Ulasan
blog
Definisi blog menurut Normaliza Abd Rahim(2014) merupakan satu
medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Ia
boleh juga boleh digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai jurnal atau diari
dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan
memperiklankan produk. Blog juga bermula atas talian pada tahun 1991 dalam World
Wide Web sebagai mod untuk berkongsi maklumat. Blog mempunyai tiga ciri
utama iaitu mengandungi pautan ke area yang lain dalam web, mempunyai komen
pada pautan, interaktif serta saling berkait. Blog merupakan medium dialog di
antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain dan penulis
blog dengan penulis blog yang lain serta pembacanya.
Blog adalah laman web yang mesra
pengguna di mana ia senang diuruskan dan sentiasa dikemaskini oleh
pentadbirnya. Sebagai salah satu rangkaian sosial dan medium komunikasi, blog
membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain (Li &
Chignell, 2010). Pelajar universiti akan menggunakan blog dengan menulis diari
atau jurnal dalam bahasa yang dipilih. Oleh itu, menulis blog adalah salah satu
aktiviti yang berguna bukan sahaja untuk meningkatkan keyakinan dalam menulis
tetapi juga sebagai motivasi untuk mereka belajar menulis dengan kreatif. Pelajar
akan berasa selesa untuk menulis menggunakan blog memandangkan ia boleh dibuat
secara peribadi dengan hanya mempunyai pembaca yang dijemput sahaja untuk
membaca pos. Tambahan lagi, blog juga boleh dikongsi dengan yang lain dengan
cara meninggalkan komen untuk dibaca oleh pembaca, seterusnya membolehkan
mereka menulis berkaitan pos.
Dalam buku Eh!!! Media Sosial
berdasarkan Nowson (2006), blog merupakan laman web yang dikemas kini mengikut
susunan kronoligi manakala bahasa yang digunakan juga tidak formal dan kurang
terhad. Kenyataan ini disokong oelh Levy (2009), yang menyatakan blog
meningkatkan keykinan diri, kreativiti, pemilikan dan membangunkan komuniti
melalui penulisan tidak formal. McLeod (2001) telah menyatakan bahawa blog
membantu pelajar atau individual menerokai dan mengasimilasikan idea, mencipta
pautan di antara kebiasaan dan tidak kebiasaan, bersedia untuk memikirkan
kemungkinan dan memahami sesuatu perkara terebih dahulu sebelum menjelaskan
kepada orang lain.
Normaliza Abd Rahim (2014) telah
menyenarikan 10 cara penulisan blog dengan baik. Antaranya yang pertama adalah
tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Kedua, cerita menarik
yang dapat menarik hati pembaca. Ketiga, memasukkan ayat yang humor dan
berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Keempat, memastikan
terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Kelima, kaitkan
penulisan anda dengan berita terkini. Keenam, gunakan perkataan dan struktur
ayat yang ringkas. Ketujuh, dapat dibaca dan difahami. Kelapan, dapat
berkomunikasi dengan pembaca. Kesembilan, masukkan moral dan nilai estetika
dalam penulisan anda dan yang terakhir, berilmu untuk penulisan pendidikan.
Kesimpulannya, menulis blog
meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Blog juga membantu pengajar
untuk mengambil kira kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran tekbologi untuk
berlaku dalam masa yang sama. Diharapkan kajian masa hadapan akan menumpukan
kepada teknologi yang lain bagi meningkatkan gaya penulisan dalam bahasa kedua.
No comments:
Post a Comment