Monday, September 23, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini





Pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah saya mengikuti Program CSR di Pulau Songsong, Yan, Kedah. Subjek FEM4205 Modal Insan dan Ekonomi ini melibatkan kerjasama antara pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) serta para pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dibawah subjek tersebut. Kami disambut dengan tangan terbuka oleh penduduk Kampung Yan tersebut. Kami dijamu dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh mereka.
Sebelum kami memulakan aktiviti di Pulau Songosng, kami diberi taklimat tentang perjalanan aktiviti di sana. Kami dibawa menaiki bot nelayan bersama-sama pegawai SPM serta ahli-ahli Kelab Sahabat Masjid. Semasa berada di pulau tersebut, saya terpeson melihat keindahan pulau yang tidak berpenghuni itu. Pelbagai aktiviti telah dilakukan antaranya membersihkan kawasan pantai, menanam pokok-pokok buahan, serta bermandi manda. Kami telah dijamu dengan gulai ikan tenggiri, pelbagai ulaman serta nasi yang di masak oleh pemandu-pemandu bot di pulau tersebut. Setelah penat melakukan aktiviti di pulau itu sehingga matahari mula terbenam, kami berangkat pulang ke perkampungan Yan. Pengalaman yang sangat manis telah dilakukan di sana, semestinya tidak pernah akan saya lupakan.
Jadi sesiapa yang ingin merasai keindahan Pulau Songsong, anda boleh menyewa bot nelayan di sana kerana mereka mempunyai pakej yang menarik untuk anda lawati. Itu sahaja pengalaman manis yang saya boleh kongsi untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment