Menurut Normaliza Abd Rahim
(2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) etika penulisan
blog mempunyai 10 cara menulis blog dengan baik. Antara etika penulisan blog
yang pertama ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
Dalam setiap permulaan perceritaan atau sesebuah teks, yang pertama sekali
mesti reka tajuk dahulu sebelum memulakan jalan cerita yang seterusnya. Tajuk
yang unik, kreatif dan menarik akan menarik minat pembaca untuk membaca sebuah
teks dan jalan ceritanya. Keutamaan tajuk itu sendiri akan memberi impak
pembaca serta memingat akan sesuatu fakta yang ingin disampaikan oleh penulis.
Etika penulisan blog yang
kedua ialah cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Setelah selesai
memilih tajuk yang menarik, jalan cerita atau isi yang ingin disampaikan mestilah
seiring dengan tajuk yang telah direka. Cerita yang tersusun dengan fakta yang
padat serta penjelasan dan contoh yang menarik dapat menarik minat hati pembaca
untuk membaca penulisan di blog. Hal ini demikian kerana, pembaca lebih mudah
untuk memahami dan mengambil info yang ingin disampaikan oleh penulis.
Seterusnya, masukkan ayat yang
humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Setiap orang
lebih suka lawak jenaka dan sesuatu yang menggelikan hati untuk menghilangkan
tekanan harian mereka. Lebih-lebih lagi bahan jenaka itu kebanyakkannya
dilayarkan di kaca-kaca televisyen mahupun di corong-corong radio. Tidak terlepas
juga bahan jenaka ini boleh diaplikasikan dalam penulisan terutama sekali di
penulisan blog. Menulisan blog tidak hanya tertumpu kepada penulisan formal
tetapi boleh juga ditulis dengan tidak formal seperti diselitkan setiap ayat
atau jalan cerita itu dengan bahan jenaka supaya penyampaikan sesuatu cerita
itu lebih menarik perhatian para pembaca.
Di samping itu, etika
penulisan blog ini perlu memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan
penulisan anda. Bila setiap jalan cerita yang ditulis itu mempunyai fakta atau
maklumat yang ingin disampaikan, penulis perlu menghuraikan penjelasan setiap
isi tersebut dengan logik serta dapat diterima oleh umum. Lebih baik jika
setiap isi itu perlu dikaji dan diselidiki sebelum maklumat tersebut dihuraikan
dengan lebih jelas. Huraian yang tebaik boleh juga disokong oleh pakar-pakar
yang mahir dalam bidang masing-masing supaya penulisan blog itu dilihat menarik
serta penuh dengan ilmu yang bermanfaat.
Etika penulisan blog yang
kelima ialah kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Isu semasa yang
berlaku sekarang amatlah penting. Jadi setiap penulisan itu jika ingin nampak
menarik serta menarik minat pembaca perlu disertakan juga dengan isu semasa
yang berlaku supaya penulisan diblog itu tidak lari daripada info yang berlaku
terkini. Berita yang dijelaskan juga perlulah berita yang sahih dan dipercayai
supaya penulis tidak menyampaikan mklumat yang salah.
Etika penulisan blog yang keenam
merupakan etika penulisan yang penting dengan menggunakan perkataan dan
struktur ayat yang ringkas. Pemilihan perkataan yang tepat dan tidak
berrumitkan dapat memudahkan pembaca untuk memahami maklumat yang penulis ingin
sampaikan. Struktur ayat juga penting supaya pembaca nampak jalan cerita yang
penulis ingin ceritakan. Penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas
akan membuatkan pembaca mengingati maklumat yang penulis ingin sampaikan. Jadi penulis
perlu berhati-hati dan peka dengan penggunaan ayat yang ingin ditulis dalam
blog tersebut.
Dapat dibaca dan difahami
merupakan etika penulisan blog yang ketujuh. Setiap penulisan diblog perlu di
tulis dengan ayat dan perkataan yang sesuai supaya boleh diterima pembaca. Pemilihan
perkataan dan struktur ayat yang sesuai adalah penting seperti yang telah
dinyatakan di perenggan diatas. Hal ini demikian kerana, penggunaan ayat yang
sesuai dapat dibaca dan difahami oleh pembaca. Lebih baik penulisan itu juga
adalah jika pembaca mengingati apa sahaja yang penulis sampaikan.
Selain itu, dapat
berkomunikasi dengan pembaca adalah etika penulisan blog yang kelapan. Setiap penulisan
yang ada dalam blog merupakan hubungan komunikasi antara pembaca dan penulis. Di
bawah ruangan blog tersebut terdapat ruangan komen, di situ pembaca dapat
mencurahkan pandangan, pendapat serta cadangan untuk diajukan kepada penulis. Penulis
juga dapat mengetahui sesiapa pembaca yang membaca penulisan tersebut serta
dapat mendengar pendapat daripada mereka. Hal ini demikian kerana, penulisan di
blog bukan hanya menyampaikan maklumat tetapi menjaga hubungan dan berkominukasi
secara terus antara penulis dengan pembaca.
Etika penulisan blog yang
seterusnya adalah memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Setiap
perhujung cerita perlu ada nilai yang membawa kebaikan kepada pembaca untuk
diapliakasi dalam kehidupan. Seperti cerita kanak-kanak di setiap penghujung
cerita mesti di letak unsur nilai murni supaya setiap perbuatan yang salah itu
tidak seharusnya dibuat dan tidak juga diterapkan dalam kehidupan. Sama juga
dengan penulisan di blog, nilai murni dan moral itu penting supaya pembaca
bukan sahaja mendapat maklumat dan huraian yang jelas tentang sesuatu isu itu
tetapi juga pembaca dalam nilai serta moral yang ada dalam penulisan yang
ditulis penulis dalam blog tersebut.
Etika penulisan blog yang
terakhir ialah berilmu untuk penulisan pendidikan. Setiap penulisan yang
ditulis dalam blog itu menjadi asas rujukan kepada pendidikan bukan hanya
tertumpu pada umum sahaja. Maklumat yang disampaikan merupakan ilmu yang
berguna serta boleh dijadikan platform dalam pendidikan. Hal ini demikian
kerana, penulisan di blog lebih bersifat santai dan tertumpu terus pada isi
yang ingin disampaikan. Oleh itu, penulisan blog adalah landasan yang baik jika
digunakan dalam pendidikan supaya penulisan yang ditulis itu boleh disampaikan
dan menjadi penulisan yang berilmu untuk semua lapisan masyarakat.
No comments:
Post a Comment