Monday, July 5, 2021

BBM5407Dua2021: Teori Levinson 1987 (Rakaman Perbualan)

Transkrip Temu Bual Bersama Murid Sekolah Rendah 12 Tahun

Pengekodan

A- Alif

S- Syakirah

 

S: Alif, tak sekolah ke hari ni?

A: tak, cuti

S: Cuti sebab apa?

A: Sebab Covid lah. Sekarang kan bahaya banyak orang mati sebab tu cikgu suruh cuti

S: Aik, bukan baru je ke sekolah lepas tu dah cuti?

A: a’ah, sekolah kejap je lepas tu sekolah tutup. Tak apa lah lagi pun seronok tak pergi sekolah

S: Orang pergi sekolah lah seronok, boleh jumpa kawan-kawan. Ini duduk rumah bukan boleh buat apa pun

A: Eh taklah, duduk rumah lagi best boleh main game.

S: Game apa yang Alif main? Nak tengok boleh?

A: Ni haa, game dalam facebook ni

S: Alif selalu dekat rumah cikgu ada ajar pakai video tak?

A: Ada je. Video call ramai-ramai.

S: Best tak Alif?

A: tak best pun, cikgu je cakap sorang-sorang.

S: Belajar subjek apa yang best?

A: Alif suka lukisan, tapi sekarang mana belajar dah. Susah nak lukis-lukis

S: oh, Alif nak jadi pelukis ke bila besar nanti?

A: A’ah Alif nak lukis dekat dinding macam dekat sekolah ada lukisan besar

S: Alif suka lukis apa?

A: saya suka lukis robot

S: Angkasa lepas ke macam dalam game?

A: a’ah. Lukis robot senang tapi nak lukis alien tu yang susah

S: nanti Alif belajarlah dekat youtube. Alif ada phone kan. Haa, tengok la situ banyak ada orang ajar lukis

A: Ada ke? Mana nak tengok

S: kejap, akak bukak dekat phone

A: akak tulis apa dekat situ

S: Akak tulis cara melukis alien

A: A’ah la akak, banyaknya

S: okey, balik nanti Alif tengok sendiri tau dekat rumah, tapi jalan lupa belajar sebab belajar tu penting tau.

A: okay akak. Terima kasih

S: sama-sama

 

Teori Levinson (1983)

Prinsip Koperasi

Maxim Kualiti

Maxim Kuantiti

Maxim Relevan

Maxim Kesopnan

Berdasarkan kesimpulan, A menjawab soalan yang diajukan dan memahami setiap soalan yang ditanya. Justeru, A memberi kerjasama sepanjang temu bual berlansung.

Tak best pun, cikgu je cakap sorang-sorang. – A menyatakan dengan jujur keadaan tidak teruja dengan PDPR di rumah.

 

Alif suka lukisan, tapi sekarang mana belajar dah. Susah nak lukis-lukis – A menyatakan dengan jujur bahawa minatnya terhadap lukisan sangat mendalam.

 

Berdasarkan perbualan keseluruhan, A hanya menjawab soalan tanpa menjelaskan maklumat yang lebih mendalam. Contoh:

S: Alif, tak sekolah ke hari ni?

 

A: tak, cuti

 

S: oh, Alif nak jadi pelukis ke bila besar nanti?

 

A: A’ah Alif nak lukis dekat dinding macam dekat sekolah ada lukisan besar- A cuba menyampikan maklumat bahawa minatnyanterhadap lukisan sangat mendalam

 

S: okey, balik nanti Alif tengok sendiri tau dekat rumah, tapi jalan lupa belajar sebab belajar tu penting tau.

 

A: okay akak. Terima kasih

 

Berdasarkan contoh di atas, A mengucapkan terima kasih selepas belajar benda baharu daripada S. Hal ini menunjukkan bahawa A sopan dalam percakapannya.

 

Bibiliografi

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan

Aplikasi.Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment