Dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi ini
meliputi kajian wacana yang menerangkan mengenai definisi dan aplikasi dalam kesantunan
fikiran dan melebihi batas ayat. Semua berkaitan dengan pemikiran petuturan sama
ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan. Dalam bab 1 menerangkan definisi wacana
terhadap bentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Setiap pemahaman wacana
setiap orang dianggap mudah apabila seseorang itu faham akan maksud yang ingin
disampaikan. Bab 2 pula menghuraikan setiap teori dan pendekatan analisis
wacana yang dihuraikan secara terperinci agar boleh digunakan dalam
menganalisis data. Teori dan pendekatan yang digunakan juga adalah pendekatan
analisis wacana dan analisis kritis. Seterusnya, dalam bab 3 menganalisis
wacana tekstual dan ujaran. Perbincangan dalam kajian wacana ini merangkumi
kajian wacana tesktual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam
kalangan anak-anak autisme. Teori analisis wacana mengupas setiap teks dan
ujaran dalam kajian ini lebih terperinci agar dapat membantu dalam menghuraikan
dan membincangkan lirik lagu melalui model penceritaan, cerita sosial serta
uajran kanak-kanak diperjelas dengan baik. Bab 4 pula menghuraikan strategi
komunikasi dalam ujaran dan interaksi. Pendekatan strategi komunikasi ini
meliputi bagimana kelompok kumpulan kecil atau besar berinteraksi dengan
menggunakan kaedah digital sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej. Dalam
bab 5 pula, menghuraikan pendekatan taksonomi dan pendekatan strategi
komunikasi. Setiap pendekatan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi
digunakan bagi menjalankan kajian ini. Bab 6 menerangkan analisis strategi
komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pendekatan analisis wacana
dalam komunikasi yang digunakan terutamanya agar kajian ini lebih kesan dan
bermakna. Kajian ini memberi implikasi terhadap masyarakat terutamanya
guru, ibu bapa dan pelajar sekolah. Masyarakat
keseluruhannya mendapat manfaat dengan memberikan komunikasi yang baik serta
berkesan apabila memulakan perbualan ataupun perbincangan. Bab terakhir iaitu
bab 7 mempunyai cadangan dalam kajian ini terutama kajian analisis wacana dan
strategi komunikasi. Dalam buku ini juga diharapkan penyelidik lain dapat
membuat penelitian terutama dalam bidang kajian wacana serta strategi
komunikasi.
Sumber: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT: Universiti Malaysia
Terengganu.
Buku: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Harga Buku: RM20