Monday, September 23, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini





Pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah saya mengikuti Program CSR di Pulau Songsong, Yan, Kedah. Subjek FEM4205 Modal Insan dan Ekonomi ini melibatkan kerjasama antara pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) serta para pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dibawah subjek tersebut. Kami disambut dengan tangan terbuka oleh penduduk Kampung Yan tersebut. Kami dijamu dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh mereka.
Sebelum kami memulakan aktiviti di Pulau Songosng, kami diberi taklimat tentang perjalanan aktiviti di sana. Kami dibawa menaiki bot nelayan bersama-sama pegawai SPM serta ahli-ahli Kelab Sahabat Masjid. Semasa berada di pulau tersebut, saya terpeson melihat keindahan pulau yang tidak berpenghuni itu. Pelbagai aktiviti telah dilakukan antaranya membersihkan kawasan pantai, menanam pokok-pokok buahan, serta bermandi manda. Kami telah dijamu dengan gulai ikan tenggiri, pelbagai ulaman serta nasi yang di masak oleh pemandu-pemandu bot di pulau tersebut. Setelah penat melakukan aktiviti di pulau itu sehingga matahari mula terbenam, kami berangkat pulang ke perkampungan Yan. Pengalaman yang sangat manis telah dilakukan di sana, semestinya tidak pernah akan saya lupakan.
Jadi sesiapa yang ingin merasai keindahan Pulau Songsong, anda boleh menyewa bot nelayan di sana kerana mereka mempunyai pakej yang menarik untuk anda lawati. Itu sahaja pengalaman manis yang saya boleh kongsi untuk hari ini.

Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk


Sinopsis cerita sosial 1: Nenek dan Datuk

Cerita nenek dan datuk ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak autisme yang bernama Alim pulang ke kampung bersama keluarganya di Kajang. Perwatakannya seperti tidak keruan selepas melihat perubahan yang berlaku daripada tempat kebiasaanya dilihat membuatkan diri Alim tidak terkawal daripada sedih, marah dan menangis. Walaupun Alim berperwatakan seperti itu namun Alim mempunyai keluarga yang penyayang. Alim dibawa dan diajar oleh neneknya untuk menerima sesuatu keadaan di mana setiap apa jua keadaan pasti ada perubahan sama ada dalam hidup atau kedaan sekeliling.

Menurut NormalizaAbd Rahim (2019) dalam buku terbitan Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.

Senarai jenis multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial ini melalui Youtube. Youtube merupakan laman yang sentiasa menjadi pengunjung di seluruh dunia. Hal ini demikian kerana, cerita sosial ini boleh diaplikasikan dalam bentuk video pendek dan di muat naik dalam Youtube. Jenis multimedia yang kedua, boleh juga melalui Twitter. Twitter merupakan laman yang banyak digunakan oleh generasi Y dan ke atas kerana laman ini bersifat santai dan bersahaja. Seterusnya, jenis multimedia Instagram. Instagram kini lebih ramai yang suka menonjolkan diri dengan menghantar video berdurasi pendek dan gambar-gambar mereka di laman ini. Jadi laman ini boleh menyampaikan cerita sosial ini dengan mengaplikasikan cerita ini dalam bentuk animasi. Selain itu, jenis multimedia lain adalah Facebook. Facebook boleh dikatakan majority zaman kini mempunyai facebook. Jadi laman ini boleh menyampaikan cerita sosial ini di laman ruangan facebook terutama sekali di halaman kumpulan supaya cerita sosial ini dapat disebarkan siarannya. Yang terakhir adalah Blogger. Blogger adalah medium di mana setiap penceritaan, idea, dan pendapat dapat dicurahkan dalam penulisan. Jadi di laman blogger ini dapat menyampaikan cerita sosial dengan lebih tepat dan padat.

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog


Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) etika penulisan blog mempunyai 10 cara menulis blog dengan baik. Antara etika penulisan blog yang pertama ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Dalam setiap permulaan perceritaan atau sesebuah teks, yang pertama sekali mesti reka tajuk dahulu sebelum memulakan jalan cerita yang seterusnya. Tajuk yang unik, kreatif dan menarik akan menarik minat pembaca untuk membaca sebuah teks dan jalan ceritanya. Keutamaan tajuk itu sendiri akan memberi impak pembaca serta memingat akan sesuatu fakta yang ingin disampaikan oleh penulis.

Etika penulisan blog yang kedua ialah cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Setelah selesai memilih tajuk yang menarik, jalan cerita atau isi yang ingin disampaikan mestilah seiring dengan tajuk yang telah direka. Cerita yang tersusun dengan fakta yang padat serta penjelasan dan contoh yang menarik dapat menarik minat hati pembaca untuk membaca penulisan di blog. Hal ini demikian kerana, pembaca lebih mudah untuk memahami dan mengambil info yang ingin disampaikan oleh penulis.

Seterusnya, masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Setiap orang lebih suka lawak jenaka dan sesuatu yang menggelikan hati untuk menghilangkan tekanan harian mereka. Lebih-lebih lagi bahan jenaka itu kebanyakkannya dilayarkan di kaca-kaca televisyen mahupun di corong-corong radio. Tidak terlepas juga bahan jenaka ini boleh diaplikasikan dalam penulisan terutama sekali di penulisan blog. Menulisan blog tidak hanya tertumpu kepada penulisan formal tetapi boleh juga ditulis dengan tidak formal seperti diselitkan setiap ayat atau jalan cerita itu dengan bahan jenaka supaya penyampaikan sesuatu cerita itu lebih menarik perhatian para pembaca.

Di samping itu, etika penulisan blog ini perlu memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Bila setiap jalan cerita yang ditulis itu mempunyai fakta atau maklumat yang ingin disampaikan, penulis perlu menghuraikan penjelasan setiap isi tersebut dengan logik serta dapat diterima oleh umum. Lebih baik jika setiap isi itu perlu dikaji dan diselidiki sebelum maklumat tersebut dihuraikan dengan lebih jelas. Huraian yang tebaik boleh juga disokong oleh pakar-pakar yang mahir dalam bidang masing-masing supaya penulisan blog itu dilihat menarik serta penuh dengan ilmu yang bermanfaat.

Etika penulisan blog yang kelima ialah kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Isu semasa yang berlaku sekarang amatlah penting. Jadi setiap penulisan itu jika ingin nampak menarik serta menarik minat pembaca perlu disertakan juga dengan isu semasa yang berlaku supaya penulisan diblog itu tidak lari daripada info yang berlaku terkini. Berita yang dijelaskan juga perlulah berita yang sahih dan dipercayai supaya penulis tidak menyampaikan mklumat yang salah.

Etika penulisan blog  yang keenam merupakan etika penulisan yang penting dengan menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Pemilihan perkataan yang tepat dan tidak berrumitkan dapat memudahkan pembaca untuk memahami maklumat yang penulis ingin sampaikan. Struktur ayat juga penting supaya pembaca nampak jalan cerita yang penulis ingin ceritakan. Penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas akan membuatkan pembaca mengingati maklumat yang penulis ingin sampaikan. Jadi penulis perlu berhati-hati dan peka dengan penggunaan ayat yang ingin ditulis dalam blog tersebut.

Dapat dibaca dan difahami merupakan etika penulisan blog yang ketujuh. Setiap penulisan diblog perlu di tulis dengan ayat dan perkataan yang sesuai supaya boleh diterima pembaca. Pemilihan perkataan dan struktur ayat yang sesuai adalah penting seperti yang telah dinyatakan di perenggan diatas. Hal ini demikian kerana, penggunaan ayat yang sesuai dapat dibaca dan difahami oleh pembaca. Lebih baik penulisan itu juga adalah jika pembaca mengingati apa sahaja yang penulis sampaikan.

Selain itu, dapat berkomunikasi dengan pembaca adalah etika penulisan blog yang kelapan. Setiap penulisan yang ada dalam blog merupakan hubungan komunikasi antara pembaca dan penulis. Di bawah ruangan blog tersebut terdapat ruangan komen, di situ pembaca dapat mencurahkan pandangan, pendapat serta cadangan untuk diajukan kepada penulis. Penulis juga dapat mengetahui sesiapa pembaca yang membaca penulisan tersebut serta dapat mendengar pendapat daripada mereka. Hal ini demikian kerana, penulisan di blog bukan hanya menyampaikan maklumat tetapi menjaga hubungan dan berkominukasi secara terus antara penulis dengan pembaca.

Etika penulisan blog yang seterusnya adalah memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Setiap perhujung cerita perlu ada nilai yang membawa kebaikan kepada pembaca untuk diapliakasi dalam kehidupan. Seperti cerita kanak-kanak di setiap penghujung cerita mesti di letak unsur nilai murni supaya setiap perbuatan yang salah itu tidak seharusnya dibuat dan tidak juga diterapkan dalam kehidupan. Sama juga dengan penulisan di blog, nilai murni dan moral itu penting supaya pembaca bukan sahaja mendapat maklumat dan huraian yang jelas tentang sesuatu isu itu tetapi juga pembaca dalam nilai serta moral yang ada dalam penulisan yang ditulis penulis dalam blog tersebut.

Etika penulisan blog yang terakhir ialah berilmu untuk penulisan pendidikan. Setiap penulisan yang ditulis dalam blog itu menjadi asas rujukan kepada pendidikan bukan hanya tertumpu pada umum sahaja. Maklumat yang disampaikan merupakan ilmu yang berguna serta boleh dijadikan platform dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana, penulisan di blog lebih bersifat santai dan tertumpu terus pada isi yang ingin disampaikan. Oleh itu, penulisan blog adalah landasan yang baik jika digunakan dalam pendidikan supaya penulisan yang ditulis itu boleh disampaikan dan menjadi penulisan yang berilmu untuk semua lapisan masyarakat.

Monday, September 16, 2019

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

Lagu & Lirik: Profesor Dr. Normaliza Abd rahim
Hak Cipta: Univerisiti Putra Malaysia





Saya Faham

Saya kata "Apa khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia 
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih 
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih 
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka

BBM3410Satu2019: DIRI

Assalamualaikum w.bt.

Nama saya Siti Nursyakirah Binti Saharudin berumur 23 tahun. Saya berasal dari Kuala Lumpur dan menetap di Puchong, Selangor. Saya merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarga dengan mempunyai 4 orang adik beradik. Saya merupakan anak ketiga dalam keluarga saya.

Saya juga seorang belajar yang menuntut pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bachelor Sastera (Bahasa dan Lingusitik Melayu). Tahun ini merupakan tahun akhir bagi pengajian saya dalam Ijazah Sarjana Muda. Lengkap pengajian saya selama 3 setengah tahun di UPM dengan ilmu yang dibekalkan untuk bawa bersama dalam bidang pekerjaan kelak. Saya berbangga sebagai bangsa Melayu, saya dapat mendalami bahasa ibunda saya dengan lebih mendalam. Justeru, saya ingin menarik minat masyarakat diluar sana agar mendalami ilmu bahasa Melayu kerana bahasa ini mempunyai nilai estetika dan seni yang tersendiri.

Di samping bahasa, saya juga telah didedahkan dengan subjek yang diberi nama Multimedia dalam Bahasa. Subjek ini memperkenalkan bukan sahaja menfokuskan kepada elemen mendengar, melihat, membaca, menulis dan bertutur malah subjek ini juga meningkatkan kemahiran dalam penulisan dengan menggunakan media massa dan juga media elektronik seiring dengan pembangunan teknolongi masa kini. Bahasa Melayu bukan terpinggir tetapi bahasa ini mampu untuk diangkat serta memartabatkan bangsa Melayu ini.

Akhir kata, saya ingin mengajak masyarakat diluar sana yang meminati bidang bahasa, teruskan perjuangan dalam bidang bahasa ini agar bahasa yang kita tuturkan dan juga bahasa bangsa kita ini dapat diperluasakan seperti bahasa-bahasa lain yang ada di dunia.


Terima kasih kerana membaca.