Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk
Watak |
Latar |
Emosi |
|||
1. Ibu |
Tempat |
Masa |
Masyarakat |
Positif |
Negatif |
2. Bapa 3. Nenek 4. Datuk |
1. Kampung 2. Kajang 3. Melaka |
1. Hari ini 2. 30 minit perjalanan |
1. Keluarga Alim |
1. Gembira |
1. Marah 2. Sedih 3. Keliru |
5. Abang Imran |
4. Rumah nenek |
|
|
|
4. Simpati |
6. Kak Madinah 7. Alim 8. Aisyah |
dan datuk 5. Reban ayam 6. Ruang tamu 7.Dapur |
|
|
|
|
Sinopsis
Cerita sosial 1 Nenek dan Datuk
menceritakan tentang Alim seorang kanak-kanak autisme bersama-sama keluarganya
yang hendak pulang ke kampung halaman berjumpa dengan nenek dan datuk di
Kajang. Kampung halaman Alim di Kajang merupakan kampung halaman belah ibu
Alim. Alim juga mempunyai kampung halaman di Melaka iaitu sebelah bapa Alim.
Setelah tiba di rumah nenek dan datuk. Alim bergegas pergi ke reban untuk
melihat ayam dan itik, tetapi Alim terus marah dan sedih lalu menangis
teresak-esak kerana ayam dan itik tiada di dalamnya. Setelah itu, nenek pergi
ke arah Alim untuk tunjuk bahawa ayam dan itik telah berpindah ke reban baharu
yang datuk baru sahaja buat. Alim gembir keriangan. Tidak lama kemudian, Alim
masuk ke dalam rumah. Alim melihat kedaan rumah tidak seperti sebelum ini, lalu
Alim sedih dan menangis teresak-esak. Nenek segera membawa Alim berjalan-jalan
di sekitar rumah agar Alim tenang. Alim gembira dan berhenti menangis. Ibu dan
bapa serta nenek dan datuk berasa hairan dengan kelakuan Alim hari ini. Tambahan
pula, Alim merasakan bahawa ayam dan itik sudah tiada dan juga rumah nenek dan
datuknya begitu. Akhirnya, Alim sudah faham akan ayam dan itik berada di mana
dan juga rumah nenek dan datuk berada di mana yang membuatkan mereka sekeluarga
gembira.
Pengekodan
P3- Perenggan
tiga
P6- Perenggan
enam
P8- Perenggan
lapan
P10- Perenggan
sepuluh
Empat elemen Teori
Analisis Wacana Brown & Yule (1983)
1) Pra-andaian
P3: Setelah 30
minit perjalanan, mereka pun sampai. Alim terus keluar dan mencari-cari ayam
dan itik. Alim tidak berjumpa. Alim sedih. Alim marah. Alim menangis. Alim tidak
tahu mnegapa ayam dan itik tiada di kampung.
“Alim menangis” menunjukkan elemen
pra-andaian di mana Alim kecewa dan berasa keliru dengan keadaan di
sekelilingnya. Setibanya Alim di rumah nenek dan datok, Alim kelihatan gembira
dan tidak sabar untuk bermain dengan ayam dan itik. Setahu Alim, ayam dan itik
akan berada di belakang rumah nenek dan datok. Alim juga kelihatan sedih dan
marah. Dia didapati duduk mengcangkung sambil memegang tali kasutnya. Dia menangis
teresak-esak kerana terlalu kecewa. Hal ini berkemungkinan Alim terlalu penat
dan letih berada di dalam kereta. Alim juga berkemungkinan lapar dan dahaga
lalu dia menangis teresak-esak.
2) Implikatur
P8: Setelah puas
melihat ayam dan itik, Alim pun masuk ke rumah nenek dan datuk. Alim pandang
sekeliling. Alim jadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang
berlainan daripada biasa. Alim sedih. Alim terus menangis. Alim sangkakan rumah
nenek dan datuk sudah tiada.
“Alim jadi keliru melihat keadaan
rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa” menunjukkan elemen
implikatur di mana rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa seolah-olah
keadaan tidak sama dengan apa yang pernah dilihat sebelum ini. Sebelum ini, Alim
pulang ke kampung melihat di sekitar rumah keadaan dan kedudukan perabot yang
sama tidak beralih daripada tempat asal. Kini, Alim pulang ke kampung melihat
keadaan sekitar rumah nenek dan datuknya sudah berbeza kerana nenek dan
datoknya telah mengubah suai rumah atau sudah membuang semua perabot yang sudah
uzur. Hal ini membuatkan Alim berasa sedih dan terus mengalirkan air matanya kerana
Alim berfikir berkemungkinan barang-barang yang ada di rumah nenek dan datoknya
sudah hilang akibat barang tersebut
dicuri dan membuatkan dia menangis.
3) Rujukan
P6: “Alim, tengok
tu!,” kata nenek sambil menunjuk ke arah sekumpulan ayam dan itik di dalam
reban yang baru dibuat oleh datuk. Kelihatan datuk berdiri di hadapan reban
baharu yang terletak 50 meter dari reban lama.
“Alim, tengok tu!,” kata nenek sambil
menunjuk ke arah sekumpulan ayam dan itik di dalam reban yang baru dibuat oleh
datuk menunjukkan elemen rujukan di mana nenek menunjuk sekumpulan ayam yang
Alim cari sehingga membuatkan dia menangis teresak-esak.Alim dan keluarganya
pulang ke kampung untuk melawat nenek dan datok. Alim berasa sangat gembira
kerana dapat berjumpa dengan nenek dan datok serta haiwan ternakan nenek dan
datok di kampung halamannya. Alim sedih kerana haiwan ternakan nenek dan datok
hilang daripada tempat asalnya. Jadi nenek menunjukkan kepada Alim reban baharu
yang datok letakan haiwan ternakannya di mana di situ letaknya ayam dan itik.
Alim hairan kerana ayam dan itik berada di reban baharu tetapi bukan berada di
dalam reban yang lama. Meskipun keliru dengan kedaan tersebut, Alim tidak
mengendahkan perkara itu kerana bagi Alim ayam dan itik yang dilihatnya sudah
ada. Jadi Alim berasa gembira ayam dan itik masih ada dan dijaga oleh nenek dan
datuk dalam keadaan baik.
4) Inferens
P10: Ibu dan bapa
serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim hari ini. Mereka hairan
kerana tiba-tiba Alim menangis tanpa sebab. Namun, mereka cuba untuk meonolong
Alim.
Ibu dan bapa serta nenek dan datuk
sedih melihat kelakuan Alim hari ini menunjukkan elemen inferens di mana
keluarga Alim tidak dapat membaca dan mentafsirkan kelakuan Alim setelah apa
yang berlaku yang ditunjukkan oleh Alim. Kelakuan Alim seperti tidak pernah
mereka lihat sebelum ini membuatkan keluarga Alim berasa sedih kerana tidak
dapat menolong apa yang Alim kehendaki. Bukan itu sahaja, Alim seperti seakan
faham akan benda yang hidup pasti tidak kekal lama. Seolah-olah Alim mengerti
akan kehilangan sesuatu benda atau kehidupan pasti akan dilepaskan jua untuk
selama-lamanya. Jadi Ibu dan bapa serta nenek dan datuk akan cuba sedaya upaya
menolong Alim selagi mereka mampu dan cuba untuk membuatkan Alim faham tentang liku-liku
kehidupan seharian.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.