masih ada di dunia ini yang umi mengharap dia akan balik pada umi. Walau
hakikatnya umi tahu dia dah meninggal sebab dia di ambil maknanya dia di
ambil dari umi tu ketika dia sihat kan. Itu yang umi rasa sangat tapi
alhamdulillah sehari sebelum raya, macam En.Khairul jugak kan, tapi sehari
sebulum raya tu umi sehabis-habis menangis. umi menangis sangat seharian tu
aaa sebab umi teringat sehari sebelum raya tu sama-sama dengan dia. Walaupun dia
tak buat kerja tapi dia lebih pada mengacau kan mengganggu tapi alhamdulillah
bila nak minta tolong ‘adik tolong
ambil ini‘ ‚‘adik tolong ambil pinggan kejap’ itu dia suka kecoh mengecoh kat
rumah tu. Jadi itu moment yang Ya Allah umi selalu teringat, umi terbayang
dia kan apa semua tapi malam tu tiba umi datang satu suara tu kata
‚‘sudahlah’ umi cakap pada diri umi ‚‘dahlah, Amir dah takde, Amir takkan
kembali, itu umi cakap dalam diri umi sebab umi rasa umi rnak move sebab dia
kena pergi dari hidup umi terus sebab dia takkan balik, jadi umi terpaksa
kuatkan hati umi Amir takkan balik walau apa pun yang datang, Amir takkan
balik. Jadi, umi cuma cari kekuatan umi.
|
P3 |
Uyaina, apa yang umi kongsikan ini
aaa sama kisahnya dengan En.khairul, kehilangan, bila orang yang dah pergi
itu telah meninggal dunia, dia tidak akan kembali. Tetapi bagaimana
sebenarnya kita nak kongsikan, ustaz, cerita yang lebih kurang sama, bagaimana
sebenarnya kongsikan pada penonton-penonton bahawa ada insan-insan pada hari
ini juga tidak dapat berhari raya kerana insan-insan yang mereka sayangi
telah tidak ada, telah pergi dan tidak mungkin akan kembali lagi yang hanya
tinggal adalah kenangan dan juga bayang-bayang dan bagaimana untuk terus
bangkit demi insan-insan disekeliling kita ustaz kalau boleh kongsikan. |
TDT3 |
Assalamualaikum w.b.t alhamdulillah
syukur kepada Allah Taala hari ini merupakan hari yang baik buat kita
membincangkan perkara yang baik. Aaaa apa khabar Fiza, apa khabar Uyaina, apa
khabar En.Khairul, apa khabar umi? Semua sihat ye |
P2,P3 |
Alhamdulillah sihat |
TDT3 |
Aaa apa yang En.Khairul sebut aaa
sebenarnya setengah diri kita hilang itu betul. Dan apa yang umi sebut,
kadang-kadang kita mencari aaa macam sesuatu yang tiada. Itu pun betul. Sebab
itu bagi orang yang aaa yang pernah rasa kehilangan dia yang tahu rasa
kehilangan tu bagaimana okey. Errmmm jadi bagaimana aa bagaimana saya
bagaiman saya aaa saya menjalani kehidupan beginilah sebenarnya eh. Bila saya
renung sebenarnya aa Allah memberi ujian kepada kita sebenarnya waktu tu kita
rasa sedih, waktu kita rasa hiba, kita rasa hampa, rasa pilu kita rasa sayu,
itu sifat kemanusiaan. Tapi bila kita renung, kita lihat sebenarnya Allah uji
kita ni untuk apa. Sebenarnya Allah uji kita untuk mengajar kita tentang
kehidupan. Tentang kehidupan. Maknanya Allah mengajar kita tentang kehidupan.
Maknanya apa yang saya lalui dengan En.kahirul dan umi lalui sama sahaja. |
Pengekodan |
Transkripsi |
TDT1 |
Dan yang ketiga, kita dalam
kehidupan kita ni kita rasa kadang kita berkuasa. Kita kuasa. Kita buat apa
kita berkuasa. Tapi hakikat dia kita ialah hamba. Kita tak ada apa- apa pun
dalam tangan kita. Kita tak ada apa- apa okay. Sebenarnya, Allah itu maha
berkuasa. Allah ajar kita sebab apa makna dengan doalah, bersangka baik
dengan allah la, sebenarnya itu yang terbaik bagi kita. Dan perkara yang
keempat sebenarnya kita rasa bila kita rasa diuji ni kita rasa susah dan
sebenar hakikatnya tak ada orang yang boleh gembirakan kita dan tak ada orang
yang boleh tolong kita. Tapi hakikatnya iaitu apa? Iaitu sebenarnya allah ni
beri ujian kepada kita ada hikmah yang baik yang itulah rahsia allah dan
allah akan ganti yang lebih baik. Dan yang kelima yang akhirnya saya nak
sebut, yang saya nak kongsi iaitu apa sebenarnya bila waktu kita diuji kita
rasa sedih kita rasa pilu dan tak ada orang pun yang boleh menggembirakan
kita. Tak ada. Tetapi dengan allah taala yang boleh gembirakan kita. Dengan
apa? Dengan *bacaan bahasa arab* “maka hendaklah kau sabar” |
P3 |
Ya |
TDT1 |
Dengan sabar itulah allah
beri kita doa. Dengan doa itulah allah beri kita al-quran. Dengan tiga
perkara itu, ia akan ubat hati kita jadi tenang. Bukan satu perkara yang
mudah tentang ujian ni. Sebab ujian ini daripada allah. Allah jualah yang
akan membantu kita dan yang akan mengubat hati kita. Wallahualam. |
P2 |
Ya. Ujian jugalah sesuatu
yang mematangkan kita dan *ayat alquran* jangan lah kita berputus asa dengan
rahmat allah. Dan Encik khairul. Bila kita kehilangan seseorang yang cukup
kita sayang. Apakah lagi dengan cerita encik khairul sendiri. Arwah Isteri
dah bersama encik khairul lebih 20 tahun daripada separuh hidup encik khairul
sendiri. Dan apabila kita kehilangan orang yang kita sayang ini seolah- olah
kita kehilangan punca, kita kehilangan arah. Kita kehilangan motivasi. Untuk
saat dan ketika ini encik Khairul kalau boleh dikongsi, apa sebenarnya
semangat dan motivasi baru untuk Encik Khairul teruskan hidup dan menjalani
hari- hari yang mendatang? |
TDT2 |
Dia hanya satu, satu. Saya
rasa saya bersyukur, sebab waktu saya kahwin dalam masa 10 tahun pertama tu,
kami tak ada anak. Jadi tak ada anak, bayangkan dia punya relationship tu,
orang kata dia macam kita yalah orang ada anak, ada matlamat dalam hidup. So,
kiteorang ni macam okaylah kita berdua sampai ke tua mati macam tu je. Tapi
macam ustaz cakap tadi, hikmah allah. So, dia ambil isteri saya. Tapi sebelum
dia ambil isteri saya tu dia bagi saya tiga orang anak. Okay so dia bagi tiga
orang anak. Dengan tiga orang tulah yang bagi semangat kepada saya. Itulah
yang ditinggalkan kepada saya untuk kuatkan saya. Sebab dengan adanya tiga
beradik ni saya ada nampak masa depan. Apa yang saya kena buat. Lorong mana
saya nak lalu, jalan mana saya nak lalu. Anak ni nak jadi macam mana, macam
mana semua. Jadi saya ada pandangan macam tu. So bila ada benda macam tu dia
jadi macam apa memenuhkan waktu saya. Masa saya tu terlalu sibuk kan dengan
urusan kerja, dengan urusan rumah tangga. Jadi, perasaan apa orang kata sedih
apa semua tu saya jadi tak membawa diri berlebih –lebih sampai saya stress,
sampai saya rasa depression apa sebagainya. Tak ada. Itu antara hikmah yang apa
orang kata yang saya dapat. Jadi kalau ditanya balik menjawab soalan tadi tu,
untuk saya kuat dan sebagainya adalah tak ada benda lain kecuali anak-anak
tadi. Jadi alhamdullilah itulah hikmah yang saya dapat. |
P2 |
Alhamdullilah |
P3 |
Yana sebab tulah juga encik
khairul ni digelar sebagai super daddy ya. Walaupun tiga orang anak. Ada tiga
orang ragamnya. Ada juga yang kurang sihat ya encik khairul kan? |
TDT2 |
Ya, ya, ya |
P3 |
Tapi kalau kita lihat dari
pembacaan. Dari segi perancangan perbelanjaan, dari segi perancangan
kewangan, masa depan anak-anak. Segalanya sudah diatur semua sekali. Tapi
mungkin kisahnya berbeza dengan umi kerana walaupun adik amir sudah tiada.
Tetapi kenangan bersama adik amir itu tentunya banyak. Maklumlah selama 6
tahun membela adik amir sejak daripada bayi lagi sampailah ada
telatah-telatah dia sendiri. Bagaimana
sebenarnya umi em maksud saya bagaimana kekuatan ataupun sokongan insan-insan
di sekeliling. Termasuk anak-anak yang ada umi terus memberi kekuatan kepada
umi untuk bangkit, untuk belajar meneruskan kehidupan tanpa adik amir disisi
umi? |
TDT3 |
Umi bersyukur kan. Allah
temukan umi dengan Amir. Amir ni datang dia maksud umi hadir dia sebagai satu
permata, satu kurniaan allah pada umi. Hanya tak dirancang. Nak ambil anak
angkat kan biasanya anak angkat ini dirancang oleh sebuah keluarga. Dia tak
dirancang lansung. Dia dihantar dari allah, yang memang umi terima dari allah
subhanallah. Rezeki yang allah kirimkan kepada umi dan banyak umi terdidik
dengan cara amir. Sebab amir ni dia menyantuni orang. Siapa pun tak kira
orang- orang kecil yang baya- baya dia sampailah orang dewasa. Tak kiralah
nenek ke siapa. Dia tetap menyantuni diorang kan. Dia orang cakap subhanallah
orang yang penuh dengan adab. Jadi umi…. Maksud umi dengan dia yang buat dia
rasa tu. Rasa bahagia dan bersyukur sangat. Ketiadaan umi ni, bukan umi
sorang malah satu Malaysia kan? Malah satu Malaysia dan sejak ketiadaan amir
tu umi ramai sangat anak angkat. Yang datang. Umi dapat yang terlalu ramai
yang ibaratnya simpati dengan umi. Tapi diorang memberi kasih sayang. Sebab
umi selalu luahkan, sebarkan kasih sayang. Jadi orang sahutnya tu menerima ya
allah diorang ni pun cuba menyebarkan kasih sayang seperti mana umi yang
sebarkan… yang jaga amir dengan penuh rahmat dengan penuh rasa bersyukurkan.
Tak pernah rasa beban amir tu. Walaupun kita ni dah berumur. Umi sekarang ni
dah berumur, dengan kesihatan, umi tak pandang sebab umi dah tahu ini allah
yang bagi pada umi, allah hadiahkan pada umi. Umi jaga ni adalah khalifah allah
|
Pengekodan |
Transkrip |
P2:
|
jadi
umi jaga sebaik-baiknya. Didikan agama walaupun dalam usia yang muda, dia dah
boleh menghafal al-mulk, surah-surah, surah |
TDT2 |
subhanallah |
P2: |
ye
dan innalilallahwainnalillahirojiun, dari Allah kita datang dan kepadaNya
jualah kita akan kembali. Ustaz jazlan, dalam masa yang kita ada yang singkat
ni kan ustaz di hujung perbincangan kita ni saya harap dapat panjangkan lagi
tetapi sayang sekali memang tak cukup masa ustaz. Jadi secara ringkasnya
ustaz sebagaimana sebenarnya kita sebagai manusia biasa, setiap orang akan
mengalami kehilangan, akan berdepan dengan kehilangan tetapi persoalannya
adalah bagaimana kita nak bangkit dan meneruskan kehidupan kita, silakan
sedikit daripada ustaz, silakan. |
TDT3 |
baik
bismillahirahmanirahim dalam hidup ni perkara pertama kita kena belajar
bersyukur., bersyukur tu penting. Dengan bersyukur tu lah insyaAllah kita
dapat menghargai. Dengan menghargai tu lah kita sebut insyaAllah kita akan
dapat kedamaian dan kebahgiaan. Dan apabila Allah ambil satu benda yang
paling kita sayang, sebenarnya, sebenarnya Allah nak beri kepada kita
kebaikan sebab apa sama adea kita pergi dulu ataupun dia pergi dulu
sebenarnya itu adalah ketentuan Allah SWT. Dan apa juga yang berlaku pada
diri kita ni, adalah ketentuan qada dan qadar Allah SWT dan ia merupakan
untuk meningkatkan keimanan kita supaya kita menjadi orang yang soleh dan
solehah. Jadi saya mohonlah sama-sama pada yang ada mak yang ada ayah yang
ada isteri yang ada anak-anak iaitu berilah kebaikan dan santunilah mereka
semua dan hargailah mereka semua dan di mana mereka ada di sisi kerana itu
adalah kurniaan daripada Allah tapi apabila Allah ambil, waktu tu kita akan
rasa kehilangan. Kerana kehilangan ini Allah gantikan dengan kebaikan dan
sama-sama kita berdoa mudah-mudahan Allah memberi iaitu kesalamatan, kebaikan
dan kehidupan kita semua dengan iyulah saya nak ucapkan selamat hari raya di
mana jugak anda berada, insyaAllah kita akan mendapat kegembiraan dan
kesejahteraan. Amin ya rabbal alamin, terima kasih banyak-banyak. |
P2 |
terima kasih ustaz |
P3 |
ustaz,
ustaz sikit lagi, ustaz sikit lagi. Ustaz boleh tak ingatkan kepada
penonton-penonton masyarakat kita ni, walaupun kita tak dapat berhari raya
seperti biasa tahun ni tak pun namun hakikatnya asalkan kita masih lagi boleh
melihat mereka di mellaui video call
jadi kita masih berpeluang ustaz yee boleh tak ingatkan benda tu. |
TDT3 |
betul,
awak jangan jadi macam saya kadang-kadang kita nak cari benda yang tiada.
Faham maksud dia, faham ehh. Kita nak cari benda yang tiada tau. Sekarang
kita boleh telefon ibu yang kita boleh nampak wajahnya. Kita boleh telefon
ayah yang kita nampak wajahnya tapi kita akan kadang-kadang satu hari kita akan
cari siapa yang kita betul-betul nak cari buru tu rupanya dah tiada. |
P2 |
betul. |
TDT3 |
tolong
hargai, tolong hargai dan jadilah orang yang bersyukur kepada Allah. Amin ya
rabbal alamin. |
P3 |
saya
kira itu adalah konklusi yang terbaik untuk perbincangan kita pada hari ini
fiza. Lebih bersyukur dan lebih menghargai orang di sekeliling kita sebab
kalau mereka dah pergi, mereka tidak mungkin akan kembali. Terima kasih saya
ucapkan kepada ustaz jazlan, kepada puan norlida abu hassan ataupun lebih
mesra panggilan umi, dan encik kahirul abdullah di atas perkongsian yang saya
kira sedikit sebanyak pastinya dapat menjetik hati kita untuk emm kembali
refleksi diri untuk lebih bersyukur dan menghargai orang di sekeliling kita
terutamanya bagaimana kita nak bangkit daripada apa jua masalah yang kita
hadapi. Baik kita nak berehat seketika fiza, kita kan kembali selepas ini
dalam wanita hari ini. |
|
Lagu: salam sayang Tibalah
detik paling indah Kesyukuran
dalam kesabaran Rindu
di halaman jiwa Terubat
kasih yang hilang Di
mata jauh dihatiku simpan Bulan
mulia bercahaya Oh
indahnya syawal kita (Eh) Salam
sayang, untuk semua Miskin
kaya, tua dan muda, ayuh gembira Salam
sayang, untuk semua OOTD
on IG FB and selfie snap snap tap tap Oh-oh-oh-oh Buangkan
yang keruh Buangkan
sengketa Bermaafan
bersama Sebarkan
rezeki, luaskan jalinan Cipta
kemesraan Tibalah
detik paling indah |
P2 |
woww
itu dia tadi muzik video salam sayang oleh amyza adnan dan juga adrian sudah
pun hubung dalam talian bersama dengan kita sekarang. Assalamualaikum |
TDTA1/2 |
waalaikumussalam
|
P3: |
hai
adrian, hai amyza apa khabar |
TDTA1 |
khabar
baik, salam sayang, salam aidilfitri buat si cantik yang berada di studio.
Sihat-sihat semua? |
P2 |
awww kembali kita macam berjanji pulak
harini ehh pakai baju warna kuning |
TDTA1 |
berjanji dengan mak dia ke berjanji dengan
anak dia? |
P2 |
haa itu lah tu. Ni adrian dah ada manager ke
belum? Haritu kalau ikut discussion dekat family duo haritu, kak yana kan
yang nak jadi manager adrian. |
Pengkodan |
Transkrip |
P2 |
Apa-apa
pun taniah sekali lagi Yana ucapkan apabila anda berdua dipilih untuk
menyanyikan lagu Salam Sayang dan saya kira inilah satu tanggungjawab yang
cukup besar dan mungkin boleh kongsikan terlebih dahulu apa perasaan kak
Emyza dan Adrian untuk menyanyikan lagu Salam Sayang ni |
TDTA1 |
Okay…Erm...erm…Pertama
sekali nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Family Duo kerana telah
memperkenalkan Adrian memberi ruang kepada Adrian menunjukkan bakat. Dan juga
seterusnya terima kasih kepada media prima, kepada Monkey Bone kerana
mempercayai Adrian dan juga saya untuk memikul satu tanggungjawab yang sangat
besar untuk membawa lagu team Salam Sayang iaitu kempen Salam Sayang tema
tahun ini. Dan sejujurnya (suara tidak jelas) Adrian baru nak
menyanyi, menjinak-jinakkan diri dan tentunya memang satu cabaran, satu
tanggungjawab yang harus dibuat betul-betul |
P2 |
Emm Hmm…Terima kasih Miza. Dan Adrian pula,
kita nak dengarlah sikit suara Adrian. Macam nana Adrian apabila Adrian
diberitahu dan dipilih untuk membawa lagu Salam Sayang untuk kempen Salam
Sayang TV3. Macam mana perasaan Adrian? |
TDTA2 |
Rasa macam tak sangka kan sebab ahh (suara
tidak jelas). |
P2 |
Adrian boleh depan sikit, tak dengar suara! |
TDTA2 |
Boleh, boleh. |
P2 |
Haahah(gelak)…
Okay tapi kawan-kawan Adrian cakap apa dekat Adrian bila Adrian masuk Family
Duo, lepas tu sekarang dah ada lagu sendiri pula? |
TDTA2 |
Diorang macam terkejut lah.. Lepas tu
diorang kata congrats! |
P2 |
Wah
itu je, congrats je? |
TDTA2 |
Ahh
congrats lepas tu mulalah nanti bolehlah bagi duit raya |
P2 |
Ehcece
(gelak), ahh tapi untuk kak Emyza sendiri dan juga Adrian selepas ini selepas
lagu Salam Sayang ini pastinya membuka ruang dan peluang yang lebih banyak
dan lebih besar khususnya buat Adrian. Adakah ini karier ataupun profession
yang Adrian mahukan iaitu menjadi seorang penyanyi? |
TDTA1 |
Siapa
yang nak jawabnya |
P2 |
Ha
mak dia ke anaknya boleh mana mana |
TDTA1 |
Okay.
Pada awalnya dia menyanyi suka suka dan dia minat sebab kita orang family
suka menyanyi. Dari situ timbulnya untuk dia menyanyi. Tetapi bila ahh ramai
aah ramai lah peminat ataupun penyokong penyokong dia kata dia boleh
menyanyi, jadi saya sebagai mak kata “Apa salahnya awak rasa menyanyi
merupakan pilihan untuk kerjaya awak, tak salah, teruskan!” Kerana Insyaallah
kerjaya sebagai penyanyi juga boleh menjamin masa depan yang baik. Cakap kat
dia macam tu. |
P2 |
Itu
kata ibunya. Adrian, apa kata Adrian pula? |
TDTA2 |
Ermm…Rian
ikut kata mommy je. |
P2 |
Alaa
comel lah, mummy’s boy ni. Okay kepada anda semua, macam mana kalau penonton
nak mendengar lagu Salam Sayang ni?
Mungkin kak Emyza boleh kongsikan |
TDTA1 |
Okay kepada penonton penonton yang sedang
menonton WHI. Okay ingin saya kongsikan kami punya lagu ni Salam Sayang ni
ahh baru sahaja dilaunching malam raya. Baru sangat! Baru 3 hari eh salah2 5
hari, jadi kalau anda ingin.. (P2 mencelah) |
P2 |
Wahhh… |
TDTA1 |
Haa
baru 5 hari. Jadi kalau ingin menonton full muzik video Salam Sayang boleh ke
youtube TV3 official, taip Salam Sayang, ahh akan keluar lah. |
P2 |
Baik
itu dia berkenaan dengan Salam Sayang yang dinyanyikan oleh Emyza Aznan dan
juga Adrian. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan. Selamat Hari Raya! Bye
Adrian, Bye kak Miza. |
TDTA1&2 |
Bye. |
P2 |
Baik
kepada anda semua jangan pergi ke mana mana. Kita nak berehat seketika. Kita
akan Kembali selepas ini di Wanita Hari Ini. |
P2 |
Terima
kasih kepada anda masih setia bersama dengan kami di Wanita Hari Ini. Dan
sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung siaran. Dan bercakap tentang
topik kita pada hari ni kan Fiza tentang bangkit ni kan. Sebenarnya ada
pelbagai cara untuk kita terus bangkit antaranya adalah dengan melihat apa
yang dilalui oleh orang lain yang sebenarnya jauh lebih sukar dan lebih sakit
daripada kita. Betul tak Fiza? |
P3 |
Ermm
betul. Fiza setuju sangat, sangat sangat dengan apa yang Uyainaa katakan ini
apatah lagi dengan melihat apa yang berlaku ketika ini di peringkat global.
Terutama sekali tentang apa yang berlaku terhadap penindasan yang berlaku
penindasan saudara-saudara kita di Palestine. |
P2 |
Ya |
P3 |
Jadi ini ini tanggungjawab kita bersama
Uyainaa. Kalau kita mungkin tak dapat pergi ke sana, apa yang boleh kita
lakukan adalah dengan kita bersama mendoakan kesejahteraan mereka tentang apa
yang terjadi di Palestin ketika ini. |
P2 |
Betul,
dan saya kira antara perkara yang kita boleh lakukan juga selain berdoa
adalah dengan memberi sumbangan dan juga untuk kita blast di media sosial
kita gunakan hashtag #shameonisreal#, #savepalestine# ermm #freepalestine#
dan pelbagai lagi hashtag-hashtag lain yang mana kita tidak boleh senyapkan
perkara ini. Gunakan hashtag-hashtag ini dan terus kita, kita juga berjuang
walaupun hanya di media sosial. |
P3 |
Insyaallah.
Baiklah sama-sama kita menjaga kesejahteraan diri kita, ahli keluarga dan
insan-insan di sekeliling kita sambil kita mendoakan kesejahteraan
saudara-saudara kita yang berada di Palestine. Dan esok Insyaallah kita akan
kembali bersama anda di Wanita Hari Ini dengan topik menu popular Hari Raya
walaupun raya dekat rumah, walaupun raya tak semeriah seperti biasa. Tapi
kita boleh je masak sendiri untuk keluarga kita. Betul tak |
P2 |
Ya
betul tu. Dan nanti saya akan kirim kan laksa umi untuk Fiza Sab Jahan
(ketawa) |
P3 |
Okay,
saya tunggu (senyum) |
P2 |
Baik.
Terima kasih sekali lagi kepada anda yang setia bersama kami dan kami
undurkan diri terlebih dahulu. Jaga diri, jaga keluarga, assalamualaikum,
bye. |
Analisis
Wacana
Pendekatan
Strategi Komunikasi Normaliza Abd Rahim 2019
(Muka
Surat 80)
Singkatan
(Maurice)
P2P3: “Dan
(P3:hmm) .. dan kalau kita sendiri rasa badan dah rasa lain, seperti
contohnya (P3:hmm) rasa demam, walaupun kita rasa demam taklah teruk
sangat, atau pun ahh.. selesema sedikit, batuk sedikit, tetap (nada keras) kita
perlu pergi berjumpa dengan doktor...”
Pada masa ini, komunikasi yang berlaku dalam
kalangan kita tidak lari dari menggunakan singkatan perkataan. Jika dilihat P2P3, terdapat penggunaan singkatan
perkataan seperti ‘dah’ dan ‘tak’ yang
masing-masing merupakan singkatan bagi ‘sudah’ dan ‘tidak’. Namun begitu, penggunaan singkatan ini masih tidak
mengubah makna percakapan atau dalam erti kata lain masih kedengaran gramatis. Dalam konteks ini, P2 telah menyatakan bahawa
perlunya semua rakyat Malaysia untuk sentiasa peka dengan keadaan kesihatan
masing-masing. Dalam hal ini, apa-apa
sahaja perasaan kurang senang yang dirasai secara fizikal perlulah diteliti
faktornya. Misalnya kehilangan deria hidu
dan rasa oleh seseorang individu pasti
menjadi kerisauan kerana ianya merupakan antara simptom jangkitan COVID-19. Selain daripada itu, apabila seseorang mengalami
simptom seperti batuk dan selesema ringan juga perlu cepat-cepat berjumpa
dengan doktor menurut P2. Disingkapkan
bual bicara yang berlangsung tersebut, P2 menegaskan bahawa semua individu
tidak boleh memandang ringan aspek kesihatan diri. Hal
ini dapat disaksikan atau didengar apabila P2 menekankan suaranya
semasa menyebut ‘tetap’ yang menunjukkan hal ini agak serius. Sejak kebelakangan ini, kes jangkitan COVID-19
menjadi-jadi. Walaupun kerajaan telah
memperkenalkan pelbagai SOP, kes jangkitan masih berleluasa. Lebih-lebih lagi sudah
masuk musim perayaan. Oleh kerana itu,
pelanggaran SOP tetap berlaku apabila rakyat masih degil dan masih berziarah
dari rumah ke rumah secara sembunyi-sembunyi. Jadi,
P2 menyeru rakyat agar sentiasa meninjau kesihatan kendiri dan apabila
mendapati diri sendiri kurang sihat, P2 menasihati semua orang untuk berjumpa
doktor. Hal
ini berkemungkinan
kerana P2 telah banyak kali membaca hal mengenai kes jangkitan COVID-19 yang
tidak bersimptom. Pada hemat saya, P2
juga mempunyai ahli keluarga atau sahabat yang pernah mengalami situasi
tersebut. Justeru, P2 berharap semua
individu juga melakukan hal yang sama ialitu meninjau kesihatan kendiri di
rumah.
P3P2
: “Tasha
sebenarnya.. sebenarnya walaupun berhari raya tapi tak lah bercuti
sangat (P2:hahaha)
sebab..
sambil sambil tu ahh.. sempat juga dia melihat apa yang menarik
yang berlaku di dalam laman sosial ini”
Umum mengetahui bahawa terdapat singkatan perkataan yang
digunakan dalam pertuturan atau percakapan tetapi masih tidak mengubah makna
asal perkataan atau makna ayat itu secara keseluruhannya. Sehubungan dengan
itu, singkatan dalam P3P2 dapat dilihat melalui penggunaan ‘tak’
yang merupakan singkatan bagi ‘tidak’ dan ‘tu’ yang merupakan
singkatan bagi ‘itu’. Dalam konteks di atas, Tasha dikatakan sedang berhari raya. Namun, dia hanya dapat beraya di rumahnya sahaja. Hal ini demikian kerana Majlis
Keselamatan Negara telah menetapkan bahawa tiada aktiviti ziarah hari raya yang
dibenarkan. Oleh kerana itu, Tasha hanya
boleh menghiburkan dirinya dengan melayari laman sosial. Dalam era globalisasi, semua aktiviti manusia
dapat dilihat melalui capaian internet. Justeru,
Tasha dapat melayan beberapa video yang dimuat naik di laman sosial untuk
merasai suasana berhari raya orang lain walaupun hanya di rumah. Dengan adanya video-video
tersebut, Tasha mampu tersenyum lagi. Walaupun
hatinya terlalu ingin beraya bersama dengan keluarga di kampung halaman, dengan
video-video yang mencuit hatinya, dia masih dapat bergembira. Dalam zaman yang serba canggih ini, manusia dapat
berhubung melalui telefon pintar dengan adanya capaian internet. Oleh itu, kadang-kadang Tasha membuat panggilan
video bersama dengan ahli keluarga dan rakan-rakannya. Lazimnya, dalam keadaan pandemik ketika ini, ramai
dalam kalangan rakyat Malaysia hanya dapat bersembang dengan orang lain melalui
telefon sahaja. Hal ini demikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh
Kerajaan menghalang aktiviti rentas negeri dan daerah. Pada pandangan saya,
Tasha berhari raya di rumahnya sahaja kerana dia sangat
bertanggungjawab. Dalam hal ini, Tasha
menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia untuk patuh pada SOP yang
dikuatkuasakan. Sejak kebelakangan ini,
kes jangkitan COVID-19 semakin menunjukkan peningkatan. Hal ini disebabkan oleh pergerakan
manusia di dalam negara. Menyedari hakikat penyebaran
COVID-19 pada mutakhir ini terdiri daripada varian dari India dan London, Tasha
sedar bahawa dia perlu lebih berwaspada dan mengamalkan kawalan kendiri yang
dapat menyelamatkan dirinya dan orang lain.
Perkataan
baharu tiada makna (Maurice)
P2
: “Jom, sama-sama kita
saksikan.”
Dewasa ini, proses komunikasi dalam kalangan
individu berlaku dengan penggunaan pelbagai bahasa. Sehubungan
itu, ada juga berlaku penggunaan perkataan yang sebenarnya tiada
makna tetapi telah diterima sebagai perkataan. JIka
diteliti, P2 ada menggunakan perkataan ‘jom’ yang
sebenarnya merupakan bahasa dialek (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan ‘jom’
itu membawa pengertian ajakan. Dalam bual bicara tersebut, P2 telah mengajak semua
penonton untuk sama-sama menyaksikan video tayang yang dimuat naik dalam laman
sosial. Bagi
sesetengah orang, video-video di laman sosial kadang-kadang membawa
hiburan. Lebih-lebih lagi, situasi
pandemik yang melanda seluruh dunia termasuklah Malaysia telah memaksa semua
rakyat untuk terus berada di rumah. Oleh kerana itu,
P2 mengajak semua orang untuk sama-sama menonton video yang mencuit hati. Tambahan pula, video yang ditayangkan amat
berkaitan dengan suasana ‘raya PKP’ di mana semua orang yang menyambut
Aidilfitri tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk beraya. Selain daripada
itu, P2 berasa teruja kerana dapat berkongsikan video-video tersebut
yang sedikit banyak dapat memberi keceriaan kepada semua orang. Pada hemat saya, P2 berkemungkinan sudah pernah
melihat video-video tersebut dan dirasakan amat sesuai untuk ditayangkan. Hal tersebut demikian kerana P2 merasakan video-video itu sangat relevan dalam
keadaan pandemik ketika ini. Di samping itu,
P2 juga mungkin berasa sedih kerana tidak dapat beraya di kampung bersama
dengan keluarga. Namun, dia yakin bahawa
video yang dipilih dari laman sosial itu akan mampu mengukir senyuman pada
wajah semua penonton kerana video tersebut juga dapat menghiburkannya. Tuntasnya, P2 mahu menayangkan video tersebut
kepada semua orang untuk menunjukkan bahawa rakyat kita juga sangat kreatif
dalam menghasilkan video.
P3P2:“Alhamdulillah
ramai juga dalam kalangan kita kalau minggu lepas semua yang rasa macam
ragu-ragu, tak tahu, takut bagaimana nak menyambut ahh Aidilfitri pada tahun
ini (P2:hmm hmm) dengan keadaan PKP
sekali lagi.”
Kebelakangan ini, kita telah mendengar pelbagai
perkataan atau istilah baharu yang tiada makna dalam kamus tetapi bermakna
dalam konteks pandemik ketika ini. ‘PKP’ dalam P3P2 pada minit ke
1.37 merupakan akronim kepada ‘Perintah Kawalan Pergerakan’. Seperti yang kita sedia maklum, PKP yang
dikuatkuasakan di negara kita membawa kepada normal baharu dengan pelbagai SOP
yang ketat. Dalam konteks ayat P3P2, P3 menyatakan bahawa
ramai orang berasa tidak senang dengan PKP yang dikuatkuasakan semasa perayaan
Aidilfitri. Menyentuh tentang Aidilfitri, semua rakyat yang menyambutnya hanya
mampu patuh pada arahan kerajaan. Dalam konteks ini,
semua orang berasa sungguh kecewa kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman.
Lebih-lebih lagi pulang
untuk menziarahi ibu bapa dan keluarga. Dalam pada
itu, aktiviti ziarah-menziarahi tidak boleh dilakukan semasa PKP. Hal ini demikian kerana rentas
daerah dan negeri tidak dibenarkan. Oleh kerana itu,
semua orang berasa resah dan sedih kerana perlu menyambut Aidilfitri dalam
keadaan sedemikian. Ekoran itu, semua
orang hanya boleh berziarah secara maya dengan membuat panggilan video melalui
telefon pintar mahupun komputer. Bersangkutan dengan
hal itu, semua orang yang tidak dapat pulang ke kampung hanya mampu
menyembunyikan kedukaan mereka melalui senyuman palsu semasa membuat panggilan
video. Bagi mereka, melihat keadaan orang
tua mereka dalam keadaan sihat sudah memadai untuk mereka. Namun, mereka sentiasa menerimanya sebagai ujian
daripada Tuhan dan sentiasa bersyukur setiap hari. Pada pandangan saya, keadaan PKP lebih-lebih lagi
semasa musim perayaan merupakan perkara yang amat menyedihkan. Hal ini kerana sewaktu
perayaanlah masa yang paling sesuai untuk bertemu dengan semua anggota keluarga
kerana masing-masing bercuti pada masa itu. Selain
itu, keadaan yang sama telah berlaku pada tahun yang sebelumnya di
mana aktiviti ziarah-menziarahi tidak dibenarkan berlaku. Lantaran itu, rakyat berasa ragu-ragu sama ada
perayaan Aidilfitri akan menjadi seperti tahun lepas atau lebih teruk pada
tahun ini.
Penafian / Pencanggahan (Afifah)
P2: Dan itu sebenarnya (P3: hmm...hmm) bukan Yana sorang
je tapi adik beradik Yana yang lain juga.
Penafian atau percanggahan
merupakan perkataan atau ayat yang menunjukkan penafian tentang ayat diberi. Dalam hal ini, berdasarkan ujaran P2 di atas
menunjukkan ayat penafian di mana P2 menyatakan bukan hanya dia sahaja yang
mengusik ibunya sehingga menangis pada pagi Raya. Sebaliknya, adik beradik yang lainnya juga
turut mengusik ibunya sehingga ibunya menitiskan air mata. Walau bagaimanapun, mereka hanya bergurau sahaja
bukannya ingin mengguris hati ibu mereka. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat pengakuan negatif yang
digunakan oleh P2. Hal ini demikian kerana, P2
menafikan bahawa dia sahaja yang membuat ibunya menangis. Pada pendapat saya, P2 menafikan perbuatannya kerana
memang benar adik beradik yang lainnya turut mengusik ibunya. Dalam hal ini, P2 juga turut menyatakan bahawa pada
setiap raya mereka memang begitu. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa memang menjadi satu budaya pada setiap raya mereka akan
mengusik ibunya dan bukan hanya dia seorang yang terlibat. Tambahan pula,
Jika diteliti penafian ini juga dibuat supaya orang ramai yang mendengar
tidak menganggap perbuatannya itu sebagai satu perbuatan yang tidak baik.
TDT1 : Saya tidak akan jadi stress, saya
tidak akan aaa melepaskan kemarahan kepada anak-anak dan dan sebagainya.
Jadi saya rasa itu episode episode burnout saya sepanjang kehidupan
Elemen penafian
atau pecanggahan juga dapat dilihat pada dialog TDT1 di atas. Hal ini dibuktikan apabila terdapat penggunaan kata
“tidak” yang merujuk kepada penafian. Dalam hal ini,
TDT1 telah menafikan bahawa dia tidak melakukan tindakan di luar kawalan
seperti melepaskan kemarahan kepada anak-anaknya sewaktu dia dalam keadaan
tertekan. Penafian ini dilakukan kerana TDT1
tidak bersetuju sekiranya orang beranggapan bahawa dia menjadi baran apabila
keadaan memaksa. Hal ini demikian kerana, orang
mungkin mengandaikan bahawa apabila dia kehilangan isteri dia akan berasa
tertekan dan bertindak untuk melepaskan kemarahan kepada anak-anaknya. Oleh itu, dia menafikan sekeras-kerasnya berkaitan
anggapan orang supaya orang tidak memandang negatif terhadapnya. Tambahan pula, andaian orang tidak benar sekali.
Pada pendapat saya, penafian yang dibuat itu
menunjukkan bahawa TDT1 merupakan seorang ayah yang bertanggungjawab. Dalam hal ini, TDT1 melaksanakan tanggungjawabnya
dengan menjaga anaknya sebaik mungkin tanpa menaikkan tangan di badan
anak-anaknya. Selain itu, saya juga berpendapat
bahawa TDT1 seorang yang boleh mengawal emosinya dengan baik. Oleh itu, dia tidak berasa tertekan dengan kejadian
yang menimpa dirinya sehingga dia bertindak diluar kawalan iaitu melepaskan
kemarahan kepada anak-anaknya. Justeru, penafian
yang dibuat sememangnya perlu kerana masyarakat mungkin mengandaikan perkara
buruk sekiranya tidak dijelaskan secara umum.
Persoalan
(Iqbal)
P2: persoalannya adalah bagaimana kita nak
bangkit dan meneruskan kehidupan kita, silakan sedikit daripada ustaz, silakan
Elemen
persoalan merupakan ayat berbentuk pertanyaan yang berkaitan dengan topik
perbincangan. Biasanya persoalan merujuk kepada topik dan kandungan perbualan
tersebut. Sebagai contoh yang dapat diperhatikan
dalam transkripsi dialog pada minit 36.35, pengacara program iaitu Uyaina telah
memberikan persoalan kepada tetamu dalam talian iaitu “persoalannya adalah
bagaimana kita nak bangkit dan meneruskan kehidupan kita, silakan sedikit
daripada ustaz, silakan”, yang bertanya tentang bagaimana untuk bangkit dalam
kehidupan. Hal ini demikian kerana berdasarkan pertanyaan tersebut,
sebagai penonton kita dapat faham bahawa ramai di antara kita dalam komuniti
masyarakat sedanag berasa dalam kesusahan dan memerlukan semanagat untuk
kembali bangkit meneruskan kehidupan di dunia ini. Pada pendapat saya, sebagai seorang insan, kita tidak
boleh lari daripada ujian hidup dam untuk itu kita perlu terus melangkah
melawan arus untuk berjaya.
P2: Ni adrian dah ada manager ke belum? Haritu
kalau ikut discussion dekat family duo haritu, kak yana kan yang nak jadi
manager adrian.
Selain
itu,
elemen persoalan juga dapat diperhatikan menerusi pertanyaan pengacara,P2,
iaitu Uyaina kepada tetamu dalam talian TDT6 iaitu “Ni adrian dah ada manager
ke belum? Haritu kalau ikut discussion dekat family duo haritu, kak yana kan
yang nak jadi manager adrian”, yang membawa kepada persoalan adakah adrian
sudah mempunyai pengurus untuk menguruskannya. Hal ini
disebabkab oleh berlaku perbincangan antara mereka di luar program
tersebut yang merujuk kepada soalan tersebut. Oleh itu,
wujud hubungan baik yang terjalin antara pengacara dan tetamu atas talian. Pada pendapat saya, sebagai pengacara mereka perlu mencari cara untuk mewujudkan
suasana yang erat supaya tetamu yang diundang tidak kekok dan ini dapat dilihat
apa yang dilakukan oleh pengacara tersebut merupakan satu langkah yang baik.
Pengulangan
(Iqbal)
TDT3: Dan apabila Allah ambil satu benda yang
paling kita sayang, sebenarnya, sebenarnya Allah nak beri kepada kita kebaikan
sebab apa sama ada kita pergi dulu ataupun dia pergi dulu sebenarnya itu adalah
ketentuan Allah SWT.
Seterusnya
bagi
elemen pengulangan ialah merupakan perkataan, frasa atau ayat yang diulang
dalam mesej. Mesej yang menggunakan perkataan atau frasa ataupun ayat dalam
bentuk pengulangan kerana mahukan pendengar atau pembaca faham akan apa yang
ingin dikatakan. Sebagai contoh dalam teks transkrip
dialog ini, pada minit 36.58, TDT3 telah melakukan pengulangan dalam dialog
yang diucapkan iaitu “Dan apabila Allah ambil satu benda yang paling kita
sayang, sebenarnya, sebenarnya Allah nak beri kepada kita kebaikan sebab apa
sama ada kita pergi dulu ataupun dia pergi dulu sebenarnya itu adalah ketentuan
Allah SWT”. Hal ini menyaksikan pengulangan perkataan “sebenarnya”
berlaku sebanyak dua kali yang memberi penekanan tentang takdir Allah SWT
terhadap hambaNya. Pada pandangan saya, ujian Allah itu luas, dan sebagai hambaNya kita perlulah sentiasa
percaya dengan takdir dan ketentuan yang telah diaturkan dan sudah tentu ada
ganjaran bagi hamba yang bersabar.
P3: ustaz, ustaz sikit lagi, ustaz sikit lagi.
Di
samping itu, elemen pengulangan juga dapat dilihat pada minit 37.54
di mana P3 iaitu Fiza membuat pengulangan dengan mengujarkan “ustaz, ustaz
sikit lagi, ustaz sikit lagi” yang memberikan penekanan terhadap soalan yang
ingin disampaikan. Hal ini
kerana, ustaz iaitu TDT3 sudah habis memberikan pendapat dan
nasihatnya terhadap soalan yang telah diberikan kepadanya. Oleh itu, untuk menarik perhatian ustaz tersebut, P3
membuat pengulangan dengan panggilan “ustaz” sebanyak tiga kali supaya ustaz
tersebut dapat memberikan perhatian semula kepada P3 tentang apa yang ingin
disampaikan. Menurut pendapat saya,
elemen pengulangan yang berlaku seperti contoh di atas adalah cara yang
terbaik untuk memperoleh perhatian supaya kita dapat memberikan pertanyaan atau
soalan dengan tenang tanpa gangguan dari sisi lain.
Perujukan
(Syakirah)
P2: Persoalannya,
bagaimana kita ini terus bangkit menjalani kehidupan kita untuk menghadapi
hari-hari yang mendatang ini dengan penuh semangat. Ini yang akan kita
bincangkan dan kami bawakan bersama dengan seluruh penonton wanita hari ini.
Perujukan menurut pendekatan strategi
komunikasi Normaliza Abd Rahim (2019) menyatakan rujukan yang dibuat terhadap
mesej bagi menguatkan pemahaman. Seseorang akan membuat rujukan dengan perkara
lain yang pernah didengar atau dilihat. Malah, seseorang itu akan merujuk
mesej supaya lebh difahami dengan jelas.
Bertitik tolak daripada
dialog di atas,
ayat “bagaimana kita ini terus bangkit menjalani kehidupan kita untuk
menghadapi hari-hari yang mendatang ini dengan penuh semangat” seperti yang
dinyatakan oleh P2 di atas dapat memperlihatkan perujukan tentang perkara yang
akan diperjelaskan. Secara natijahnya, perujukan bangkit yang diperkatakan adalah tentang
bagaimana timbul kekuatan dalam diri untuk menempuh hari-hari yang mendatang.
Dalam situasi tersebut, kedua-dua penal jemputan telah pun
kehilangan insan yang tersayang membuatkan mereka terpaksa menerima kenyataan
dan terus bangkit untuk menjalani kehidupan meskipun perit. Hal ini demikian kerana, bangkit yang diperkatakan oleh P2
membuatkan P2 tertanya-tanya bagimana mereka menerima kenyataan dan menghadapi
situasi ini tanpa insan tersayang disisi. Justeru, bangkit yang dikatakan itu adalah kekuatan dua panel
jemputan dalam meneruskan kehidupan seharian. Hal ini digambarkan bahawa, kedua-dua penal adalah seoarang
yang kuat dan tabah dalam menerima kenyataan akan kehilangan insan yang sangat
rapat buat mereka dahulu. Pendek kata, kedua-duanya adalah insan yang bangkit dalam kesedihan,
tidak hanya meratapi kehilangan insan yang telah pergi serta mampu meneruskan
kehiduan seharian.
VT 2: Walau berlainan penderitaan, ternyata
cabaran dan penderitaan yang ditempoh adalah sangat berat buat mereka. Namun
pastinya tidak membuatkan dua insan cekal ini untuk berputus asa dalam
meneruskan kehidupan seharian.
Bertitik tolak daripada
dialog di atas,
ayat “ternyata cabaran dan penderitaan yang ditempoh adalah sangat berat
buat mereka.” seperti yang dinyatakan dalam VT 2 di atas dapat
memperlihatkan perujukan tentang perkara yang akan diperjelaskan. Secara natijahnya, perujukan “penderitaan yang
ditempoh adalah sangat berat buat mereka” yang diperkatakan adalah tentang
kecekalan Encik Khairul dan Puan Norlidah.
Dalam situasi tersebut, Encik Khairul telah kehilangan isteri
tercinta semasa anak-anaknya masih kecil manakala Puan Norlidah pula telah
kehilangan anak angkatnya yang berusia tujuh tahun akibat didera oleh ibu
kandungnya sendiri. Kehilangan kedua-dua insan yang mereka sayangi itu telah membangkitkan
mereka dalam meneruskan kehidupan seharian. Meskipun perit dugaan yang diterima, kehidupan mereka berdua
mesti diteruskan untuk berbakti kepada masyarakat. Kejadian yang menimpa mereka tidak
seharusnya berhenti setakat yang diperkatakan tetapi seharusnya menjadi teladan
dan pengajaran kepada masyarakat yang lain. Justeru, perujukan yang terdapat dalam dialog ini adalah
merujuk terhadap keperitan mereka berdua dalam menerima takdir yang telah
tertulis. Jadi mengikut pendekatan strategi
komunikasi Normaliza Abd Rahim (2019) telah terbukti bahawa perujukan adalah
salah satu proses komunikasi di mana perujukan merujuk kepada pemahaman topik
yang sedang dibincangkan.
Pembetulan kendiri (Afifah)
TDTA1:
Okay ingin saya kongsikan kami punya lagu ni Salam Sayang ni ahh baru sahaja
dilaunching malam raya. Baru sangat! Baru 3 hari eh salah2 5 hari, jadi kalau
anda ingin.. (P2 mencelah)
Berdasarkan ujaran TDTA1 di
atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat
elemen pembetulan kendiri. Dalam hal ini, pembetulan
kendiri bermaksud membetulkan perkataan atau ayat sendiri. Hal ini, dibuktikan apabila TDTA1 di atas membetulkan
ujarannya tentang berapa hari lagu untuk Salam Sayang telah dilancarkan.
Jika diteliti pada
mulanya, TDTA1 menjawab
3 hari. Namun begitu, dengan cepat dia menukar
semula keada 5 hari tanpa pertolongan sesiapa. TDTA1 juga membetulkan ujarannya
dengan cepat supaya pendengar memahami maksud yang ingin disampaikan. Pada pendapat saya, tindakan TDTA1 yang membuat
pembetulan kendiri tanpa perlu ditolong oleh orang lain menunjukkan bahawa
TDTA1 mengetahui bahawa dia melakukan kesilapan dalam ujarannya. Dalam hal ini, menunjukkan bahawa TDTA1 sedar jika
dia tersalah menyatakan fakta maka kemungkinan pendengar tidak akan faham
dengan mesej yang ingin disampaikan. Oleh itu,
TDTA1 dengan cepat membetulkan ujarannya supaya tidak timbul salah faham di
antara pendengar serta orang yang berada di studio.
Dalam hal ini, menunjukkan bahawa TDTA1 merupakan seorang yang
bertanggungjawab dan peka terhadap ujaran yang dilontarkan. Hal ini demikian kerana, jika dia tidak peka
kemungkinan tidak akan berlaku pembetulan tersebut dan masyarakat yang
mendengar juga akan percaya pada berita yang salah itu.
P3:
bagaimana sebenarnya umi em maksud saya bagaimana kekuatan ataupun sokongan
insan-insan di sekeliling. Termasuk anak-anak yang ada umi terus memberi
kekuatan kepada umi untuk bangkit, untuk belajar meneruskan kehidupan tanpa
adik amir disisi umi?
Pembetulan kendiri juga terdapat pada
ujaran di atas. Perkara ini dibuktikan apabila
P3 membetulkan perkataan dalam soalan yang diajukan kepada TDT2. Dalam hal ini, pembetulan kendiri tidak berkait
dengan pembetulan kerana kesalahan ayat tetapi pembetulan yang dibuat kerana
kesalahan penggunaan kata. Hal ini demikian kerana,
P3 ingin menanyakan tentang kekuatan namun mungkin pada saat itu perkataan yang
hendak digunakan tidak sesuai atau tidak dapat diutarakan. Oleh itu, beliau pada mulanya ingin mengajukan
pertanyaan menggunakan perkataan lain tetapi setelah berhenti seketika P3
menggunakan perkataan kekuatan untuk bertanya kepada TDT2 mengenai sokongan
yang diterimanya. Pada pendapat saya,
pembetulan kendiri yang dibuat mungkin disebabkan oleh kekeliruan untuk
menggunakan perkataan yang sesuai. Dalam hal ini, sesuatu
bual bicara biasanya menggunakan soalan yang spontan. Oleh
itu, kemungkin sewaktu ingin bertanyakan soalan perkataan yang hendak
digunakan tidak dapat dilontarkan. Namun begitu,
P3 dengan cepat telah menggunakan perkataan lain tanpa pertolongan dari
mana-mana pihak. Dalam hal ini, jelas
menunjukkan pembetulan kendiri oleh P3.
Topik Berlainan/Pengabaian Mesej
(Afifah)
TDTA1: berjanji dengan mak dia ke berjanji
dengan anak dia?
P2:
haa itu lah tu. Ni adrian dah ada manager ke belum? Haritu kalau ikut
discussion dekat family duo haritu, kak yana kan yang nak jadi manager Adrian.
Strategi topik berlainan atau
pengabaian merupakan mesej yang disampaikan namun pendegar menukar topik yang
berlainan daripada apa yang dibincangkan. Berdasarkan
ujaran di atas, jelas menunjukkan bahawa P2 telah membuat pengabaian
mesej.
Dalam hal ini, TDTA1 telah mengujarkan soalan,
namun, P2 tidak menjawab soalan yang diberikan. Sebaliknya,
P2 menjawab soalan dengan jawapan yang tidak jelas. Selain
itu, P2 juga turut mengemukakan soalan yang lain. Jika diteliti, perbualan di antara TDTA1 dan P2
menunjukkan bahawa mereka pernah bertemu sebelum ini. Oleh
itu, P2 mengujarkan soalan kembali kepada TDTA1 tanpa menjawab soalan
yang diajukan dengan betul. Pada pendapat saya, hubungan di antara P2 dan TDTA1 agak akrab. Hal ini
demikian kerana, mungkin mereka pernah bertemu sebelum ini. Oleh itu, P2 menjawab soalan TDTA1 tanpa memberikan
penjelasan dan sebaliknya mengemukan persoalan seperti mengimbas kembali
kejadian yang pernah berlaku. Dalam hal ini,
pengabaian mesej yang dilakukan mungkin disebabkan P2 lebih berminat untuk
mengusik TDTA2 yang merupakan seorang kanak-kanak lagi. Justeru, P2 lebih menumpukan persoalan kepada TDTA2 berbanding
menjawab soalan oleh TDTA1.
N: Kau tengok la abang aku tu
W1: Jangan bergaduh!
Topik yang berlainan atau pengabaian
mesej juga turut ditunjukkan dalam ujaran di atas. Hal
ini dibuktikan apabila N meminta supaya W1 melihat perilaku abangnya. Namun begitu, W1 dengan tiba-tiba berpesan supaya
tidak bergaduh. Dalam hal ini N sedang bersalaman dengan ibunya untuk memohon maaf. Namun, abangnya yang berada di sebelah ibunya sedang
bersiap sedia seperti hendak bergaduh. Melihat tindakan abangnya itu, N mengadu
kepada W1 dengan niat W1 memarahi abangnya. Namun
begitu, W1 melakukan yang sebaliknya kerana dia menegur N bukan
abangnya. Dalam hal ini pengabaian mesej jelas
ditunjukkan untuk mengusik N yang berasa tidak puas hati terhadap abangnya.
Pada pendapat saya, N merupakan adik bongsu dalam
keluarga ataupun adik yang mudah diusik oleh ahli keluarga yang lain. Oleh itu, apabila dia mengadu mengenai tindakan
abangya dia pula yang ditegur oleh W1. Jika diteliti dalam
VT, N menunjukkan muka tidak puas hati apabila dimarahi. Namun begitu, W1 hanya mentertawakan N. Hal ini jelas menunjukkan hubungan yang akrab antara
adik beradik. Jika mereka tidak mempunyai hubungan yang baik, sudah tentu N
akan terasa hati dengan pengabaian mesej yang dibuat oleh W1.
Celahan
(syakirah)
P2: Apa
khabar umi?
TDT 3: Baik
alhamdulillah.
P3: Yana,
kita rasa seronok dan juga bertuah kerana hari ini kita ditemani dengan tiga
orang individu-individu yang hebat ini yang sebenarnya termasuk dengan Ustaz
Jazlan sendiri dengan cerita tersendiri, untuk bangkit yang nak dikongsikan
bersama dengan penonton. Kalau boleh kita nak tanyakan kepada Encik Khairul
dahulu sebagai pembuka tirai perbincangan kita pada hari ini.
Celahan merujuk pendekatan strategi
komunikasi Normaliza Abd Rahim (2019) menyatakan celahan di mana merupakan
proses mencelah semasa orang lain sedang memberi pendapat atau sedang
berinteraksi. Celahan
kerap berlaku apabila mesej yang ingin disampaikan telah disekat dan disambung
oleh orang lain. Topik yang dibincangkan masih sama namun, mesej disampaikan
oleh beberapa orang lain.
Bertitik tolak daripada dialog di
atas, ayat “Yana, kita rasa seronok dan juga
bertuah kerana hari ini kita ditemani dengan tiga orang individu-individu yang
hebat ini yang sebenarnya termasuk dengan Ustaz Jazlan sendiri dengan cerita
tersendiri..” seperti dinyatakan oleh P3 digambarkan dengan lebih jelas
celahan yang merujuk terhadap elemen pendekatan yang diperkenalkan oleh
Normaliza Abd Rahim (2019). Secara natijahnya, celahan yang dilakukan oleh P3
masih dalam topik perbincangan yang sama dan tidak lari daripada perbualan yang
dibincangkan.
Dalam situasi tersebut, P3 berada dalam talian dan tidak berada
di studio bersama-sama P2. Hal ini demikian kerana,
celahan P3 masih sopan iaitu P3 memanggil nama P2 untuk meminta giliran
bercakap bagi mengalu-alukan para tetamu jemputan. Tambahan juga, perbuatan celahan P3 berlaku
kerana P3 tidak mahu terasing meskipun tidak berada di studio. Walaupun P2 sudah memperkenalkan kepada
penonton tentang latar belakang tetamu jemputan tetapi P3 masih memperhalusi
kata-kata P2 tentang panel jemputan yang hadir. Rentetan daripada itu, P3 ingin bersama-sama dalam
menjayakan program bual bicara ini dengan jayanya meskinpun P3 berada di rumah.
Justeru, celahan yang dilakukan oleh P3 tidak
asing lagi terutamanya dalam proses komunikasi kerana ketika proses ini
berlaku, celahan boleh sahaja berlaku pada bila-bila masa. Hal ini demikian kerana, celahan yang berlaku tiada had
waktu meskipun individu mempunyai pandangan yang berbeza-beza bagi mendapatkan
persetujuan yang sewajarnya dalam perbincangan.
TDT
2: Jadi of course sepanjang tiga tahun
itu saya melalui episode-episod burn out saya sendiri bila kita terlalu penat,
terlalu penat fizikal pun dia membawa kepada emosi dan terlalu penat emosi pun
dia membawa penat kepada fizikal.
P2: Betul
TDT 2: Jadi
kalau dulu mula-mula tu saya jadi cepat marah.
Bertitik tolak daripada
dialog di atas, ayat
“Betul” seperti dinyatakan oleh P2 digambarkan dengan lebih jelas
celahan yang merujuk terhadap elemen pendekatan yang diperkenalkan oleh
Normaliza Abd Rahim (2019). Secara natijahnya, celahan yang dilakukan oleh P2
masih dalam topik perbincangan yang sama dan tidak lari daripada perbualan yang
dibincangkan.
Dalam situasi tersebut, P2 mencelah penyataan daripada TDT 2 di
mana TDT 2 sedang menceritakan tentang pengalamannya menempuhi perjalanan hidup
membesarkan anak-anak yang masih kecil selepas kehilangan isterinya. Tambahan juga, ketika itu anak-anak TDT 2 masih
kecil, salah seorangnya berusia 7 bulan. Usia yang begitu kecil telah kehilangan ibu disisi menjadi
satu ujian buat anak-anaknya dalam menjalani kehidupan yang akan datang.
Tanggungjawabnya TDT 2 telah
bertambah di mana, TDT 2 perlu menggalas tugas seorang ibu dan dalam masa yang
sama menggalas tugas sebagai seorang bapa. Keperitan emosi dan fizikal telah
membangkitkan semangat TDT 2 untuk membesarkan anak-anaknya berseorangan tanpa
isteri tercinta disisi. Oleh itu, kekuatan yang dipertonjolkan dalam bual bicara ini sedikit sebanyak
telah memberi semangat kepada penonton yang lain.
Sehubungan dengan itu, elemen celahan dalam dialog ini
memperlihatkan P2 bersetuju dengan kenyataan TDT 2 di mana TDT 2 sedang
menceritakan pengalamannya dalam membesarkan anaknya tanpa isteri disisi. Tambahan juga, P2 seolah-olah memahami keperitan
dan kepayahan yang dialami membuatkan P2 bersetuju dengan penyataan TDT 2.
P2 juga seakan-akan pernah
mengalami situasi seperti TDT 2 membuatkan P2 bersetuju dengan pengalaman
dialami. Oleh
itu, celahan
daripada P2 memberi gambaran bahawa proses dalam komunikasi mengikut pendekatan
strategi komunikasi Normaliza Abd Rahim (2019) adalah benar di mana P2
bersetuju dengan pendapat daripada TDT 2.
Penangguhan (tivyaa)
TDTA2:
ermm… Rian ikut kata mommy je
Berdasarkan TDTA2 di atas iaitu “Ermm…Rian ikut kata mommy je”
menunjukkan strategi komunikasi penangguhan dimana subjek iaitu Adrian
menggangguk kepala mengeluarkan suara tanda bersetuju. Sebagaimana yang kita
ketahui, norma baharu
ini telah menjadikan kita semua bergantung kepada kaedah-keadah digital di mana
rancangan WHI juga telah memilih platform digital untuk mengendalikan rancangan
menemu bual artis tempatan iaitu Amyza Aznan dan anak lelakinya bernama Adrian.
Diceritakan, ini merupakan tahun kedua rakyat
Malaysia bakal menyambut Syawal dalam norma baharu. Semestinya perasaan rindu
pada kampung halaman, keluarga dan sanak saudara semakin menebal. Maka dengan melihat situasi ini, Media Prima Berhad
melalui syarikat rakaman Monkey Bone, mengambil peluang menghasilkan sebuah
lagu yang dapat menyampaikan perasaan rindu kepada keluarga dan insan-insan
tersayang. Lagu berjudul "Salam Sayang" diangkat sebagai lagu tema
Aidilfitri Media Prima Berhad. Lagu gubahan ini telah disampaikan dengan baik
sekali oleh pasangan ibu dan anak popular, Amyza Aznan dan Adrian. Namun apabila disoalkan mengenai kariernya, Adrian
yang dibayangi perasaan gembira menjawab bahawa “ermm…Rian ikut kata mommy je”
dengan senyuman bermain di bibir. Hal ini menggambarkan bahawa Adrian
merupakan seorang yang menghormati keputusan dan mendengar nasihat ibunya. Maksudnya disini, Adrian sedar bahawa tujuan mendengar
nasihat ibunya adalah untuk kebaikan diri. Walaupun
sebagai seorang penyanyi cilik yang mempunyai peluang baik di ruang industri
hiburan, tambahan dengan anugerah suara yang dikurniakan dia tetap memilih
untuk menghormati keputusan yang dibuat oleh ibu. Sebagai seorang anak yang
baik, Adrian sedar dia harus mematuhi segala pesanan yang diberikan oleh orang
tua dia. Misalnya, Adrian setuju dengan
pernyataan ibunya yang memberi penuh semangat dan menyokong Adrian untuk
menceberi bidang muzik kerana ia juga dapat memberi masa depan yang cerah
kepada anaknya. Jelaslah bahawa, Adrian rasa
gembira dan syukur berbunga di lubuk hatinya mengikut kata-kata ibunya kerana
dapat membahagiakan ibu yang tercinta.
P3:
ermn betul
Seterusnya, berdasarkan P3 di atas iaitu “ermm
betul.” menunjukkan strategi komunikasi penangguhan dimana pengacara rancangan
WHI iaitu Fiza Sab Jahan mengeluarkan suara tanda bersetuju menjawab rakan
setugasnya Uyainaa. Sebagaimana yang kita ketahui, topik yang hangat dibicarakan di WHI
adalah berkenaan dengan isu “Bangkit”. Diceritakan,
berkaca-kaca linangan air jernih gugur dari sudut kelopak mata apabila
mendengar para tetamu dalam talian sudi berkongsi pengalaman pahit yang pernah
dialami dalam kehidupanya. Bayang-bayang kesedihan dan
kepiluan masih tercalit di wajahnya apabila mereka meluahkan segala isi hati
yang terpendam. Walaupun kejutan dan kesedihan yang dialami selepas kehilangan seseorang yang
tersayang adalah sangat berat dan sememangnya tidak mudah, tetapi para tetamu
tetap gagah, belajar untuk bertahan serta menjadi lebih matang. Dalam konteks ini, mereka menyatakan bahawa semua orang
pasti akan diuji tuhan. Semua orang juga akan merasai kehilangan orang
tersayang dan berduka. Akan tetapi, terdapat
pelbagai cara untuk bangkit. Seseorang itu haruslah tabahkan diri dan bangkit
ke hadapan kerana setiap insan mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Mereka
hanya mampu berdoa untuk insan-insan yang kembali ke pangkuan tuhannya.
Pernyataan ini yang disoal oleh rakan setugas disetujui oleh pengacara Fiza. Hal ini dikatakan demikian
kerana pengacara Fiza
berfikiran dalam hidupnya sentiasa menghadapi berbagai macam situasi sama ada
keadaan yang menyenangkan ataupun yang menyedihkan. Apapun
keadaan yang dirasakan sekarang, pengacara berpendapat bahawa setiap orang
harus sentiasa bersyukur. Dengan bersyukurlah mampulah seseorang menghadapi
hidup dengan tenang. Selalu berdoa, berterima kasih dan bersyukur atas nikmat
Allah yang diberikan kepada kita walaupun kadang kala ia amat menyedihkan.
Pengacara mungkin berasa mengeluh tidak akan menyelesaikan keadaan, maka
sekiranya bersyukur ia akan mengubah segalanya menjadi lebih indah. Bukan itu sahaja, pengacara juga mungkin membandingkan
keadaan dirinya dengan terhadap isu penindasan yang berlaku pada
saudara-saudaranya di Palestine. Dengan ini,
pengacara Fiza bersetuju bahawa keadaan dirinya jauh lebih baik daripada yang
lain dan berasa amat bersyukur
Terjemahan Literal (Hazwani)
P2: Itu En.Khairul kongsikan dari
segi aa bagaimana dia mengambil sendiri masa ataupun me time untuk kembali
bangkit dan aaa berhadapan dengan situasi-situasi seterusnya itu.
Dewasa
ini, komunikasi yang dilakukan tidak lari dengan kata terjemahan literal. Dalam temubual ini, P2 telah menggunakan perkataan
sendiri masa ataupun me time dalam perbualan. Namun begitu,
penggunaan kata terjemahan literal ini difahami oleh penonton kerana perkataan me
time itu telah difahami oleh kebanyakan penonton. Dalam
hal ini, P2 sebenarnya cuba menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami
oleh tetamu dan juga penonton. Selain itu, P2
juga menggunakan terjemahan literal bagi perkataan sendiri masa yang diterjemah
dalam bahasa Inggeris menjadi me time. Dalam hal
ini, terjemahan dilakukan oleh P2 kerana penonton telah terbiasa dengan
perkataan me time, dan bukan sendiri masa. Di samping
itu, P2 juga menterjemah kerana perkataan sendiri masa itu kedengaran
agak janggal kepada penonton. Hal ini menyebabkan TDT dapat memahami konteks
yang ingin disampaikan oleh P2. Tambahan pula,
konteks masa sendiri itu juga dapat difahami dengan baik oleh penonton. Pada hemat saya, P2 adakalnya perlu menggunakan
terjemahan literal ketika menemu bual tetamu. Hal ini dapat
dilihat daripada penterjemahan sendiri masa
kepada me time itu untuk difahami oleh tetamu dan penonton. Disamping itu, terjemahan literal yang dibuat oleh P2
juga adalah betul dan membawa maksud yang sama. Jadi,
P2 telah telah menggunakan terjemahan literal pada masa dan tempat yang betul
bagi memberi kefahaman kepada penonton.
TDT2: Maknanya
dia dah pergi dari life umi selama 7 bulan dan umi cukup menderita ketika itu.
Dalam perbualan maknanya
dia pergi dari life umi.., terdapat terjemahan literal yang dibuat oleh
TDT2. Hal ini berkemungkinan TDT2 lebih selesa menterjemahkan
perkataan kehidupan kepada life dalam perbualan. Dalam
hal ini, TDT2 bijak menterjemah perkataan kehidupan itu kerana TDT2
dilihat lebih selesa menggunakan perkataan tersebut. Selain
itu, dengan penggunaan terjemahan literal, temubual yang diadakan
berjalan lancar. Selanjutnya, temubual yang dijalankan juga kelihatan santai. Justeru, TDT2 selesa untuk meggunakan perkataan yang
diterjemah secara literal dalam temubual tersebut. Selanjutnya,
terjemahan literal yang digunakan oleh TDT2 adalah mudah dan difahami dan
seterusnya memberi kefahaman kepada penonton. Pada pendapat saya, TDT menggunakan terjemahan yang
sesuai dalam perbualan. Hal ini kerana terjemahan
yang dilakukan tidak kedengaran janggal dan seterusnya mudah difahami. Disamping itu, TDT2 juga dilihat bijak membuat
pemilihan kata yang telah diterjemah agar lebih dekat dengan penonton. Tambahan pula, terjemahan secara literal ini dilihat
lebih difahami oleh penonton. Seterusnya, TDT2
dilihat bijak menggunakan terjemahan literal ketika menerangkan sesuatu isu. Selanjutnya, dengan penggunaan terjemahan literal ini,
bahasa yang digunakan menjadi mudah dan seterusnya
difahami.
Pertukaran kod (Hazwani)
TDT1: Saya tidak akan
jadi stress, saya tidak akan aaa melepaskan kemarahan kepada anak-anak
dan sebagainya.
Dalam
sebuah komunikasi, pertukaran kod sering terjadi ketika komunikasi sedang
dijalankan. Dalam temubual diatas, TDT1 telah
menggunakan pertukaran kod iaitu dalam ayat
Saya tidak akan jadi stress, saya tidak akan aaa melepaskan kemarahan
kepada anak-anak dan sebagainya. Dalam sebuah komunikasi, pertukaran kod biasa berlaku. Hal ini kerana TDT1 biasa menggunakan percampuran kod
ketika dalam berkomunikasi. Jadi, TDT1
mengaplikasikannya dalam temubual agar ayat yang digunakan difahami oleh
penonton. Selain itu, dengan penggunaan
pertukaran kod ketika berkomunikasi, penonton dapat mengetahui bahawa TDT1
menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Disamping
itu, penggunaan kata stress itu adalah sangat dekat dengan masyarakat. Justeru, TDT1 memilih untuk menggunakan perkataan
stress berbanding tekanan ketika berkomunikasi. Pada
pendapat saya, penggunaan pertukaran kod dalam temubual
dilihat positif. Hal ini kerana ia menunjukkan temubual itu bersifat santai. Selain itu, menerusi pertukaran kod, penonton lebih
mudah untuk memahami apa yang hendak disampaikan. Seterusnya,
maksud yang ingin disampaikan juga tidak disalahertikan. Pada pendapat saya, penggunaan pertukaran kod adalah
perlu ketika sesi temubual. Hal ini kerana,
temubual yang diadakan bukan bersifat formal. Selain itu, perbualan menggunakan
percampuran kod dilihat lebih memudahkan penutur. Disamping
itu, dengan menggunakan pertukaran kod, secara tidak langsung, penutur
dapat menguasai dua bahasa dalam satu masa. Justeru,
percampuran kod dalam temubual dilihat sebagai satu perkembangan yang positif
dalam bidang bahasa.
TDT2: Aaa semenjak
ibunya dah ambil dan sejak itu umi dah putus contact
Dalam
komunikasi, pertukaran kod adalah sesuatu yang biasa berlaku. Di dalam temubual ini, terdapat
pertukarn kod berlaku iaitu dalam ayat Aaa semenjak ibunya dah ambil dan
sejak itu umi dah putus contact. Situasi ini menggambarkan bahawa TDT2 tidak dapat
menghubungi anaknya. Dalam hal
ini, penggunaan pertukaran kod dilakukan ditengah-tengah ayat ketika TDT2
berkomunikasi. Di samping itu, TDT2
menggunakan percampuran kod kerana merasa dekat dengan perkataan contact itu. Selain itu, TDT2 dilihat selesa ketika menuturkan
perkataan tersebut. Secara tidak langsung, penonton juga boleh belajar
perkataan yang diucapkan kerana terdapat dua bahasa dalam satu masa. Tambahan pula, TDT2 juga u. menggunakan pertukaran kod
kerana sudah terbiasa berkomunikasi seperti iti. Pada pendapat saya, penggunaan pertukaran kod dalam
temubual dilihat positif. Hal ini kerana ia
menunjukkan temubual itu bersifat santai. Selain itu,
menerusi pertukaran kod, penonton lebih mudah untuk memahami apa yang hendak
disampaikan. Seterusnya, maksud yang ingin
disampaikan juga tidak disalahertikan. Pada pendapat
saya, penggunaan percampuran kod adalah perlu ketika sesi temubual. Hal ini kerana, temubual yang diadakan bukan bersifat
formal. Selain itu, perbualan menggunakan
petukaran kod dilihat lebih memudahkan penutur. Disamping
itu, dengan menggunakan percampuran kod, secara tidak langsung, penutur
dapat menguasai dua bahasa dalam satu masa. Justeru,
pertukaran kod dalam temubual dilihat sebagai satu perkembangan yang positif
dalam bidang bahasa
Imaginasi (Afifah)
TDT3: Jadi itu moment yang Ya Allah umi selalu teringat,
umi terbayang dia kan apa semua tapi malam tu tiba umi datang satu suara tu
kata ‚‘sudahlah’ umi cakap pada diri umi ‚‘dahlah, Amir dah takde, Amir takkan
kembali, itu umi cakap dalam diri umi sebab umi rasa umi rnak move sebab dia
kena pergi dari hidup umi terus sebab dia takkan balik, jadi umi terpaksa
kuatkan hati umi Amir takkan.
Berdasarkan
ujaran di atas, jelas menunjukkan elemen imaginasi. Hal ini dibuktikan apabila TDT3 menyatakan bahawa dia terbayang akan
Amir yang merupakan anak angkatnya yang telah meninggal dunia. Dalam hal ini,
TDT3 telah bercerita perihal Amir yang merupakan anak angkatnya yang telah
dibela sejak dari kecil. Oleh hal yang demikian, kehilangan
Amir telah menyebabkan TDT3 berasa sedih sehingga ada hari dia masih
membayangkan bahawa Amir masih ada. Hal ini menunjukkan
walaupun Amir sudah tiada TDT3 masih merinduinya. Walau
bagaimanapun, TDT3 sedar bahawa dia perlu menerima hakikat. Oleh itu,
dia mengatakan kepada dirinya bahawa amir pergi dan tidak akan kembali lagi.
Pada hemat saya, disebabkan rasa sayang yang
mendalam, pemergian orang tersayang menyebabkan seseorang individu itu kerap
membanyangi wajah mereka yang telah tiada. Dalam hal
ini, kasih seorang ibu jelas dipamerkan oleh TDT3. Walhal, jika difahami keseluruhan cerita TDT3
merupakan seorang ibu angkat sahaja. Hal ini menunjukkan
bahawa walaupun tidak mempunyai hubungan yang sebenar namun keikhlasan TDT3
dalam menjaga Amir sebagai seorang anak jelas ditunjukkan. Hal ini demikian kerana, walaupun setelah beberapa
hari Amir meninggal dunia, TDT3 masih bercerita perihal Amir. Selain itu, jika dilihat pada raut wajah TDT3 masih
ada rasa sedih dan hiba bila menyebut nama Amir.
TDT2; Jadi tak ada anak, bayangkan dia
punya relationship tu, orang kata dia macam kita yalah orang ada anak, ada
matlamat dalam hidup
Contoh imaginasi yang seterusnya
ditunjukkan dalam ujaran di atas. Hal ini dibuktikan
apabila TDT2 meminta pendengar untuk membayangkan bagaimana hubungan dia dan
isterinya sewaktu awal perkahwinan dahulu. Dalam hal ini, TDT2 telah menjawab persoalan yang
diajukan oleh P3 mengenai perihal perasaanya apabila kehilangan isteri
tersayang dan membesarkan tiga orang anak sekali gus secara berseorangan. Bagi
menjawab soalan yang diajukan TDT2 telah memberi huraian mesej dalam bentuk
imaginasi. Dalam hal ini, TDT2 meminta pendengar
untuk membayangkan bagaimana keadaan hubungan mereka dahulu ketika tiada anak.
Pada hemat saya, imaginasi yang dinyatakan oleh TDT2
boleh difahami oleh orang yang sudah berkeluarga. Hal
ini demikian kerana, hanya orang yang berkeluarga sahaja tahu bagaimana
perasaan ketika tiada anak dan bagaimana sesebuah rumah tangga itu boleh diuji
jika ketiadaan anak. Hal ini menunjukkan bahawa
mesej yang ingin disampaikan oleh TDT2 bukan semua boleh rasakan. Walau bagaimanapun, jika diselitkan dengan perasaan
simpati bayangan yang dinyatakan oleh TDT2 itu boleh disampaikan dengan jelas
kepada khalayak.
Kesopanan
(Tivyaa)
TDTA1: “pertama
sekali nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Family Duo kerana telah
memperkenalkan Adrian memberi ruang kepada Adrian menunjukkan bakat”
Berdasarkan TDTA1 di atas iaitu
“pertama sekali nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Family Duo kerana
telah memperkenalkan Adrian memberi ruang kepada Adrian menunjukkan bakat”
menunjukkan mesej berbentuk kesopanan dimana ia melambangkan tanda penghargaan.
Sebagaimana yang kita ketahui,
Media Prima Berhad melalui syarikat rakaman Monkey Bone, mengambil peluang
menghasilkan sebuah lagu berjudul Salam Sayang yang dapat menyampaikan perasaan
rindu kepada keluarga dan insan-insan tersayang sempena Aidilfitri yang menjelang
tahun ini. Lagu tersebut
dikatakan sebagai penghubung dalam menyambut kemeriahan Aidilfitri. Peluang
menyampaikan lagu tersebut telah diberikan kepada pasangan ibu dan anak
popular, iaitu Amyza Aznan dan Adrian. Walaupun ia merupakan kali pertama
pasangan ibu dan anaknya Adrian dicalonkan untuk merakamkan lagu ini, namun
lagu yang dinyanyikan oleh mereka berdua sangat menepati citarasa setiap
pendengar dan mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat Adrian. Maka
ibu kepada anaknya iaitu Adrian, mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pihak-pihak yang berkenaan sebagai satu tanda penghargaan kerana memberi
peluang Adrian mengasah bakatnya dalam bidang muzik. Hal ini dikatakan demikian kerana Amyza mengenang rahmat
yang dinikmati, bersyukur, dan menghargai segala yang dia dan anaknya terima.
Amyza juga ucapkan terima kasih kerana menganggap bahawa segala yang mereka
hadapi sepanjang kehidupan adalah suatu anugerah, sentiasa mengambil peduli
akan betapa bertuahnya mereka disebabkan semua yang ada di sekelilingnya
seperti para peminat dan penyokong. Bukan itu sahaja, Amyza juga mungkin
berpendapat bahawa ucapkan terima kasih sebenarnya mencakupi emosi refleksi
kendiri, iaitu kemampuan untuk menerima hakikat bahawa setiap orang bergantung
pada bantuan orang lain, dan rasa rendah hati untuk menyedari kekangan diri,”.
Dengan ini, Amyza merakamkan penghargaan peribadinya kepada pihak-pihak
berkenaan sebagai tanda penghormatan.
P2:
“Tahniah dan terima kasih saya ucapkan, Selamat Hari Raya!”
Berdasarkan P2 di atas iaitu “Tahniah dan terima
kasih saya ucapkan, Selamat Hari Raya!” menunjukkan perbualan berbentuk
kesopanan dimana ia melambangkan tanda penghargaan pengacara kepada tetamu
artis dalam talian. Sebagaimana yang kita ketahui, Amyza Aznan dan anak lelakinya iaitu
Adrian telah dijemput untuk sesi temu bual dalam talian yang dikendalikan oleh
rancangan WHI. Antara sebab mereka berdua diundang adalah kerana kali pertama pasangan ibu dan anaknya Adrian
dicalonkan untuk merakamkan lagu Salam Sayang sempena menyambut Aidilfitri,
namun lagu yang dinyanyikan oleh mereka berdua sangat menepati citarasa setiap
pendengar dan mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat Adrian. Maka
dengan ini mereka dijemput supaya memberi sedikit sebanyak keterangan berkenaan
pengalaman manis yang dialami sepanjang tempoh merakam lagu bertemakan
Aidilfitri, melatih diri, dan sebagainya. Senyuman mesra terukir di mulut anak
dan ibu, dengan wajah yang setenang air di kali telah berkongsi pelbagai
pendapat serta kenangan yang dilalui bersama bagi menghasilkan rakaman lagu. Oleh sebab itu, pengacara telah
mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberi oleh Amyza dan Adrian dalam
sesi temu bualnya. Hal ini berkemungkinan sepanjang temubual dijalankan, Amyza dan Adrian memberikan.
maklumbalas yang positif serta memberi kerjasama supaya mempermudahkan
rancangan. Di samping itu, pengacara Uyainaa
juga amat gembira dengan cara Aymza dan anaknya yang menjalin hubungan mesra
sudi berkongsi pengalaman mereka secara profession. Pengacara juga berpendapat
bahawa mereka berdua sangat mudah disenangi oleh ramai, bersikap peramah dan
tidak bersikap sombong. Kesimpulanya, terima kasih yang tulus ikhlas daripada
pengacara diucapkan kepada mereka sebagai tanda penghormatan.
Parafrasa
(Iffat)
P3P2:
Tetapi ada bermacam-macam cara
sebenarnya untuk kita (P2: hmm..hmm) sama-sama berkongsi rasa saya dan
kongsi kegembiraan ini (P2: Betul) kita
tak boleh pergi ziarah, kita boleh ja pergi hantar makanan...
P2: mungkin
boleh hantar juadah raya dan dinikmati bersama-sama. Ok baik Fiza...
Penggunaan parafrasa merupakan sesuatu
yang lazim digunakan dalam pertuturan. Lebih-lebih lagi untuk memberi penekan
terhadap sesuat perkara atau untuk mengulangi ujaran orang sebelumnya. Jika
dilihat dalam P2 telah menggunakan parafrasa apabila dia mengulangi idea atau
gagasan yang telah diberikan oleh P3 di awal perbincangan. Dalam situasi ini, P2 telah membuat mengulangi bahawa
masyarakat masih lagi boleh berkongsi kegembiraan pada satu syawal dengan
menghatar juadah hari raya kepada jiran terdekat. Hal
ini demikian kerana raya kali berbeza denga raya-raya sebelum kerana
negara masih dilandai wabak Covid-19. Hal ini rentetan
daripada garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan
Negara yang menggesa masyarakat untuk mempraktikkan penjarakan sosial dan serta
melarang sebarang bentuk pengumpulan. Oleh itu,
P2 sekali lagi menekankan bahawa masih terdapat cara lain untuk berkongsi
kemesraan di pagi syawal dengan memetik kembali lontaran idea yang telah
dinyatakan oleh P3 sebelum ini. Pada pandangan saya, penggunaan parafrasa oleh P2 merupakan salah satu langkah
untuk memperingatkan penonton mengenai cara sambutan hari raya Aidilfitri
mengikut norma baharu. P2 tidak memetik secara langsung, tetapi disesuaikan
dengan konteks serta cara penyampaiannya. Justeru,
walaupun P2 mengulangi idea yang sama, namun
cara penyampaian yang tersendiri menyebabkan P2 dilihat bersahaja dalam
melontarkan tutur bicaranya
VT6W1: Beginilah hidup berjiran, walau teguran tu
agak pedas, tapi kalau diterima dengan positif, semuanya pasti hidup berharmoni
seperti sebuah keluarga.
P2: Ok itu dia tadi sedikit sebanyak pesanan dari salam sayang dan dalam musim-musim covid
ni kan Fiza sebenarnya jiran adalah keluarga terdekat yang kita ada.
Berdasarkan ujaran
dialog-dialog tersebut,
kita dapat lihat penggunaan parafrasa dalam penyampaian P2. P2 telah mengulangi
semula apa yang telah disampaikan oleh VT5W1. P2 telah mengatakan bahawa dalam
negara sedang mengalami krisis pandemik, jiran merupakan keluarga terdekat yang
sentiasa bersama kita. Hal ini demikian kerana di
saat masyarakat Malaysia tidak dapat pulang beraya di kampung. Lebih-lebih lagi mereka yang sedang berada di
perantauan, jiran diibaratkan sebagai keluarga yang terdekat. Jika diperhatikan, P2 telah memetik kata-kata atau
dialog oleh VT5W1 yang mengibaratkan jiran sebagai keluarga. Pada pendapat saya, penggunaan parafrasa oleh P2
merupakan satu bentuk ulasan dan juga penegasan. Hal
ini disebabkan oleh P2 telah mengulas sedikit mengenai video tayangan
yang baru sahaja ditayangkan. Hal ini disebabkan
sebagai seorang pengacara, P2 telah mengulas mengenai video tersebut untuk
memberi kefahaman kepada penonton yang sedang menyaksikan rancangan tersebut. Oleh itu, P2 telah menggunakan parafrasa untuk
menengaskan dan memperingatkan masyarakat supaya sentiasa menghormati dan
menghargai jiran lebih-lebih lagi di musim perayaan agar ukhwah dapat terbentuk
dan ikatan dapat terjalin seterusnya membentuk masyarakat yang harmoni. Justeru itu, penggunaan parafrasa oleh P2 dilihat
mempunyai impak kepada tahap kefahaman penonton terhadap video yang baru sahaja
ditayangkan itu.
Meminta
Pertolongan (Iffat)
P3:
ada orang yang bangkit daripada
kemiskinan dan juga kejatuhan tapi (TJ1:
Adik, Abang dan Khalif, quiet!) tapi bagaimana mereka bangun untuk
bangkit ni,
Ujaran TJ1 “Adik, Abang dan Khalif,
quiet!” menunjukkan unsur meminta pertolongan daripada seseorang. TJ1 yang merupakan salah seorang
ahli panel bagi sesi perbincangan isu ‘bangkit’ telah dengan tidak sengaja
membuka mikrofonnya dan dapat didengari oleh semua penonton semasa P3 sedang
menerangkan tentang topik perbincanga. Hal ini sedikit
sebanyak telah mengganggu proses pengenalan topik yang dilakukan oleh P3. Oleh sebab itu, TJ1 telah meminta anak-anaknya untuk
senyap kerana beliau bakal muncul secara atas talian sebentar sahaja lagi. TJ1
telah meminta pertolongan daripada anak-anaknya untuk tidak membuat bunyi
bising buat seketika agar tidak mengganggu proses perbincangan sebentar sahaja
lagi. Tambahan pula TJ1 yang sering digelar
dengan gelaran Superdaddy kerana telah kematian isteri perlu memantau keadaan
anak-anaknya lebih-lebih lagi waktu ingin ke udara dalam rancangan televisyen
kebangsaan. Pada
hemat saya, TJ1
mempunyai anak-anak yang masih kecil. Bahkan sudah menjadi lumrah kanak-kanak
untuk suka bermain dan ketika bermain mereka cenderung untuk berbuat bising. Justeru, TJ1 terpaksa meminta anak-anaknya untuk
tidak berbuat bising. Selain itu, TJ1 juga berkemungkinan
sedang memantau ketiga-tiga anakya itu kerana isterinya sudah tidak lagi
bersama dan pada ketika itu tiada sesiapa yang boleh menjagakan anak-anaknya. Lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik yang mana
masing-masig tidak dibenarkan untuk menziariahi satu sama lain. Konklusinya, TJ1 telah membuat sebuah permintaan
pertolongan kepada anak-anaknya supaya tidak mengganggu proses temu bual
tersebut.
W2: Hang nak jual rendang macam ni? Dengan gambaq macam ni? Hang ni nak
jual makan dak?
W3: Betul juga kata Cik Salmah tu. (telefon
berdering)
W4: Kalau akak tangkap gambar cantik-cantik, mesti
ramai yang nak order. Saya boleh tolong.
Berdasarkan ujaran dialog
tersebut, kita dapat lihat W3 telah meminta
pertolongan daripada W4 untuk membantunya dalam proses pengiklanan bahan
jualannya iaitu rendang. W3 yang merupakan seorang peniaga telah menjual rendang secara atas
talian. Walau bagaimanapun, gambar yang telah
digunakan untuk mempromosikan jualannya itu telah dikecam hebat oleh W2. Oleh itu, W3 telah berasa sedih sehinggakan W4 telah
hadir dan menawarkan khidmatnya untuk membantu W3 mengambil gambar yang menarik
untuk digunakan bagi tujuan pemasaran bahan jualan. Dalam
situasi ini, W3 yang sangat memerlukan bantuan untuk menaik taraf gambar
pemasarannya teah ditawarkan pertolongan. Walaupun
bukan orang pertama yang meminta pertolongan tetapi sebaliknya iaitu W4 yang
terlebih dahulu menawarkan diri untuk membantu, namun pada akarnya W3 meminta
pertolongan dengan bersetuju dengan tawaran yang telah diberikan. Pada hemat saya, apa yang telah dilakukan oleh W4
merupakan sesuatu yang sangat mulia kerana dia telah membantu W3 tanpa
mengharapkan apa-apa balasan. Tambahan pula dengan
bantuan yang diberikan oleh W4 itu telah mengubah hidup W3 kerana banyak
tempahan yang diterimanya setelah itu. Di samping itu, dengan
bantuan yang telah diberikan perhubungan mereka menjadi lebih akrab dan hal ini
sedikit sebanyak telah turut membantu W4 untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran baharu kerana dia baru sahaja berpindah ke perumahan tersebut. Konklusinya, meminta pertolongan merupakan sesuatu
yang sangat perlu dan mampu mengubah kehidupan seseorang. Walaupun sekecil-kecil pertolongan yang diberikan,
tetapi masih terdapat kesan ke atas emosi dan fizikal seseorang.
No comments:
Post a Comment