Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Ulasan Buku



Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Buku “Eh!!! Media Sosial” ini merupakan buku yang menyediakan kaedah dan pendekatan yang pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa mengikut perkembangan yang pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi masa kini. Dalam bab 1 mengandungi pengenalan yang memainkan peranan penting dalam pendidikan bagi membentuk masa depan negara dalam menghasilkan pelajar yang berkeyakinan serta bersaing dalam era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Bab 2 pula menjelaskan penggunaan Twitter dalam rangkaian sosial. Keputusan kajian menujukkan responden setuju bahawa Twitter mudah untuk diakses, pantas, efisyen dan membekalkan informasi yang terkini. Bab 3 pula menghuraikan aplikasi Facebook berupa web media sosial yang digunakan oleh berjuta-juta pengguna setiap hari dan memecah dua bilion pengguna aktif setiap bulan bermula daripada Jun 2017. Keputusan kajian mendapati penggunaan Facebook sebagai satu medium untuk berkomunikasi serta penglibatan lebih luas dalam proses pembelajaran terutamanya kemahiran menulis dan mambaca. Bab 4 menjelaskan tentang aplikasi Instagram yang telah menjadi pilihan kegemaran pengguna-pengguna media sosial dari seluruh dunia. Keputusan kajian menunjukkan semua subjek kajian berminat dengan cerita pendek Instagram di akaun Instagram masing-masing. Dalam bab 5 pula menjelaskan tentang e-mel yang menjadi permasalahan utama kebimbangan dalam kalangan pelajar dalam kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) di seluruh dunia adalah keberkesanan beekomunikasi dengan berkesan. Menurut Noraien Mansor (2006) mengatakan bahawa kajian berkenaan e-mel mungkin akan dilakukan pada masa hadapan untuk menambah baik pembelajaran pelajar, meningkatkan kefasihan penggunaan bahasa pelajar, menanam sikap positif serta minat dan juga mengalakkan prestasi pelajar terutama di dalam kelas penulisan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL). Bab 6 pula menghuraikan tentang blog yang juga merupakan laman web yang mesra pengguna di mana ia senang diuruskan dan sentiasa dikemas kini oleh pentadbirnya. Menurut Li & Chingnell (2010) mengatakan bahawa blog sebagai salah satu rangkaian sosial dan medium komunikasi di mana blog membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain. Dalam bab 7 pula menjelaskan tentang isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna di seluruh dunia. Isu yang tidak dapat ditangani jika pengguna cenderung menggunakan bahasa dan struktur ayat yang salah di dalam rangkaian sosial. Bab 8 iaitu bab akhir mengandungi implikasi pedagogi di mana menurut Grgurovic (2010) menyatakan bahawa pengguna teknologi yang tersebar luas dalam kehidupan telah membawa kepada peningkatan pengguna teknologi dalam sistem pendidikan. Implikasi buku ini memberikan manfaat kepada pengguna media sosial.
Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.
Harga: RM60
Nama Penulis: Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim
Nama buku: Eh!!! Media Sosial

No comments:

Post a Comment