Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Ulasan Buku



Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Buku “Eh!!! Media Sosial” ini merupakan buku yang menyediakan kaedah dan pendekatan yang pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa mengikut perkembangan yang pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi masa kini. Dalam bab 1 mengandungi pengenalan yang memainkan peranan penting dalam pendidikan bagi membentuk masa depan negara dalam menghasilkan pelajar yang berkeyakinan serta bersaing dalam era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Bab 2 pula menjelaskan penggunaan Twitter dalam rangkaian sosial. Keputusan kajian menujukkan responden setuju bahawa Twitter mudah untuk diakses, pantas, efisyen dan membekalkan informasi yang terkini. Bab 3 pula menghuraikan aplikasi Facebook berupa web media sosial yang digunakan oleh berjuta-juta pengguna setiap hari dan memecah dua bilion pengguna aktif setiap bulan bermula daripada Jun 2017. Keputusan kajian mendapati penggunaan Facebook sebagai satu medium untuk berkomunikasi serta penglibatan lebih luas dalam proses pembelajaran terutamanya kemahiran menulis dan mambaca. Bab 4 menjelaskan tentang aplikasi Instagram yang telah menjadi pilihan kegemaran pengguna-pengguna media sosial dari seluruh dunia. Keputusan kajian menunjukkan semua subjek kajian berminat dengan cerita pendek Instagram di akaun Instagram masing-masing. Dalam bab 5 pula menjelaskan tentang e-mel yang menjadi permasalahan utama kebimbangan dalam kalangan pelajar dalam kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) di seluruh dunia adalah keberkesanan beekomunikasi dengan berkesan. Menurut Noraien Mansor (2006) mengatakan bahawa kajian berkenaan e-mel mungkin akan dilakukan pada masa hadapan untuk menambah baik pembelajaran pelajar, meningkatkan kefasihan penggunaan bahasa pelajar, menanam sikap positif serta minat dan juga mengalakkan prestasi pelajar terutama di dalam kelas penulisan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL). Bab 6 pula menghuraikan tentang blog yang juga merupakan laman web yang mesra pengguna di mana ia senang diuruskan dan sentiasa dikemas kini oleh pentadbirnya. Menurut Li & Chingnell (2010) mengatakan bahawa blog sebagai salah satu rangkaian sosial dan medium komunikasi di mana blog membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain. Dalam bab 7 pula menjelaskan tentang isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna di seluruh dunia. Isu yang tidak dapat ditangani jika pengguna cenderung menggunakan bahasa dan struktur ayat yang salah di dalam rangkaian sosial. Bab 8 iaitu bab akhir mengandungi implikasi pedagogi di mana menurut Grgurovic (2010) menyatakan bahawa pengguna teknologi yang tersebar luas dalam kehidupan telah membawa kepada peningkatan pengguna teknologi dalam sistem pendidikan. Implikasi buku ini memberikan manfaat kepada pengguna media sosial.
Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.
Harga: RM60
Nama Penulis: Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim
Nama buku: Eh!!! Media Sosial

Monday, November 25, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)





















Dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi ini meliputi kajian wacana yang menerangkan mengenai definisi dan aplikasi dalam kesantunan fikiran dan melebihi batas ayat. Semua berkaitan dengan pemikiran petuturan sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan. Dalam bab 1 menerangkan definisi wacana terhadap bentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Setiap pemahaman wacana setiap orang dianggap mudah apabila seseorang itu faham akan maksud yang ingin disampaikan. Bab 2 pula menghuraikan setiap teori dan pendekatan analisis wacana yang dihuraikan secara terperinci agar boleh digunakan dalam menganalisis data. Teori dan pendekatan yang digunakan juga adalah pendekatan analisis wacana dan analisis kritis. Seterusnya, dalam bab 3 menganalisis wacana tekstual dan ujaran. Perbincangan dalam kajian wacana ini merangkumi kajian wacana tesktual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan anak-anak autisme. Teori analisis wacana mengupas setiap teks dan ujaran dalam kajian ini lebih terperinci agar dapat membantu dalam menghuraikan dan membincangkan lirik lagu melalui model penceritaan, cerita sosial serta uajran kanak-kanak diperjelas dengan baik. Bab 4 pula menghuraikan strategi komunikasi dalam ujaran dan interaksi. Pendekatan strategi komunikasi ini meliputi bagimana kelompok kumpulan kecil atau besar berinteraksi dengan menggunakan kaedah digital sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej. Dalam bab 5 pula, menghuraikan pendekatan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Setiap pendekatan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi digunakan bagi menjalankan kajian ini. Bab 6 menerangkan analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pendekatan analisis wacana dalam komunikasi yang digunakan terutamanya agar kajian ini lebih kesan dan bermakna. Kajian ini memberi implikasi terhadap masyarakat terutamanya guru,  ibu bapa dan pelajar sekolah. Masyarakat keseluruhannya mendapat manfaat dengan memberikan komunikasi yang baik serta berkesan apabila memulakan perbualan ataupun perbincangan. Bab terakhir iaitu bab 7 mempunyai cadangan dalam kajian ini terutama kajian analisis wacana dan strategi komunikasi. Dalam buku ini juga diharapkan penyelidik lain dapat membuat penelitian terutama dalam bidang kajian wacana serta strategi komunikasi.

Sumber: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT: Universiti Malaysia Terengganu.

Buku: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Harga Buku: RM20

Sunday, November 3, 2019

BBM3410Satu2019: FLAT LAY INDIVIDU

FLAT LAY INDIVIDU

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog!

Entri pada kali ini lebih mengfokuskan kepada tugasan individu 11 hidangan makanan tentang teknik fotografi yang diberi nama Flat Lay.Apa itu flat lay? Haa

Flat Lay merupakan satu teknik fotografi di mana satu atau beberapa objek yang diletakkan di atas sebuah permukaan digambil gambar dari pandangan atas (bird’s eye view) berlandaskan empat sudut antaranya Flat Lay 90 darjah, Flat Lay Separuh, Flat Lay Suku dan Flat Lay Zero (kosong).
  
Kalau anda ingin tahu lebih lanjut tentang bagaimana cara mengambil gambar mengikut sudut-sudut Flat Lay tersebut, anda boleh menonton pada link di bawah gambar ini



https://youtu.be/kBWL_-sU7aE


Jangan lupa tonton, like, share dan subscribe. Selamat menonton :)

Monday, October 7, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


Ulasan blog
            Definisi blog menurut  Normaliza Abd Rahim(2014) merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Ia boleh juga boleh digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai jurnal atau diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk. Blog juga bermula atas talian pada tahun 1991 dalam World Wide Web sebagai mod untuk berkongsi maklumat. Blog mempunyai tiga ciri utama iaitu mengandungi pautan ke area yang lain dalam web, mempunyai komen pada pautan, interaktif serta saling berkait. Blog merupakan medium dialog di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain serta pembacanya.
            Blog adalah laman web yang mesra pengguna di mana ia senang diuruskan dan sentiasa dikemaskini oleh pentadbirnya. Sebagai salah satu rangkaian sosial dan medium komunikasi, blog membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain (Li & Chignell, 2010). Pelajar universiti akan menggunakan blog dengan menulis diari atau jurnal dalam bahasa yang dipilih. Oleh itu, menulis blog adalah salah satu aktiviti yang berguna bukan sahaja untuk meningkatkan keyakinan dalam menulis tetapi juga sebagai motivasi untuk mereka belajar menulis dengan kreatif. Pelajar akan berasa selesa untuk menulis menggunakan blog memandangkan ia boleh dibuat secara peribadi dengan hanya mempunyai pembaca yang dijemput sahaja untuk membaca pos. Tambahan lagi, blog juga boleh dikongsi dengan yang lain dengan cara meninggalkan komen untuk dibaca oleh pembaca, seterusnya membolehkan mereka menulis berkaitan pos.
            Dalam buku Eh!!! Media Sosial berdasarkan Nowson (2006), blog merupakan laman web yang dikemas kini mengikut susunan kronoligi manakala bahasa yang digunakan juga tidak formal dan kurang terhad. Kenyataan ini disokong oelh Levy (2009), yang menyatakan blog meningkatkan keykinan diri, kreativiti, pemilikan dan membangunkan komuniti melalui penulisan tidak formal. McLeod (2001) telah menyatakan bahawa blog membantu pelajar atau individual menerokai dan mengasimilasikan idea, mencipta pautan di antara kebiasaan dan tidak kebiasaan, bersedia untuk memikirkan kemungkinan dan memahami sesuatu perkara terebih dahulu sebelum menjelaskan kepada orang lain.
            Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenarikan 10 cara penulisan blog dengan baik. Antaranya yang pertama adalah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Kedua, cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Ketiga, memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Keempat, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Kelima, kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Keenam, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Ketujuh, dapat dibaca dan difahami. Kelapan, dapat berkomunikasi dengan pembaca. Kesembilan, masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda dan yang terakhir, berilmu untuk penulisan pendidikan.
            Kesimpulannya, menulis blog meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Blog juga membantu pengajar untuk mengambil kira kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran tekbologi untuk berlaku dalam masa yang sama. Diharapkan kajian masa hadapan akan menumpukan kepada teknologi yang lain bagi meningkatkan gaya penulisan dalam bahasa kedua.


Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA


Assalamualaikum semua, kita bersua kembali dalam sesi perkenalan. Kali ini sesi perkenalan kita lebih mendalam. Macam serius sahaja bukan? Tidak. Baiklah, penulisan kali ini ingin bercerita dan memperkenalkan sedikit keluarga kecil penulis.

Penulis sendiri merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarga. Mempunyai empat adik beradik dan anak ketiga dalam keluarga. Semua adik beradik penulis jejaka. Maka sudah pasti penulis tidak mempunyai masalah dalam berkongsi barang atau pakaian. Itu yang untung jika anak tunggal perempuan dalam keluarga.

Penulis ada mak yang penyayang akan keluarga, iaitu bonda tercintaku Mak aka Mummy (panggilan manja) dan juga Abah yang mengalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Balong merupakan anak lelaki pertama yang sudah pun berkahwin dan mendapat dua orang anak sepasang. Angah anak lelaki kedua yang sedang belajar dalam Ijazah sarjana muda di Universiti Tun Hussin On (UTHM), manakala penulis sendiri sedang belajar dalam Bachelor Lingusitik Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan yang terakhir Adik yang sudah bekerja mencari pengalaman sebagai tukang masak.

Ohh yaa! Tidak lupa juga penulis ada membela dua ekor kucing yang diberi nama Bunga kerana ekornya bergulung seperti bunga manakala Baby yang berwarna putih. Itu sahaja latar belakang dan serba sedikit tentang keluarga kecil penulis. Jika sesiapa ingin mengenali diri penulis, jangan segan silu untuk DM bagi mengenal lebih dalam lagi. Orang kata tak kenal maka tak cinta bukan? Jadi salam perkenalan.

Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

Belajar dengan bersungguh




Pada kali ini, topik yang dibincangkan adalah tip belajar dengan mudah

1. Ambil Nota dalam Kelas

Semasa di dalam kelas, pastikan anda mengambil nota apa yang penting disampaikan oleh guru atau pensyarah. Tidak perlu menggunakan ayat yang lengkap semasa mencatatkan nota tersebut, sekadar anda sahaja yang boleh membaca semula untuk membuat rujukan. Selain itu, gunakan ringkasan agar dapat menyalin dengan cepat apa yang disampaikan oleh guru. Anda juga perlu bertanyakan soalan berkaitan nota yang disalin jika tidak difahami.

2. Mengatur Masa Belajar.

Masa amat kritikal dalam pembelajaran yang berkesan, oleh itu anda perlu mengaturnya dengan baik. Anda hanya perlu membuat jadual waktu harian dan membekalkan beberapa jam mengikut kemampuan anda untuk belajar. Sesuaikan diri anda dalam mengatur masa untuk belajar. Berikan penekanan terhadap subjek yang lemah serta peruntukkan masa yang lebih bagi subjek yang sukar difahami.

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (Gadis Trex Production)

Bird's Eye View


Gambar 1
Gambar 2


Gambar 3

Tugasan terakhir pada kali ini dinamakan Bird's Eye View. Bird's eye view ini mudah diingat kerana gambar-gambar seperti di atas hanya dilihat melalui pandangan burung atau pandang daripada sisi atas. Jika anda ingin mengambil gambar seperti ini, mudah sahaja, anda hanya perlu pergi ke tempat yang tinggi seperti di atas bangunan yang mepunyai 4 atau 5 tingkat sekurang-kurangnya, pastikan di bawah bangunan tersebut mempunyai objek yang hendak difokuskan. seperti gambar 1 hendak difokuskan gambar deretan motosikal yang sedang parkir. Gambar 2 pula deretan kereta yang sedang berhenti di lampu merah manakala gambar 3 objek yang hendak difokuskan kawasan kolam renang di sebuah resort peranginan.

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Gadis Trex Production)

Over The Shoulder

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3






Pada kali ini, asas fotografi dipanggil Over The Shoulder. Kenapa dipanggil sedemikian? kerana anda dapat melihat sendiri gambar-gambar di atas membelakangi bahu objek yang dihadapan. Jika anda ingin mengambil gambar sedemikian pastikan ada seorang yang berdiri dihadapan kamera dan mengambil sedikit sipi bahu orang yang berdiri di hadapan itu, kemudian rakan-rakan yang lain boleh berdiri di depan objek supaya kamera tersebut dapat fokus terhadap mereka.

BBM3410Satu2019: Mug Shot (Gadis Trex Production)

Mug Shot




 Gambar 1                                             Gambar 2                                            Gambar 3


Tugasan pada kali ini melibatkan manusia sahaja iaitu asas fotografi Mug Shot yang melibatkan emosi. Gambar 1 melibatkan emosi marah manakala gambar 2 melibatkan emosi sedih. Yang terakhir gambar 3 melibatkan emosi gembira. ketiga-tiga gambar tersebut dilihat memainkan karakter masing-masing terhadap emosi. Hal ini demikian kerana, ketiga-tiga model tersebut memainkan peranan yang penting dalam cara gaya mereka membawa watak emosi yang tersendiri.


BBM3410Satu2019: Medium Shot (Gadis Trex Production)

 

Tugasan ketiga yang diberi kepada penulis dalam kelas BBM3410 Multimedia dalam Bahasa dipanggil Medium Shot. Dalam asas fotografi Medium Shot ini, dipecahkan kepada dua iaitu tiga gambar Medium Shot manusia dan pemandangan serta Medium Shot pemandangan. Jadi terhasilah seperti gambar di atas iaitu Medium Shot pemandangan dan manusia. Jika anda ingin mengambil gambar Medium Shot pemandangan dan manusia, anda perlu berdiri hampir dengan kamera supaya objek yang hendak difokuskan itu tidak terlalu kecil berbanding pemandangan yang berada di belakang. Tidak dilupakan juga, Rules Of Third perlu memainkan peranan yang penting dalam Medium Shot ini.
Gambar 1

Gambar 2


Gambar 3


Manakala, Gambar 1, 2 dan 3 pula dipanggil Medium Shot pemandangan. Hal ini demikian kerana, Mediam Shot pemandangan agak berbeza dengan Long Shot pemandangan. Jika ingin mengambil Medium Shot pemandangan, anda perlu mengfokuskan pemandangan seperti gunung, bangunan atau sesuatu tetapi pasti objek yang anda hendak fokus itu tidak terlalu jauh. Dapat dilihat seperti gambar 2, fokusnya terhadap pokok yang berhampiran. Pastikan anda mengambil anda mengambil pemandangan di belakang supaya terhasilnya gambar Medium Shot. 






BBM3410Satu2019: Long Shot (Gadis Trex Production)

Long Shot





 Gambar 1                                                    Gambar 2                                             Gambar 3


Tugasan kedua yang diberi kepada penulis dalam kelas BBM3410 Multimedia dalam Bahasa dipanggil Long Shot. Dalam asas fotografi Long Shot ini, dipecahkan kepada dua iaitu tiga gambar Long Shot pemandangan dan manusia serta tiga Long Shot pemandangan. Jadi terhasilah seperti gambar di atas iaitu, gambar 1, gambar 2 dan gambar 3 Long Shot pemandangan dan manusia. Jika anda ingin mengambil gambar Long Shot pemandangan dan manusia, anda perlu berdiri jauh dan objek kelihatan kecil berbanding pemandangan yang berada di belakang. Tidak dilupakan juga, Rules Of Third perlu memainkan peranan yang penting dalam Long Shot ini.


Gambar 5
Gambar 4




Gambar 6

Manakala, Gambar 4, 5 dan 6 pula dipanggil Long Shot pemandangan. Jika ingin mengambil Long Shot pemandangan, anda perlu mengfokuskan pemandangan seperti gunung, bangunan atau sesuatu benda yang jauh. Dapat dilihat seperti gambar 5, fokusnya adalah bangunan dan perlu ada satu jalan atau anak sungai yang panjang supaya dapat menggambarkan jarak objek yang hendak difokuskan tersebut.

BBM3410Satu2019: Closed - Up (Gadis Trex Production)

Close-Up





 Gambar 1











             Gambar 2                                                                                            Gambar 3


Tugasan pada kali ini mengenai asas fotografi atau asas grafik yang melibatkan elemen manusia dan bukan manusia. Pertama sekali, saya ingin menerangkan tiga gambar di atas. Gambar tersebut diberi nama Close-up dalam asas grafik. Close-up di atas melibatkan manusia terutama dari segi emosi. Jika dilihat pada gambar pertama, emosi yang ingin ditonjolkan adalah mengambarkan emosi sedih berbanding close-up kedua menunjukkan emosi gembira. Manakala close-up ketiga membawa emosi marah. Jika anda mahu mengambil gambar seperti ini, anda hanya perlu mendekatkan kamera betul-betul hampir dengan objek atau wajah yang ingin difokuskan seperti contoh gambar di atas.


Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6
Manakala Close-up bukan manusia dapat dilihat dalam gambar 4, 5 dan 6. Gambar 4 Close-up lebah berada di tengah-tengah bunga berbanding dengan gambar 5, Close-up diatas daun terdapat titisan air dan yang terakhir gambar 6 Close-up corak ditengah-tengah bunga.














Monday, September 23, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini





Pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah saya mengikuti Program CSR di Pulau Songsong, Yan, Kedah. Subjek FEM4205 Modal Insan dan Ekonomi ini melibatkan kerjasama antara pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) serta para pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dibawah subjek tersebut. Kami disambut dengan tangan terbuka oleh penduduk Kampung Yan tersebut. Kami dijamu dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh mereka.
Sebelum kami memulakan aktiviti di Pulau Songosng, kami diberi taklimat tentang perjalanan aktiviti di sana. Kami dibawa menaiki bot nelayan bersama-sama pegawai SPM serta ahli-ahli Kelab Sahabat Masjid. Semasa berada di pulau tersebut, saya terpeson melihat keindahan pulau yang tidak berpenghuni itu. Pelbagai aktiviti telah dilakukan antaranya membersihkan kawasan pantai, menanam pokok-pokok buahan, serta bermandi manda. Kami telah dijamu dengan gulai ikan tenggiri, pelbagai ulaman serta nasi yang di masak oleh pemandu-pemandu bot di pulau tersebut. Setelah penat melakukan aktiviti di pulau itu sehingga matahari mula terbenam, kami berangkat pulang ke perkampungan Yan. Pengalaman yang sangat manis telah dilakukan di sana, semestinya tidak pernah akan saya lupakan.
Jadi sesiapa yang ingin merasai keindahan Pulau Songsong, anda boleh menyewa bot nelayan di sana kerana mereka mempunyai pakej yang menarik untuk anda lawati. Itu sahaja pengalaman manis yang saya boleh kongsi untuk hari ini.

Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk


Sinopsis cerita sosial 1: Nenek dan Datuk

Cerita nenek dan datuk ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak autisme yang bernama Alim pulang ke kampung bersama keluarganya di Kajang. Perwatakannya seperti tidak keruan selepas melihat perubahan yang berlaku daripada tempat kebiasaanya dilihat membuatkan diri Alim tidak terkawal daripada sedih, marah dan menangis. Walaupun Alim berperwatakan seperti itu namun Alim mempunyai keluarga yang penyayang. Alim dibawa dan diajar oleh neneknya untuk menerima sesuatu keadaan di mana setiap apa jua keadaan pasti ada perubahan sama ada dalam hidup atau kedaan sekeliling.

Menurut NormalizaAbd Rahim (2019) dalam buku terbitan Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.

Senarai jenis multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial ini melalui Youtube. Youtube merupakan laman yang sentiasa menjadi pengunjung di seluruh dunia. Hal ini demikian kerana, cerita sosial ini boleh diaplikasikan dalam bentuk video pendek dan di muat naik dalam Youtube. Jenis multimedia yang kedua, boleh juga melalui Twitter. Twitter merupakan laman yang banyak digunakan oleh generasi Y dan ke atas kerana laman ini bersifat santai dan bersahaja. Seterusnya, jenis multimedia Instagram. Instagram kini lebih ramai yang suka menonjolkan diri dengan menghantar video berdurasi pendek dan gambar-gambar mereka di laman ini. Jadi laman ini boleh menyampaikan cerita sosial ini dengan mengaplikasikan cerita ini dalam bentuk animasi. Selain itu, jenis multimedia lain adalah Facebook. Facebook boleh dikatakan majority zaman kini mempunyai facebook. Jadi laman ini boleh menyampaikan cerita sosial ini di laman ruangan facebook terutama sekali di halaman kumpulan supaya cerita sosial ini dapat disebarkan siarannya. Yang terakhir adalah Blogger. Blogger adalah medium di mana setiap penceritaan, idea, dan pendapat dapat dicurahkan dalam penulisan. Jadi di laman blogger ini dapat menyampaikan cerita sosial dengan lebih tepat dan padat.

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog


Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) etika penulisan blog mempunyai 10 cara menulis blog dengan baik. Antara etika penulisan blog yang pertama ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Dalam setiap permulaan perceritaan atau sesebuah teks, yang pertama sekali mesti reka tajuk dahulu sebelum memulakan jalan cerita yang seterusnya. Tajuk yang unik, kreatif dan menarik akan menarik minat pembaca untuk membaca sebuah teks dan jalan ceritanya. Keutamaan tajuk itu sendiri akan memberi impak pembaca serta memingat akan sesuatu fakta yang ingin disampaikan oleh penulis.

Etika penulisan blog yang kedua ialah cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Setelah selesai memilih tajuk yang menarik, jalan cerita atau isi yang ingin disampaikan mestilah seiring dengan tajuk yang telah direka. Cerita yang tersusun dengan fakta yang padat serta penjelasan dan contoh yang menarik dapat menarik minat hati pembaca untuk membaca penulisan di blog. Hal ini demikian kerana, pembaca lebih mudah untuk memahami dan mengambil info yang ingin disampaikan oleh penulis.

Seterusnya, masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Setiap orang lebih suka lawak jenaka dan sesuatu yang menggelikan hati untuk menghilangkan tekanan harian mereka. Lebih-lebih lagi bahan jenaka itu kebanyakkannya dilayarkan di kaca-kaca televisyen mahupun di corong-corong radio. Tidak terlepas juga bahan jenaka ini boleh diaplikasikan dalam penulisan terutama sekali di penulisan blog. Menulisan blog tidak hanya tertumpu kepada penulisan formal tetapi boleh juga ditulis dengan tidak formal seperti diselitkan setiap ayat atau jalan cerita itu dengan bahan jenaka supaya penyampaikan sesuatu cerita itu lebih menarik perhatian para pembaca.

Di samping itu, etika penulisan blog ini perlu memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Bila setiap jalan cerita yang ditulis itu mempunyai fakta atau maklumat yang ingin disampaikan, penulis perlu menghuraikan penjelasan setiap isi tersebut dengan logik serta dapat diterima oleh umum. Lebih baik jika setiap isi itu perlu dikaji dan diselidiki sebelum maklumat tersebut dihuraikan dengan lebih jelas. Huraian yang tebaik boleh juga disokong oleh pakar-pakar yang mahir dalam bidang masing-masing supaya penulisan blog itu dilihat menarik serta penuh dengan ilmu yang bermanfaat.

Etika penulisan blog yang kelima ialah kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Isu semasa yang berlaku sekarang amatlah penting. Jadi setiap penulisan itu jika ingin nampak menarik serta menarik minat pembaca perlu disertakan juga dengan isu semasa yang berlaku supaya penulisan diblog itu tidak lari daripada info yang berlaku terkini. Berita yang dijelaskan juga perlulah berita yang sahih dan dipercayai supaya penulis tidak menyampaikan mklumat yang salah.

Etika penulisan blog  yang keenam merupakan etika penulisan yang penting dengan menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Pemilihan perkataan yang tepat dan tidak berrumitkan dapat memudahkan pembaca untuk memahami maklumat yang penulis ingin sampaikan. Struktur ayat juga penting supaya pembaca nampak jalan cerita yang penulis ingin ceritakan. Penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas akan membuatkan pembaca mengingati maklumat yang penulis ingin sampaikan. Jadi penulis perlu berhati-hati dan peka dengan penggunaan ayat yang ingin ditulis dalam blog tersebut.

Dapat dibaca dan difahami merupakan etika penulisan blog yang ketujuh. Setiap penulisan diblog perlu di tulis dengan ayat dan perkataan yang sesuai supaya boleh diterima pembaca. Pemilihan perkataan dan struktur ayat yang sesuai adalah penting seperti yang telah dinyatakan di perenggan diatas. Hal ini demikian kerana, penggunaan ayat yang sesuai dapat dibaca dan difahami oleh pembaca. Lebih baik penulisan itu juga adalah jika pembaca mengingati apa sahaja yang penulis sampaikan.

Selain itu, dapat berkomunikasi dengan pembaca adalah etika penulisan blog yang kelapan. Setiap penulisan yang ada dalam blog merupakan hubungan komunikasi antara pembaca dan penulis. Di bawah ruangan blog tersebut terdapat ruangan komen, di situ pembaca dapat mencurahkan pandangan, pendapat serta cadangan untuk diajukan kepada penulis. Penulis juga dapat mengetahui sesiapa pembaca yang membaca penulisan tersebut serta dapat mendengar pendapat daripada mereka. Hal ini demikian kerana, penulisan di blog bukan hanya menyampaikan maklumat tetapi menjaga hubungan dan berkominukasi secara terus antara penulis dengan pembaca.

Etika penulisan blog yang seterusnya adalah memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Setiap perhujung cerita perlu ada nilai yang membawa kebaikan kepada pembaca untuk diapliakasi dalam kehidupan. Seperti cerita kanak-kanak di setiap penghujung cerita mesti di letak unsur nilai murni supaya setiap perbuatan yang salah itu tidak seharusnya dibuat dan tidak juga diterapkan dalam kehidupan. Sama juga dengan penulisan di blog, nilai murni dan moral itu penting supaya pembaca bukan sahaja mendapat maklumat dan huraian yang jelas tentang sesuatu isu itu tetapi juga pembaca dalam nilai serta moral yang ada dalam penulisan yang ditulis penulis dalam blog tersebut.

Etika penulisan blog yang terakhir ialah berilmu untuk penulisan pendidikan. Setiap penulisan yang ditulis dalam blog itu menjadi asas rujukan kepada pendidikan bukan hanya tertumpu pada umum sahaja. Maklumat yang disampaikan merupakan ilmu yang berguna serta boleh dijadikan platform dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana, penulisan di blog lebih bersifat santai dan tertumpu terus pada isi yang ingin disampaikan. Oleh itu, penulisan blog adalah landasan yang baik jika digunakan dalam pendidikan supaya penulisan yang ditulis itu boleh disampaikan dan menjadi penulisan yang berilmu untuk semua lapisan masyarakat.

Monday, September 16, 2019

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

Lagu & Lirik: Profesor Dr. Normaliza Abd rahim
Hak Cipta: Univerisiti Putra Malaysia





Saya Faham

Saya kata "Apa khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia 
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih 
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih 
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka

BBM3410Satu2019: DIRI

Assalamualaikum w.bt.

Nama saya Siti Nursyakirah Binti Saharudin berumur 23 tahun. Saya berasal dari Kuala Lumpur dan menetap di Puchong, Selangor. Saya merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarga dengan mempunyai 4 orang adik beradik. Saya merupakan anak ketiga dalam keluarga saya.

Saya juga seorang belajar yang menuntut pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bachelor Sastera (Bahasa dan Lingusitik Melayu). Tahun ini merupakan tahun akhir bagi pengajian saya dalam Ijazah Sarjana Muda. Lengkap pengajian saya selama 3 setengah tahun di UPM dengan ilmu yang dibekalkan untuk bawa bersama dalam bidang pekerjaan kelak. Saya berbangga sebagai bangsa Melayu, saya dapat mendalami bahasa ibunda saya dengan lebih mendalam. Justeru, saya ingin menarik minat masyarakat diluar sana agar mendalami ilmu bahasa Melayu kerana bahasa ini mempunyai nilai estetika dan seni yang tersendiri.

Di samping bahasa, saya juga telah didedahkan dengan subjek yang diberi nama Multimedia dalam Bahasa. Subjek ini memperkenalkan bukan sahaja menfokuskan kepada elemen mendengar, melihat, membaca, menulis dan bertutur malah subjek ini juga meningkatkan kemahiran dalam penulisan dengan menggunakan media massa dan juga media elektronik seiring dengan pembangunan teknolongi masa kini. Bahasa Melayu bukan terpinggir tetapi bahasa ini mampu untuk diangkat serta memartabatkan bangsa Melayu ini.

Akhir kata, saya ingin mengajak masyarakat diluar sana yang meminati bidang bahasa, teruskan perjuangan dalam bidang bahasa ini agar bahasa yang kita tuturkan dan juga bahasa bangsa kita ini dapat diperluasakan seperti bahasa-bahasa lain yang ada di dunia.


Terima kasih kerana membaca.